Jumaat, Mac 04, 2011

::Kesan Paku Pada Tembok Batu::

Assalamualaikum wbt..

Muhasabah dan panduan untuk semua,.

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu," jelas ibunya.

Pada hari pertama sahaja, Said telah memaku sebanyak 29 paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahnnya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya berbanding memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pada suatu hari, Said langsung tidak marah walaupun sekali. Dia terus memberitahu ibunya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Lalu ibunya mengucapkan tahniah dan menyuruh Said mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dilaluinya tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut. Said lantas memberitahu perkara tersebut kepada ibunya dengan penuh bangga.

Ibunya lantas memimpin tangan Said ke tembok tersebut dan berkata ,"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Apabila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

"Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal"

petikan dari: majalah SOLUSI ISU 28~

Sheikh Ibn Uthaimin menyebut dalam Syarh Riyad al-Solihin dengan membuat kesimpulan daripada beberapa buah hadis yang berkaitan dengan marah di mana beliau menyatakan bahawa apabila seseorang itu marah, maka ia hendaklah menyebut:

-isti'azah (A'uzubillahi minasy-syaitonirrojim)..dan kemudiaanya segera berwudhuk..



-sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk dan sekiranya dia duduk, dia hendaklah berbaring.
-sekiranya dibimbangi masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar dari tempat atau orang yang dimarahinya.




Dalam kitab fath al-Bari pula al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pandangan Imam al-Tufi yang menyatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengawal perasaan marah adalah dengan menghadirkan TAUHID yang hakiki dalam hati bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT dan setiap orang yang melakukan sesuatu adalah pelaksana terhadap ketentuan tersebut..


tamat...Subhaanallah,terkesan di hati..

Berhati-hatilah ketika bertindak..berhati-hati ketika menuturkan sesuatu..berhati-hatilah di dalam semua perkara...realiti mencabar iman kita.. kemarahan yang diluahkan akan memberi kepuasan saat itu kepada hati yang sedang marah, tetapi kesannya kita tidak dapat jangkakan..Allahumma..banyak-banyakkan istighfar..sabar..sabar .. didiklah diri untuk meluahkan kemarahan ketika 'waktu' dan 'saat' yang sesuai..

Bagi pencinta dakwah yang diredhai Allah.,

Kesan marah yang tidak bertempat dan tanpa usul selidik serta tanpa 'terkawal' akan menjejaskan pelaung dakwah yang ada..Subhaanallah..marahlah dengan 'sopan'.. marahlah dengan 'ada isi'..(peringatan untuk diri sendiri juga).. belajarlah untuk marah dengan baik..



"la Tagh-dob bidunil hadaf" =)

sekian,.

tranformasi iman dalam mencari keredhaan Ilahi,.

musliha

4 ulasan:

Unknown berkata...

"la tagh-dob walakal jannah"
jangan kamu marah bagi kamu syurga (^_^)

ZAITON MUHAIMIN berkata...

Subhanallah..syukran kak atas perkongsian ini. Mengingatkan diri tatkala lahirnya amarah yang seringkali merajai dri. Tauhid bisa memecahkan tembok keegoan bahawa semua itu Allah telah takdirkan. Bukan kuasa kita untuk mengubahnya melainkan dengan keizinanNya.

::FaQirah alHawari:: berkata...

fatin farhana:

la taghdob...fa 'alainal jannah..

amen.. :)

::FaQirah alHawari:: berkata...

zaiton:

ye dik..hukhuk.. kemarahan tu 'api'.. syaitan suka orang marah ni.. nak marah bertempat tu kena betul2 'bjuang' ..

amalkan ayat2 yang boleh menahan marah ye..banyk2 istighfar..