Rabu, Jun 15, 2011

::Akhlak Islamiah: SATU TUNTUTAN::


::Akhlak Islamiah: SAtu TUNTUTAN::


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyar r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda..:

"bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada segenggam daging, apabila ia baik baiklah seluruh badan.. Tetapi apabila ia buruk, maka buruklah seluruh badan..Ingatlah ia adalah hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

...Daripada hadis sabdaan Rasulullah SAW diatas ni, dapatlah difahami tentang pentingnya menjaga hati..cara kita menjaga hati akan menentukan keperibadian sebagai muslim... pentingnya Akhlak ini terbukit apabila Rasulullah SAW sendiri dikhabarkan oleh Saidatina Aishah sebagai 'al-Quran bergerak.." Subhaanallah.. Al-Quran bergerak yang 'tunduk' kepada pencipta..



...Akhlak tidak boleh dipisahkan dari kehidupan Muslim..lebih-lebih kepada Muslim yang ingin mencontohi Rasulullah SAW dan untuk merasa IHSAN kepada Allah sepanjang meneruskan kehidupan di alam ini..Ihsan (ketundukan hati kepada Allah ..) yang amat mahal..kerana dengan adanya Ihsanlah seseorang akan merasakan kehadiran Allah dalam setiap urusan hidupnya.. dengan Ihsan, kita tidak akan peduli 'pandangan' manusia..malah akan berusaha 'menundukkan' hati kepada Allah..disitulah bermulanya mujahadah (kesungguhan) untuk membentuk peribadi mulia...

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber utama iaitu al-Kitab dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiah. Prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya..(oleh itu, menjadi satu tanggungjawab dan keutamaan kepada kita untuk mengkaji Al-Quran serta mengambil contoh-contoh amalan yang diperintahkan Allah untuk diamalkan agar hidup lebih berkat serta diredhai...)

Apabila melihat perbicangan akhlak berkisar kepada ilmu dari dua sumber, maka dapat disimpulkan definisinya seperti berikut: "Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum atau prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan serta mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah..(Ridhwaanullah)"..

Ahklak juga sebagai suatu sifat keperibadian yang melahirkan laku perbuatan manusia dalam membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan Allah. Dengan kata lain, akhlak merupakan satu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, jin dan juga alam sekitar..(Ihsan juga perlu disertakan di dalam hubungan ini..-ketundukan kepada Allah-)

PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah Allah mampu dimiliki setiap manusia yang mahu dirinya bergelar hamba..



Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:

- Ilmu Pengetahuan

Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan akhlak utama yang mesti dihayati oleh setiap mukmin. Sunnah Rasulullah pula telah memperincikannya serta menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan sebenar.

(bab kata seorang teman..."em, manusia ni jadi musuh kepada benda yang dia tak tau..."

- Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan.

Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang baik.

- Keazaman yang tinggi


Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat-sifat yang mulia.. (semua ni bergantung juga kepada kekuatan hubungan dan 'perbualan' dengan Tuhan.. Ilham..)

- Ibadah yang kuat dan Ikhlas

Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutama bisikan hawa nafsu.

-Bergaul dengan orang yang baik akhlak

Pergaulan boleh mempengaruhi diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama perlu menjauhi orang-orang yang melakukan maksiat dengan erti kata 'uzlah syu'uriyyah' (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka ke jalan yang benar....(bermakna bukan menjauhi secara fizikal..tetapi menjadikan pergaulan itu sebagai ruang untuk mengajak kepada kebaikan bersama...)

- Membiasakan diri dengan dengan kebaikan

Menggantikan akhlak mazmumah dengan mahmudah serta sentiasa membiasakannya agar ia dapat kekal dan bersemadi di dalam diri.

- Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat

Kadang-kala seseorang iu tdak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada menerima nasihat-nasihat yang bertujuan untuk memperbaiki dirinya.

Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekurangannku.."

~.... bagi non-muslim atau bukan Islam, mereka mengamalkan sistem 'moral' iaitu kebiasaan/perbuaatn baik dan buruk.. perbezaan dengan Islam hanyalah pada sumber.. Islam menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber akhlak..manakala bagi perihal moral, ia berpandukan kepada adat/perangai yang berdasarkan garis panduan manusia itu sendiri..

Sekian...

Rakan-rakan dan sahabat-sahabat pembaca boleh rujuk pada mana-mana kitab dan bahan lain untuk mengetahui lain-lain perkara berkaitan Akhlak..:)..mudah-mudahan apa yang dikongsikan disini dapat membaiki diri kepada 'lebih baik..dan lebih baik...

musliha,
Sandakan

Tiada ulasan: