Rabu, Disember 29, 2010

::MenGuaSai DiRi::

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

~insyaAllah sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa.. ayuh mulakan perubahan dalam diri..



~Pengisian ini diambil dari buku “ApA ErTinya SaYa MenGanuT IsLam” iaitu karya UsTaz FaThi yAKAn..em, terdapat banyak topik dan sudut ‘IsLam’ yang perlu kita ambil berat sebenarnya,,iaitu Islam dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga, mengusai diri, yakin dengan kecemerlangan islam dan lain-lain..salah satunya adalah Islam dari aspek penguasaan diri..~selamat membaca..semoga dapat persiapkan diri menemui Kekasih yang Maha Agung..~ sabar dan tabahlah di dalam meneruskan sisa hidup ini..Allah sentiasa ada bersama..sentiasalah bersunyi-sunyian dengan-Nya..

::Saya Mestilah Menguasai Diri?::


Manusia sering menghadapi pertarungan dalam dirinya sehinggalah beliau kalah atau menang, atau terus menghadapi pertarungan itu. Pertarungan ini adalah pertarungan yang sengit dan berterusan hinggalah beliau menemui ajal. Firman Allah:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya(penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya,” (Asy-Syams: 7-10)

Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda:

“fitnah (cubaan) akan dibentangkan kepada manusia seperti tikar, satu demi satu. Mana-mana hati yang dipengaruhinya tercatitlah di hati itu suatu titik hitam. Mana-mana hati yang mengingkarinya tercatitlah pada hati itu satu titik putih, hinggalah hati itu menjadi salah satu dari dua jenis hati; sama ada putih seperti batu putih yang tidak akan dicacatkan oleh sebarang fitnah atau menjadi hati yang hitam pekat, tidak mengenal maaruf dan mengingkari sebarang kemungkaran.” (Hadith riwayat Muslim daripada Hudhaifah Ibn Yaman)

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1- Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Golongan ini tunduk kepada dunia dan kekal dalam keduniaan. Inilah golongan orang-orang kafir dan orang-orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang-orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Dalam al-Quran Allah telah mensifatkan golongan ini dengan firman-Nya:

“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat), maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran.” (Al-Jaatsiyah:23)

2- Golongan kedua ialah golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat, apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Firman Allah:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui.” (Aali-‘Imran :135)

Golongan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

“Semua anak Adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka bertaubat (daripada kesalahannya).” (Hadith riwayat atTirmizi dan Ibn Majah)

3- Golongan ketiga ialah golongan orang-orang yang maksum (terpelihara dari maksiat/dosa), seperti para Rasul dan para Nabi.

Dalam hal ini telah diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih beliau berkata bahawa Iblis telah menemui Yahya bin Zakaria lantas Yahya bin Zakaria berkata kepada Iblis:

“Ceritakanlah kepadaku tabiat anak-anak Adam disisi kamu.” Iblis pun berkata : “Segolongan mereka ialah orang-orang yang seperti kamu, mereka itu maksum, kami tidak mampu sedikitpun menggoda mereka dan golongan kedua ialah golongan yang menjadi seperti bola di tangan anak-anak kamu. Hawa nafsu golongan ini telah mendorong kami menawan mereka dan golongan ketiga pula ialah golongan yang amat sukar bagi kami, kami menemui salah seorang dari mereka hinggalah kami berjaya mencapai apa yang kami kehendaki, tetapi kemudian beliau segera beristighfar, dengan istighfar itu beliau telah merosakkan apa yang kami dapati darinya, kami tidak pernah putus asa dari (menggoda)nya dan kami tidak akan mendapat kehendak kami daripadanya.”

~SENDI-SENDI KeKuatan Dalam PerTaruNgan JIWA~

1- HaTi. Hati akan menjadi sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa apabila hati it uterus hidup, lembut, bersih, cekal dan sentiasa mengingati kata-kata Ali bin Abi Talib KWH. : “ Allah mempunyai bejana di bumi ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal. Kemudian Ali menerangkan maksud perkataannya dengan mengatakan: “Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya.”

Juga hati yang sentiasa mengingati perkataan Saidina Ali bahawa: “Hati seorang mukmin itu suci bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya. Hati seorang kafir itu hitam, sentiasa sakit.”

Al-Quran telah menggambarkan hati orang-orang mukmin. Allah berfirman:

“Orang-orang yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka kepada-Nya (kerana ayat-ayat itu).” (Al-Anfal : 2)

Al-Quran juga menggambarkan orang-orang kafir. Firman Allah:

“Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj : 46)

Juga firman Allah:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati mereka terkunci.” (Muhammad: 24)

2- AkaL. Akal akan mnejadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat, mengetahui sesuatu, dapat membezakan sesuatu dan dapat menyedut sesuatu daripada ilmu yang kelak akan digunakan untuk mencapai tempat yang hampir dengan Allah, mengetahui kekuatan dan kebesaran Allah. Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah:

“ Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antar hamba-Nya hanyalah ulamak.” (Faathir: 28)

Rasulullah SAW telah menunjukkan kebesaran nikmat akal dengan sabdanya:

“Allah tidak mencipta makhluk yang lebih mulia dari akal.”

Juga sabda Rasulullah SAW kepada Ali bin Abi Talib:

“Jika manusia menghampirkan diri kepada Allah dengan (melakukan) berbagai amal kebajikan, hampirkanlah diri kamu kepada Allah dengan ilmu.”

Juga sabdanya lagi:

“Seseorang itu tidak mendapat sesuatu yang lebih dari keistimewaan akan (kerana) akal itu membimbing tuannya kepada hidayat dan mengelakkannya daripada perkara yang buruk.” (Hadis Riwayat Ibn al-Mujbir)

Oleh kerana itulah Islam menggalakkan ilmu ,makrifat dan mendalami agama , supaya dengan itu akal akan dapat mengambil sesuatu yang dapat menolongnya dalam membezakan antara yang baik dan yang jahat , antara hak dan batil.Rasulullah s.a.w bersabda;

“Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Kelebihan orang berilmu dibandingkan dengan orang yang hanya beribadat samalah dengan kelebihanku dibandingkan dengan orang yang paling rendah di kalangan sahabatku.”

Kesemua ini adalah disebabkan oleh nilai dan pengaruh ilmu dalam memperdalamkan iman di dalam jiwa dan memperkenalkan hakikat alam sejagat kepada manusia.

Akal mukmin yang sedar dapat membazakan antara baik dan buruk, halal dan haram ,maaruf dan mungkar ,kerana mukmin yang sedar itu melihat perkara ini dengan cahaya dari Allah yang dapat melihat seuatu di sebalik tutup yang halus .Firman Allah:

“Barang siapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk)oleh Allah tiadalah ia mempunyai cahaya walau sedikit pun.”(An-Nuur:40)

Cahaya akal tidak dapat dipadamkan oleh sesuatu kecuali maksiat ,terang-terang melakukan maksiat dan tidak bertaubat setalah melakukan maksiat,lerana Rasullullah s.a.w telah bersabda:

“Sesiapa yang melakukan dosa ,akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya .”

Juga sabda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Kalaulah tidak kerana syaitan itu sering berputar di sekeliling hati anak-anak Adam nescaya mereka akan dapat melihat kerajaan langit dan bumi.”(Hadith riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah.)

Diriwayatkan daripada Anas bahawa beliau berkata:

“Sewaktu itu aku masuk menemui Othman dan sebelum itu aku telah menemui seorang perempuan dalam perjalanku ,aku melihat perempuan itu dengan penuh cemik dan kuamati kecantikannya.Apabila aku masuk Othman terus berkata:”Seorang dari kamu masuk (menemui aku)sedang di kedua-dua matanya (terdapat) kesan-kesan zina.Tidakkah kamu mengetahui bahawa zina kedua mata itu ialah pandangan?Hendaklah engkau bertaubat atau engkau kuhukum dengan hukuman taazir.” Lantas aku pun berkata :”Adakah wahyu setelah Rasulullah?” Othman menjawab :”Tidak, tetapi (itulah) penglihatan nurani, tanda-tanda dan firasat yang benar.”

~TANDA-TANDA KeTEWaSaN JIWA~

Apabila hati manusia itu telah mati atau menjadi keras,apabila akal manusia itu padam dan tidak bercahaya atau menyeleweng, apabila manusia tewas dalam pertarungan dengan syaitan terbukalah pintu –pintu masuk bagi segala kejahatan ke dalam jiwanya, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui bahawa syaitan itu meresap ke dalam diri anak –anak Adam sebagaimana darah meresap dan mengalir dalam tubuhnya.

Apabila benteng dan pertahanan jiwa manusia itu runtuh maka syaitan akan menjadi teman karibnya,Firman Allah:

“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah.”(Al-Mujaadilah:19)

Inilah yang dibayangkan oleh al-Qur’an dalam firman Allah:

“Iblis menjawab:Oleh kerana Engkau telah menghukum saya sesat,saya akan menghalang –halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus ,kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka.”(Al-A’raaf:16-17)

Selain dari itu, suatu penyakit yang paling bahaya yang menimpa mereka yang telah tewas ialah penyakit was-was. Syaitan menjadikan mereka was-was dalam semua urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah yang sebenarnya. Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu menghalang anak-anak Adam dengan beberapa cara. Dia menghalangnya melalui Islam itu sendiri dengan mengatakan:”Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek moyangmu.”Anak-anak Adam terus mengingkari syaitan dan menganuti Islam .Kemudian syaitan menghalangnya melalui hijrah dengan mengatakan:”Apakah kamu berhijrah dan meninggalkan tanah airmu dan langit yang kamu junjung.”Anak Adam terus mengingkari syaitan dan berhijrah . Kemudian syaitan menghalangnya melalui jihad dengan mengatakan:”Apakah kamu berjihad lantas kamu berperang dan kamu dibunuh ,dengan isteri-isterimu dikahwini orang dan hartamu dibahagi-bahagikan. Tetapi anak Adam terus mengingkari syaitan dan berjihad. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:”Barangsiapa yang melakukan demikian itu beliau mati,adalah menjadi hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga.”

Alangkah baiknya jika saudara merujuk kembali kisah syaitan dengan seorang rahib daripada Bani Israel dalam penafsiran firman Allah berbunyi:

“(Pujukan orang-orang munafik itu)samalah dengan (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia:”Kufurlah kamu .Maka tatkala manusia itu telah kafir dia berkata:”Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu,kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam.(Al-Hasyr:16)

~KUBU PerTaHANAN DaRi GoDAAN SyAItAN~

Untuk membantu manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran syaitan dan fantasi Iblis,Islam telah menunjukkan kepada manusia beberapa perkara supaya dapat menolongnya bertahan dalam pertarungan dengan syaitan dan membolehkannya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Perkara-perkara tersebut telah dirumuskan oleh salah seorang dari para salihin dengan katanya:”Ku renung dan ku fikir , dari pintu manakah syaitan memasukinya dari sepuluh pintu:

1.Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakininya bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka , lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7. Riya’ dan sukakan pujian manusia , lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.

9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.



Di antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelakkan diri daripada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula mekakukan semua kerja.Dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa syaitan orang-orang mukmin telah bertemu dengan syaitan bagi orang-orang kafir. Tiba-tiba kedapatan bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan yang gemuk muntal , sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan orang kafir itu bertanya kepada syaitan orang mukmin:”Kenapa kamu kurus kering dan dukacita?” Syaitan orang mukmin itu menjawab:”Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya.Apabila lelaki itu hendak makan beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar. Apabila minum beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus kehausan. Apabila memakai pakaian beliau menyebut nama Allah, dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila memakai minyak rambut beliau menyebut nama Allah, dengan itu rambutku terus kering dan kusut.” Syaitan orang kafir itu pun menjawab:”Tetapi aku mendampingi seorang yang tidak melakukan sedikitpun daripada apa yang engkau sebutkan itu .Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanannya, minuman dan pakaiannya.”

Termasuk juga dalam perkara yang dapat dijadikan sebagai kubu pertahanan ialah menjauhkan makan terlalu banyak, bermewah-mewah sekalipun halal dan bersih, kerana firman Allah:

“Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan.”(Al-A’Raaf:31)

Rasulullah s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar.”(Hadith riwayat Ahmad , Bukhari dan Muslim)

Di antara benteng-benteng tersebut juga ialah membaca al-Qur’an, berzikir dan beristighfar,kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila beliau(anak Adam) berzikir syaitan itu akan berundur dan apabila beliau lupa kepada Allah syaitan itu akan mengunyah hatinya.”

Di antara benteng-benteng ini juga ialah menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa bersifat berhati-hati dalam semua perkara.Rasulullah s.a.w bersabda:

Terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.”

Ruangan ini terlalu sempit untuk menyebutkan semua amal-amal dan wasiat yang telah diwasiatkan oleh Islam untuk menjauhi tipu helah dan godaan syaitan .Sungguh benarlah Allah yang telah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan mereka ingat kepada Allah maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya(sedar kembali)”(Al-A’raaf:201)

Sekian

~Wallahua’alam..

~ 29 Disember 2010 (23 Muharram 1432H)

~Kredit uNtuk mySis, SiTi NasuHa ;)..keraNa meMbantu 'MenYiapkan Tugasan meNaip ni..aGak panjang..AlHamduLillah siAp..

(peTikan daRi BukU Apa Ertinya SaYa MengaNut Islam,halaman 88 ~Fathi Yakan (2010), Pustaka Salam)

Tiada ulasan: