Selasa, Jun 01, 2010

"UMMA-UNITED"

Assalamualaikum wbt.

Hari ini kita sedang melalui pelbagai cabaran dan ujian hidup yang tidak pernah kenal erti 'stop'..itulah janji Allah Ta'ala..kita tidak akan hidup semata-mata di alam ini tanpa diuji.. Ummat kini berhadapan dengan pelbagai peperangan , dari segi fizikal dan tidak terkecuali serangan minda..



Dalam waktu yang sama juga, sedar tidak sedar pelbagai agenda musuh Islam datang pada kita.. seolah-olah sedang berebut 'customer'.. menghidangkan servis yang terbaik.. mencari pelanggan untuk meneruskan misi.. dan di saat inilah, kebijakan pelanggan mencari produk terbaik akan menentukan jatuh bangunnya agenda tersebut..

Apa yang dapat dilihat paling ketara ialah dari sudut rangkaian internet networking..rata-rata penduduk dunia hari ini 'bersosial network' di hujung jari.. tidak perlu keluar rumah untuk mencari kenalan dan teman berbincang. cukup dengan mengadap mesin laptop atau komputer, sudah dapat mengumpulkan ramai kenalan.Kadang-kadang wujud insan yang sudah tidak seimbang komunikasinya antara mesin dan manusia. Dalam masa yang sama juga, pelbagai berita dan pengisian diperolehi. Di dalam pengisian yang disebarkan melalui network inilah yang perlu kita teliti kerana sejarah telah membuktikan keberkesanan sebaran berita kepada rakyat melalui media sebegini. Sewaktu peperangan Jepun di Tanah Melayu dahulu, mereka berjaya menghasut rakyat dengan hanya menyebarkan risalah yang diturunkan melalui kapal terbang di udara.. Kini ia berulang, hanya medium sahaja yang berbeza.

Namun, dari satu sudut lain social network di internet ada juga kebaikannya.Ramai insan yang berubah kearah kebaikan dan mula mengenal Tuhan kerana berhubung dengan rakan-rakan yang bersifat 'islah' serta cuba memberi peringatan antara satu sama lain.

Maka, berhati-hatilah dengan agenda musuh.. jangan sampai kita lupa pada agenda Tuhan..insyaAllah.Pilihlah yang terbaik.

Wallahua'lam..

Disini ana ingin promosi satu laman Muslim yang agak bagus pengisiannya..




Cuba layari laman ini----->http://umma-united.com/user_home.php

Sama-sama kita mendapat manfaat..insyaAllah..

Tiada ulasan: