Rabu, Julai 28, 2010

~Rindu untuk merasai kemanisan IMAN...~

Assalamualaikum wbt...

Lame rasenya tidak berada di alam maya..

rindunya melihat gambar-gambar lama...



folder demi folder dibuka..

terjumpa beberapa gambar kenangan ..


~kisah lepas membentuk diri kita hari ini...kenangan lepas yang menjadikan diri kita lebih merasai 'ada hati' dalam hidup.. semoga langkah hidup ini diiringi taqwa dan tidak lari dari mengejar Redha Allah ta'ala..~
































Gambar-gambar ini adalah sebahagian bukti hidup kita didunia.. Allah.. cuba bandingkan keupayaan kita menangkap semua gambar memori sepanjang hidup ini dengan 'camera Allah Ta'ala' Subhaanallah.. keupayaan kita terbatas.. kita hanya boleh gambarkan apa yang mampu kita gambarkan sahaja.. tapi Dia mempunyai semua 'filem' kisah hidup kita.. cuba pejam mata..bandingkan kuasa Dia sebagai 'jurukamera' dan kudrat kita sebagai jurugambar... Allah...

Dia mempunyai CCTV yang paling canggih... CCTV yang tidak akan rosak.. CCTV itu akan merakamkan semua aktiviti kita di alam ini.. Allahurabbi.. (pada yang masih berhempas pulas nak menegakkan yang salah tu, beringatlah dengan janji Allah.. takutlah pada azab Dia.. )

=), Bisikkan hati dengan cinta Rabbi setiap masa.. jadikan setiap kecintaan kita kepada dunia adalah kerana-Nya..jadikan harta kita di dunia ini adalah untuk mendapat harta yang kekal disisi-Nya di akhirat kelak..

Pada hakikatnya apa yang telah kita lalui adalah taqdir dari Allah Ta'ala..atas dasar keimanan pada Allah, kita juga wajib beriman dengan Qada' dan Qadar..iaitu ketetapan dan ketentuan yang telah diaturkan..Dia telah menyusun agenda untuk umat manusia.. taqdir Allah ta'ala juga boleh berubah atas usaha kita.. di laluan ini, ada laluan untuk menempuh jalan batil.. dan ada laluan untuk jalan kebenaran..

Maksud firman Allah Ta'ala:

“ Kami telah tunjukkan kepada insan itu dua jalan , sama ada dia memilih jalan untuk bersyukur , ataupun jalan untuk menjadi kufur ( engkar ) “ . [al-Insan:3]

Allahuakbar, indah jalan yang Allah Ta'ala tunjukkan pada kita..

lagi maksud firman-Nya..:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” [Surah Ibrahim, ayat7]

~Susah untuk tetap dalam iman..tetapi tidak mustahil..insyaAllah... orang beriman pasti boleh!!! kerana kita ada Allah... itu yang pasti..

~apa yang ana kongsikan diatas adalah laluan yang dilalui untuk mendapat kemanisan iman insyaAllah.. tapi kita juga kena tahu apa dia laluan yang dilalui oleh makhluk Tuhan yang berada di 'laluan' batil.. kerana untuk kenal kebenaran kita kena kenal kejahilan... untuk kenal ISLAM, kena lah kenal dahulu apa itu JAHIL..

Di bawah ini adalah sebahagian gambar di dalam menempuh laluan zalim...(jauhkan kami dari fitnah dunia.. gambar ini tidak berniat untuk melabelkan keburukan kepada insan-insan di luar sana.. apa yang perlu kita ingat, musuh kekal kita adalah syaitan.. jalan yang dipilih oleh seseorang atas dasar ikutan rentak yang disukai syaitan itulah jalan batil serta menzalimi diri sendiri..jadi, berkenalanlah kita dengan jalan batil untuk kita kenal jalan benar..)





















~Allah sentiasa memberikan kita pilihan..insyaAllah, moga diberikan pilihan yang benar disisi-Nya..~

insyaAllah, semoga kita diberikan sinar cahaya Iman.. manisnya iman lebih bernilai dari harta dunia..dan adalah lebih manis apabila kita cintakan dunia kerana Allah dan Rasul-Nya..

Wallahua'lam

~menulis dan berkongsi di atas keterbatasan akal..

~mulia kita kerana Islam.. kuat kita juga kerana adanya agama pada diri..

1 ulasan:

PEMUDI HIZBI berkata...

Asalamualaikum wbt..

Allah..

Betul tu ka Mus..

Pengalaman itu menjadikan kita lebih matang.
Moga langkah kita diiringi taqwa dan tidak lari dari mengejar redha Allah.

Ka tau syairah baru dapat fakta..
Salah satu tanda kita bersyukur ialah kita redha pada ketentuan takdir.

Jangan menyalahkan kesalahan masa lalu..
Jadikan masa lalu itu..sebagai nikmat hidup yang mesti dilalui oleh setiap insan,samada pahit atau pun manis.

Maju ke hadapan, dengan membina benteng yang lebih kuat dan iltizam yang mantap. Agar diri tidak hanyut lagi dek dipukul ombak nikmat dunia yang melalaikan. Amiin.

::Hidup Mulia, atau mati sebagai Syuhadah::