Jumaat, Disember 18, 2009

dari sandakan

bismillah.

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)". (Ath-Thalaaq: 3)-benarlah firman-Nya.

assalamualaikum wbt.

Lama sudah tidak update blog ni. Tak rajin sebenarnya nak cerita ni (, tapi takpelah, lagipun ada sahabat-sahabat yang nak tahu apa yang jadi pada ana kat sini. nak cerite ape ye? alhamdulillah, hari ni genap 18 hari ana kat sandakan, sabah. Tak pergi jauhpun, masih dalam Malaysia ^_^. Alhamdulillah juga, hari-hari yang dilalui penuh dengan warna-warna kehidupan kat sini. Sesekali berjauhan dengan keluarga memerlukan kekuatan juga. Namun, yakinlah Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita. Apabila berjauhan dan merantau ni ana dapat kenal kekuatan hati sendiri. Semuanya perlu dibuat sendiri. Kepayahan tetap terasa, namun insyaAllah boleh dihadapi. ^_^, adik-adik yang takut nak mai tu lupakanlah ketakutan tu ye, maila kita pakat-pakat merasai kehidupan kat sini. Ana rasa, disini juga kita akan diberikan oleh-Nya apa yang kita perlukan.

---

sekarang kami masih lagi bercuti secara rasminya. Dalam cuti ni boleh buat banyak benda. Masa ni lah kita boleh lakukan aktiviti luar atau apa-apa yang kita suka, sebab bila dah mula mengajar nanti, datang pula kesibukan lain.

---

Inilah gambar-gambar yang sempat diambil semasa berjalan-jalan, bersiar-siar, dan berziarah sana-sini kat sandakan ni..

~dalam pasar umum~





~rumah jeti~





~ perjalanan ke sekolah~







~sekolah kat kaki bukit~



~rumah sekitar sekolah,kebanyakan pendatang filiphine~



salam ceria,

musliha.

Tiada ulasan: