Ahad, Mac 07, 2010

Kalam untuk ummah..

Bismilillah.

Salam ketenangan buat semua..

Sesungguhnya bukan mudah untuk tetap istiqamah di dalam kebaikan dan kebenaran..namun, Allah SWT tidak akan pernah meninggalkan orang-orang yang berusaha untuk istiqamah di jalan-Nya..

sama-sama kita hayati kalam ini..:

"Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
(as-saff:10-11)

Semuanya memerlukan jihad dan juang. bapa berjihad mencari harta dn menyara keluarga,ibu berjihad sebagai ibu, anak juga berjihad menyediakan diri untuk menjadi anak yang soleh,pelajar pula berjihad sebagai seorang pelajar, pemimpin jihad cara pemimpin..kesimpulannya,kita semua berjihad..menggunakan tenaga dan harta..tenaga disumbangkan untuk kebaikan diri dan agama..harta disumbangkan untuk kemaslahatan semua..orang yang berjihad tidak akan berkira-kira untuk menyumbangkan tenaga dan harta di jalan-Nya..ibarat Dia yang tidak berkira-kira untuk 'memberi' kepada kita..
Setiap insan yang berjuang di jalan Allah sentiasa merindukan syahid di jalan-Nya..

Kerana janji dan kalam cinta dari Allah lah kita masih terus kuat dalam meneruskan kehidupan ini..

InsyaAllah, semoga kita diberikan kekuatan yang hakiki (kekuatan dalam kekurangan:)

Wallahua'lam



salam mujahadah

muslihah zaki,

sandakan,

06.21 am (ahad)

2 ulasan:

•♥ Myra ♥• berkata...

"Sesungguhnya bukan mudah untuk tetap istiqamah di dalam kebaikan dan kebenaran"

yup2..sy setuju dgn ayat tersebut..bukan mudah utk tetap istiqamah demi kebenaran dan kebaikan. mata manusia seringkali kabur dan hati mudah terpesong dengan kemewahan dunia.

::FaQirah alHawari:: berkata...

istiqamah ni nmpak kecil je.tp besar kesan nye pada diri kite kalau kt btul2 pegang dgn sikap istiqamah ni..insyaAllah,org yg istiqamah jauh dr sifat putus asa=)