Selasa, Mei 17, 2011

::Couple::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

..Kali ini jari ingin mencoret sesuatu yang dianggap isu 'remaja'dan 'remeh', tetapi 'penting' sebagai asas kehidupan Muslim..

..melihatkan fenomena dan adegan-adegan ke'couple' an ini menggerakkan fikiran ini untuk mencoret sesuatu disini..kerap kali berbincang dengan rakan yang bercouple untuk mengetahui apa yang mereka faham sebenarnya dan apa yang mereka mahu dari perbuatan ber'cuople' tersebut.. Di dalam Islam, asas rumah tangga adalah taaruf atau berkenalan dengan tujuan untuk membina rumah tangga serta hidup bersama mencari kebahagiaan dan keredhaan Allah, bukan menjadikan couple sebagai 'dasar' untuk mencari keserasian atau kesefahaman. Rata-rata kawan-kawan kita yang ber 'couple' sedar kesilapan mereka..namun ada yang berpendapat, keyakinan dan kepercayaan kepada bakal pasangan menjadikan mereka lebih suka untuk keluar bersama-sama, makan sama-sama, minum sama-sama, pergi pasar sama-sama,pergi klinik sama-sama dan sebagainya yang dilakukan bersama.. Apabila kita perhatikan, sepatutnya perbuatan keluar bersama-sama ini dilakukan bagi mereka yang telah berkahwin secara sah dan halal. Natijah tetap sama, iaitu masih belum ada keyakinan dan kepercayaan walaupun telah berkali-kali keluar bersama. (Disini ana lebih suka letakkan dasar..iaitu 'kepercayaan dan keyakinan tu akan ada dengan kita meletakkan Allah yang teratas..)..

Pelik bukan?

..keluar bersama tanpa mahram setiap masa .. tetapi masih belum yakin untuk berumah tangga.. kenapa begitu kawan?? sebab tiada duit mahu tanggung keluarga?? mana satu yang lebih diredhai??keluar tanpa batasan atau sebaliknya?? sepatutnya isu keyakinan tidak timbul kerana kerap kali bertemu dan bersama.. Ana bukanlah mahu meletakkan sangkaan buruk kepada kawan-kawan yang ber'couple' tetapi carilah satu jalan penyelesaian supaya apa yang dilakukan itu menjadi halal dan diredhai.. Usah ambil jalan keluar tanpa batasan. Peliharalah diri untuk membentuk keluarga pada masa hadapan. Sayangilah maruah yang dimuliakan Allah pada kita wahai kaum Adam dan Hawa..

Seperkara lagi yang menjadi budaya ber'couple' ni, budaya panggilan yang kini menjadi trend anak-anak muda.. ber'sayang-sayang', ber'abang-abang lancar dari bicara mereka.. Sepatutnya semua ungkapan dan panggilan tersebut kamu ungkapkan kepada yang halal dan sah adik-adikku, kawan-kawanku sekalian.. Sememangnya ia manis diungkapkan tapi merana secara mata hatinya..

masih ada masa untuk lakukan perubahan..

Oleh itu, cubalah perbaiki diri untuk mencari keredhaan Allah ta'ala..

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

(coretan ini hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku..:) sebarang respon, boleh dimasukkan di ruang komen.."

Sedikit hadis Nabi untuk tatapan:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seseorang hamba itu menikah, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya, oleh kerana itu hendaklah ia bertaqwa kepada Allah untuk sebahagian yang tersisa.” (Hadis Hasan Menurut Sheikh al-Albani, di dalam ash-Sahihah, (no. 625))

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menikahlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang ramai kepada umat-umat lain pada hari Kiamat, dan janganlah kalian menjadi seperti pendita Nasara (Kristian).” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, (7/78))

Daripada beberapa dalil awal yang saya bawakan di atas, menunjukkan bahawa betapa saranan Allah dan Rasul-Nya kepada kita semua untuk mengambil jalan yang halal dalam memenuhi fitrah hubungan lelaki dan wanita. Lantas menutup jalan-jalan yang haram daripadanya...

“Ada empat perkara yang termasuk sunnah para Rasul, iaitu; perasaan malu, memakai wangi-wangian, bersiwak, dan menikah. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, (no. 1086) di dalam kitab an-Nikah, menurut beliau hadis ini hasan sahih)

Dan diketahui juga, bahawa menjalinkan hubungan melalui ikatan nikah itu adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh nabi kita s.a.w. sendiri dan merupakan sunnah yang wajar kita ambil serta contohi.

sumber:http://www.facebook.com/note.php?note_id=388028043459

~maka, bagi yang sudah mampu, tidak perlulah ber'couple'2 untuk mencari ketenangan dan kemanisan, lebih baik teruskan kepada ikatan yang sah dan halal.

Disini juga ingin dikongsikan satu keadaan suami dan isteri yang mencari keredhaan Allah. Elakkan ber'couple' tanpa hala tuju, tetapkan matlamat dalam membentuk keluarga soleh dan solehah..:

“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”

“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”

“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”

“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”

“Macam mana tu?”

“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”[1]

“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”

“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”

“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”

“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”

“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”

“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”

“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.

[1] Hadith riwayat Bukhari & Muslim. “Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia kahwin kerana perkahwinan itu dalam menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kehormatan). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menahan nafsunya.”

Kalaulah Abang belum berpunya, pasti ramai wanita yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika Abang mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna Sebaik mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan Abang mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang Abang ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri Abang, tentunya Abang adalah lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Abang carilah isteri yg dapat menjaga anak2 abang dengan sempurna serta dapat membimbing mereka ke jalan yg di redhai Allah..

Carilah isteri yg tahu bersyukur dengan nikmat yang ada.. kalau sanggup makan ubi kayu rebus itu tandanya ia tidak banyak cerewet menghadadapi dugaan mendatang…

Ingatlah Abang…Bila kita berhubung dengan Allah sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah datangkan istidraj… kadang-kadang Allah beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah. Ini formula yang tak boleh dilanggar.

sumber: halaqah.net.

Wallahua'alam..

kepada yang bercouple, sayangilah diri..elakkan keluar berdating-dating untuk kesronokan atau mengisi masa bersama..pilihlah jalan yang halal untuk keluar bersama..

Sekiranya belum berkemampuan, Islam ada jalan penyelesaiannya..

Jangan sesekali pilih jalan singkat berdua-duaan tanpa mahram atau seumpamanya..

Tiada ulasan: