Ahad, Disember 12, 2010

::ZIKIR::

Bismillah..

Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera atas kamu semua...

Alahmdulillah, rindu betul nak update blog ini. Tugasan menangguh update blog, tidak elok diamalkan oleh dai'e-dai'e kecil sebenarnya..('_')

....


Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat kepada Allah Ta'ala kerana masih memberi diri merasai nikmat iman dan Islam sehingga ke hari ini..

InsyaAllah, untuk posting kali ni, ana ingin berkongsi dengan rakan pembaca sekalian berkenaan dengan zikrullah atau mengingati Allah.. bagi ana sendiri, sebelum ni ana juga kurang ilmu tentang skop zikrullah yang dipersetujui ulama'-ulama' muktabar.. apa yang biasa kita lakukan adalah zikir seperti melafakan subhaanallah, alhamdulillah, Allahuakbar dan sebagainya.. Alhamdulillah, baru-baru ini ana telah dipilih Allah Ta'ala untuk berada dalam satu majlis ilmu yang sangat-sangat bermakna..berada bersama para murabbi/pendidik yang mengembalikan rasa keimanan dan kekuatan untuk beramal. Ustaz yang memberikan kuliah dan panduan kepada kami bukan sahaja berkongsi tentang sifat-sifat seorang naqib/ketua yang berjaya melahirkan ahli usrah malah memberikan panduan bagaimana untuk berada dalam corak kehidupan 'sentiasa ingat Allah' ataupun zikrullah..

Menurut beliau, di dalam buku 'Tarbiyyatunarruuhi' (tarbiah/didik ruh) karangan Ust Said Hawwa ada menggariskan 7 corak zikir yang dapat membentuk corak kehidupan harian kita:

pertama: Iqaamatutto'ah wa-tarkul ma'siah (tetap dalam ketaatan dan meninggalkan maksiat)

Berkenaan dengan tetap dalam ketaatan dan meninggalkan maksiat bermakna seseorang muslim itu hendaklah taat pada perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya..oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengenali apakah perkara-perkara yang membawa ketaatan dan apakah perkara-perkara atau amalan yang membawa kepada maksiat. (usahakan membaca buku atau mendengar kuliah-kuliah agama yang dapat membentuk rohani).

Kedua: Solat

Orang yang ingat Allah, akan gelisah hatinya sekiranya telah masuk waktu solat dia masih sibuk menguruskan hal-hal dunia.. Dia akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah. Apabila dipanggil terus menjawab sahutan tersebut (azan, terus wudhu' dan solat).

Ketiga: Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kitab dari Allah untuk hamba-hambaNya.. di dalam Al-Quran mengandungi firman-firman atau ayat-ayat Allah untuk panduan hidup hamba-hambaNya..mana mungkin seseorang yang cintakan Allah tidak peduli akan ayat Allah.. orang yang sentiasa zikir pada Allah, tidak akan pernah jemu melihat, menyebut dan menuturkan ayat-ayat Allah.

al-Muzammil ayat 20:

"Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan Yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya). maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


Keempat: Melafazkan

Inilah yang dimaksudkan dengan zikir seperti subhaanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, la haula wa la quwwata illa billah dan lain-lain zikir yang biasa kita amalkan. Melafazkan kalimah-kalimah tersebut juga merupakan zikir, iaitu tanda kita ingat Allah. Lidah sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah ta'ala. Orang yang sebeginilah akan berjaya menghadapi ujian susah dan senang yang diberi oleh Allah kepadanya.

Kelima: Doa

Doa senjata Mukmin..doa yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah juga merupakan tanda seseorang hamba mengingati Allah. Dalam keadaan susah atau senang sentiasa berdoa mengharapkan petunjuk Allah. Doa ini bukan bermakna doa selepas solat wajib sahaja malah di dalam setiap perbuatan harian kita. Orang yang ingat Allah, akan memulakan doa dalam setiap aktiviti/amalan yang dilakukan. Kerana dia tahu, bahawa di dalam doa ada keberkatan dan rahmat..Sebolehnya dia tidak sesekali mahu gerak gerinya dipandu oleh diri dia sendiri.biarlah urusannya dipandu oleh Allah ta'ala.. (usahakanlah mencari doa-doa amalan harian yang ma'thur di kedai-kedai atau bertanyakan para ustaz).

Keenam: Menjaga waktu

Gunakan sebaiknya. Murabbi kena pandai jaga waktu. itu juga tanda kita ingat Allah.

Ketujuh: Tafakkur

Tafakkur atau berfikir dengan mendalam juga merupakan sebahagian cara seseorang mengingati Allah..sesunggunya alam ini medan tarbiah/didikan yang terbaik untuk hamba-hamba Allah. Tetapi, untuk berfikir tentang sesuatu berdasarkan pandangan yang tepat adalah terlebuh dahulu dengan sentiasa memperkukuhkan aqidah atau pegangan tauhid kita kepada Allah.

Tambah ustaz lagi, melihat wajah-wajah orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah juga tanda 'zikrullah' Allahuakbar..

Wallahua'lam.

insyaAllah, sama-samalah kita persiapkan diri menjadi insan mulia disisi Allah. Ingatlah setiap amalan baik yang kita lakukan didunia akan dinilai oleh Allah.

semuanya Allah telah sebut dalam al-Quran. Maksud firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8

" maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

~semakin banyak ilmu yang kita belajar dan dengar, maka semakin banyak ilmu yang kita tidak tahu~

Az-Zaariyat ayat 55:

"dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

moga-moga apa yang kita lakukan didunia ini adalah untuk kehidupan akhirat jua.. Allahumma solli 'ala muhammad..

"FIGHT FOR JANNAH"

moga berkesempatan lagi untuk kesini..

::moment::

madrasah An-Nuriah,
sungai udang,
Melaka.
~3-4 Muharram 1432H
~8-9 Disember 2010

3 ulasan:

::Ukhty Najian:: berkata...

"Tambah ustaz lagi, melihat wajah-wajah orang yang boleh mengingatkan kita kepada Allah juga tanda 'zikrullah' Allahuakbar.."

~alhamdulillah...tgk wajah mus sokmo la na lepas ni... (~~,)

::muslihah zaki:: berkata...

Allah na... indahnya kalau boleh jadi gitu.. doalah moga sentiasa diberi nur Iman...

::Insyirah:: berkata...

da mmg macam tu pun..:) itu belum masuk bab dengar suara lagi..;-)
timakasih ye mus..atas ukhwah yg terjalin ni...alhamdulillah...