Selasa, April 13, 2010

jawatankuasa antara AGAMA

SEBENARNYA APA SUDAH JADI NI?

APA MASALAH ANTARA AGAMA DI MALASIA KITA NI?. SIAPA YANG BERMASALAH SEBENARNYA? Selama ini tidak cukupkah jabatan perhubungan yang ada sehingga mahu ditubuhkan lagi jawatankuasa antara agama.(inilah yang buatkan ana tertanya-tanya sebaik sahaja membaca berita di laman Berita Harian hari ni. Bagi ana perkara ini tidak akan selesai selagi mana ada perasaan prejudis terhadap agama dan perasaan prejudis ini kadangkala ada dalam hati insan yang bergelas 'muslim' itu sendiri. Allahuakbar.Mereka sanggup membawa datang idea yang seolah-olah mencabar apa yang ada dalam Islam sendiri.Dimana sudah keyakinan pada Agama Islam wahai pemimpin-pemimpinku? Kenapa tidak percaya pada dasar Islam yang sangat menjaga sensitiviti agama lain. Percayalah kalian, agama Islam tidak sesekali didatangkan untuk menzalimi agama lain.Tiada langsung keuntungan pada Islam. Sebenarnya persoalan perpaduan antara kaum ini timbul apabila kita sendiri yang tidak mengamalkan ajaran Islam di dalam berurusan dengan kaum bukan Islam. Cuba kita lihat pemimpin Islam yang beramal dengan Islam sewaktu bekerjasama dengan orang bukan Islam,mereka masih mampu membina perpaduan yang baik.Tiada masalah pun.)

petikan berita:

Jawatankuasa antara agama erat persefahaman, perpaduan: Muhyiddin

RAWANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan jawatankuasa antara agama yang ditubuhkan hanya berbentuk pentadbiran untuk memberi ruang dalam usaha mewujudkan persefahaman serta perpaduan antara kaum dan agama.

Timbalan Perdana Menteri, berkata ia bukan berbentuk majlis atau suruhanjaya serta tidak boleh mempersoalkan atau menyentuh kedudukan agama Islam.
“Ia dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya wakil dalam jawatankuasa itu duduk berbincang... tujuan pokok untuk diwujudkan dan pertingkatkan lagi persefahaman.

“Mereka tidak ada kuasa putuskan apa-apa. Perkara yang dibincang akan dibawa ke JPM untuk tambah baik lagi hubungan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta, di Tadika Wawasan Gemilang, Bandar Sungai Buaya di sini semalam.

Kelmarin, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata Perkasa akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah pewujudan jawatankuasa antara agama untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan agama diletakkan di bawah tanggungjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kerana ia membabitkan soal agama Islam.

Ibrahim berkata, adalah tidak wajar meletakkan Koh menyelaraskan jawatankuasa berkenaan kerana ia membabitkan akidah.
Selain itu, beliau berpendapat pelantikan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Ishak sebagai pengerusi jawatankuasa tidak tepat.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Ilani mempunyai pengalaman dan seharusnya diberi peluang melaksanakan tanggungjawab itu.

“Dalam jawatankuasa itu juga ada wakil Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta wakil persatuan agama lain,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin semalam melancarkan Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta dengan mengumumkan peruntukan RM4.9 juta untuk pengusaha prasekolah yang mula beroperasi tahun ini bagi membantu pengusaha baru membuka lebih banyak prasekolah terutama di kawasan miskin bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jumlah itu dijangka meningkat RM5 juta tahun depan dan geran berkenaan diberikan sebanyak RM10,000 secara ‘one off" kepada setiap prasekolah yang layak.

“Untuk tahun ini, 426 prasekolah dikenal pasti layak dan akan bertambah tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta, Kementerian Pelajaran di Tadika Wawasan Gemilang.

Wallahua'lam.

Berteduhlah dibawah cahaya Islam..jangan jadikan agama sebagai 'salutan' pada badan sahaja..tiada guna gah melaung-laungkan kita menjaga Islam tetapi pada hakikatnya laungan itu menyakitkan agama kita sendiri..

Tiada ulasan: