Jumaat, Disember 18, 2009

buat classmate..

bismillah

assalamualaikum wbt.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya." (At-tahrim:6).

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

"Allah berhak menolong tiga golongan: Orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk dapat memelihara kehormatan dirinya." (Hadis Riwayat Tirmidzi@Thurmudzi).

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Sesiapa yang berkahwin bererti beliau telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya, maka beliau hendaklah bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lain yang tinggal." (Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-Iman' dan Hakim).

Baginda bersabda lagi:

"Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya, perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Sesiapa yang mengahwininya kerana hartanya, perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan. Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya, perkahwinan itu tidak akan menambha sesuatu kepadanya kecuali hina-dina. Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberi berkat kepadanya dengan perempuan tersebut dan Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya." (Hadith Riwayat Abu Nuaim).

Sabda Baginda lagi:

"Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dari kamu." (Hadith Riwayat Thirmidzi dari 'Aishah).

dan sabda baginda juga:

"Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lembut terhadap isterinya." (Hadith Riwayat Thirmidzi).

dan sebagai ingatan juga buat sahabat-sahabatku:

"Tidak seorang pun yang patuh menurut kehendak-kehendak perempuan melainkan Allah campakkan beliau ke dalam neraka."

dan :

"Celaka (lelaki yang menjadi) hamba isteri."

doaku untuk kalian..:

"Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyayang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan:74).

akhir sekali:

"Apabila seorang anak Adam itu meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang berdoa untukknya." (Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Wallahua'lam.

mutiara-mutiara ini ana tujukan khas buat teman-teman sekuliah yang bakal mengikat ikatan pernikahan pada 19hb dis 2009 ni. Tarikh yang dipilihnya pun sama. Ahli kelas buatlah mesyuarat nak p majlis sape nanti ^_^. Minta maaf semua, kami kat borneo ni tak dapat hadir ke majlis kalian. (melainkan sape yang balik tu =).

semoga kalian dalam rahmat Allah SWT:

~Sufiayan Anas Abdul Aziz dan K.amal
~Aminah Syuhadah dan pasangannya.
~Kak Yam (b.arab) dan pasangannya.
~syara dan (b.arab) pasangannya.









copy dari fb..


pyan dan k.amal.

tak lupa pada azizah yang telah selamat diijabqabukan dengan pasanggannya husain..12dis09. maaf ye zizah x p. tgk gmbr kat blog je ^_^.



amin.

Tiada ulasan: