Selasa, Jun 01, 2010

Akhirnya Freedom Flotilla Diserang Juga

Tindakan biadap serangan zionis terhadap konvoi Freedom Flotilla sungguh menyedihkan dan menyakitkan bagi kita sebagai umat Islam. Sungguh tidak berperikemanusiaan apabila komando zionis melakukan serangan terhadap kapal-kapal yang membawa aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata di kawasan perairan antarabangsa. Akhirnya tindakan tersebut menyebabkan hampir 20 orang gugur syahid dan 30 orang mengalami kecederaan.



Sebenarnya kejadian ini pasti akan berlaku kerana sebelum ini zionis telah memberi amaran kepada konvoi ini untuk menyerang dan merampas kapal-kapal tersebut. Malah tentera laut zionis juga telah mengepung konvoi sebelum kejadian ini berlaku. Tetapi malangnya tiada usaha daripada pihak tentera pengaman seperti PBB atau UN untuk mengawal keselamatan para aktivis daripada diserang oleh zionis.

Israel adalah suatu bangsa yang tidak mengenali erti kemanusiaan. Mereka tidak mempedulikan soal orang awam, sukarelawan keamanan, atau pejuang Palestin. Bagi mereka sama sahaja. Sesiapa yang menghalang niat Israel untuk mendirikan negara haram Israel atau berpihak kepada Palestin, mereka patut dibunuh walau dengan cara apa sekalipun. Sebelum ini pun sudah berapa ramai aktivis kemanusiaan dibunih oleh zionis.

Jadi, untuk mengajar zionis ini sebenarnya bukanlah dengan perjanjian damai atau genjatan senjata, tetapi dengan menggunakan senjata itu sendiri. Sudah banyak perjanjian yang dimenterai antara kedua belah pihak seperti yang berlaku pada zaman Yasir Arafat tetapi tidak menunjukkan hasil langsung.

Oleh itu, kesemua umat Islam agar melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar keselamatan kesemua aktivis terjamin tidak kira yang beragama Islam atau bukan. Pembaca juga diseru hadir ke perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat pada 4 Jun ini selepas solat Jumaat untuk menunjukkan bantahan kita.

*Penulis ingin memohon sahabat sekalian menyebutkan nama Ust Hasanuddin Mohd Yunus yang merupakan bekas calon ADUN di tempat penulis yang menyertai Freedom Flotilla di dalam doa agar diberikan keselamatan kepada beliau. Sehingga kini kesemua keadaan aktivis tidak dapat diketahui.

sumber: http://igpis.blogspot.com/2010/05/akhirnya-freedom-flotilla-diserang-juga.html#links

Tiada ulasan: