Jumaat, Disember 25, 2009

erti syukur..

bismillah

Assalamualaikum wbt

"kadang-kadang dengan merenung nikmat yang dikurniakan oleh Allh SWT, air mata mampu mengalir selaju-lajunya. syukur,syukur,syukur, dan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan perasaan kasih dan sayang kepada pemilik hati ini".

"kita diberi nikmat membaca ayat-ayat Allah, mentadabbur ayat-ayat Allah, mendirikan solat wajib dan sunat,melakukan kebajikan.bagaimana kita boleh jadi begitu?kenapa mereka tidak??..subhaanallah, sesungguhnya kita tidak mampu untuk menghitung nikmat yang Allah berikan,terlalu banyak.boleh jadi nikmat itu akan memlihara iman kita dan boleh jadi juga nikmat itu akan membinasakan iman kita. Kembalikan segala-galanya kepada Tuannya. Allahu Rabbuna Tusahhil lana umuurona. Amin.

Sebenarnya masih ramai lagi remaja diluar sana yang terumbang ambing hidupnya.tiada hala tuju.bukan juga salah mereka.Segala-galanya sudah taqdir dari-Nya. Namun, kita perlu sedar Allah SWT mentaqdirkan hidup kita tetapi kuasa TADBIR hidup adalah dibahu kita. Kalau kita salah tadbir hidup yang ditaqdirkan ini, maka salahlah hala tujunya. Apa yang penting, masa perlu diuruskan sebaik mungkin. Kata Imam Hassan Al-Banna, "masa lapang boleh membunuh hidup seorang Muslim". Masa lapang yang sia-sia akan mengundang mudarat kepada muda-mudi.Oleh itu, mereka perlu belajar dan diajar untuk mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. "Ajarlah supaya mengenal Tuhan". kerana hanya orang yang mengenal Tuhan akan takut untuk membuang masa.

Dengan kenal Tuhan, manusia akan sayang insan lain. mereka akan berusaha menyayangi ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan.

"melihat dengan mata hati.."

~musliha~

Tiada ulasan: