Isnin, Jun 20, 2011

::Hiasan Rumah Islamik::

Alhamdulillah.. kebiasaannya tangan ni ralit membaca isu-isu semasa di internet.. kali ni sangat teruja 'terbaca' satu post blog dari ruang blog sahabat tentang Islamik Deco..Allahuakbar, ni dah masuk 'line' ana ni.. memang tak boleh dipisahkan apabila melibatkan bab-bab seni ni.. terus teringat 'hobi-hobi' lama yang ditinggalkan. Tapi yang deco ini lebih kepada 'penggunaan wang' dan 'kemahiran' yang lebih sedikit dari kebiasaan pelukis-pelukis..selamat mencari idea bagi mereka-mereka yang inginkan deco/hias rumah secara islamik. Kalau belum ada duit , bolehlah buat panduan untuk masa-masa akan datang. Niat dah ada tu, bolehlah usaha sikit-sikit.. sekurang-kurangnya dapat pahala melihat pemandangan begini dalam rumah.. dan juga menjadi sumber ketenangan..


::pahala untuk mata yang memandang..::


::lebih baik letak gambar-gambar Islamik daripada letak gambar-gambar yang tidak berkaitan... yang penting dapat pahala memandang..::



Subhaanallah, masing-masing diantara kita dianugerahkan dengan pelbagai kemahiran, kepandaian..semuanya ada kegunaan..saling lengkap melengkapi :) pakat-pakatlah guna untuk dakwah dan cipta pahala di sisi Allah ta'la...mudah-mudahan, insyaAllah..

p/s:: ..kredit untuk sahabat-sahabat dan rakan pembaca yang dikurniakan anugerah menulis khat.. ada manfaat yang sangat besar sekiranya digunakan untuk dakwah.. (istimewa utk murabbi khat--- ust zahari, ustaz ramli (ustaz yang memperkenalkan dan mengasah penulisan khat kami semasa sekolah menengah, ust zawadi- di maktab perguruan .. sahabat-sahabt sekelas- :) pakar khat, insyaAllah..k.shaz, matadam, ..dan yang lain-lain.. dua orang rakan sekuliah ini begitu berbakat dalam penulisan khat..mereka berdua ni ade usaha yang gigih untuk menulis..boleh dikatakan 24 jam dengan pen khat dan kertas..em, sekarang tak tahulah macamna..maklumlah dah kerja..)

...

sumber lain:http://www.kufishoppe.com/

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

..berhias jangan sampai membazir dan tanpa matlamat utk Allah...

Tiada ulasan: