Ahad, Disember 04, 2011

::Si Kecil 1::

Menghayati alam kanak-kanak~

Dialog dengan kanak-kanak..

(Seorang adik menghampiri meja kakak dalam keadaan senyum-senyum)

Kakak : "em, adik.. menangis tak?"

(Si adik terpinga-pinga)..tiba-tiba diaju soalan yang tidak selalu dia buat..

Adik : Tak!!

(Tulus ikhlas jawapannya)

Kakak tersenyum.

Kakak : "bila adik menangis?"..

Adik : "tak ingat dah..lama dah adik tak menangis.Adik tahu suka je.."

(Iya, kanak-kanak takkan menangis kecuali digugat atau terganggu dengan keadaan yang mengancam dirinya.Sangat berbeza dengan orang dewasa).

Adik : A'a..lupa la nak menangis.Lama dah adik tak menangis..



(em, ni kena lembutkan perasaan dia untuk lebihkan mengalirkan airmata ni..:)..baru ada kelembutan dalam meneruskan arus kehidupan..Orang dewasa perasaan sensitif..sensitif pada semua keadaan.Ada orang kata air mata sumber ketenangan.Dengan mengeluarkan air mata, banyak hormon yang menghasilkan ketenangan.Wallahua'alm betul ke tidak kajian ni)..

Namun, pengakhirannya, sebaik-baik air mata yang mengalir adalah kerana Allah..itulah yang sepatutnya dan sebaiknya..Allah pun ingatkan kita dalam firmanNya..~kurangkan ketawa dan banyakkan menangis..Saidina Umar yang dijanjikan Syurga pun menangis kerana Allah..~ Apabila kita bertanya pada seorang kanak-kanak, jawapan yang diberi sangatlah berbeza dengan apa yang dilalui oleh orang dewasa..Apapun, keceriaan mereka adalah satu fasa untuk membentuk diri mereka pada masa akan datang.



~Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).~

Salam ketenangan..

FaQiraH alHaWaRi


(P/s: menangislah kerana Allah..sesungguhnya orang-orang yang bersabar sangat dekat dengan Allah.. jangan lupa,kerja-kerja mendaulatkan Islam dan Islam perlukan kita..moga tetap kekal bertahan meneruskan kehidupan mendatang dengan penuh tabah..sesungguhnya Allah bersama kita semua. cekalkan hati..Allah Maha tahu apa yang hambaNya rasai..kuatkan hubungan dengan Allah..nantikan kemenangan untuk sebuah kesabaran dan perjuangan hidup kerana Allah..cintaNya terlalu dekat dengan hamba-hamba yang rindukanNya..Allahuakbar..

Tiada ulasan: