Ahad, Jun 20, 2010

Niat

Assalamualaikum wbt

Salam keimanan pada sahabat-sahabat ana. Moga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya insyaAllah. ya Allah, hindarilah kami dari sifat keluh kesah dan putus asa.. amin..



...



Kehidupan kita seharian tidak terlepas daripada perlakuan lahiriah dan batiniah..kerana kita punyai jasad dan roh.. Allah Ta'ala mengurniakan pada kita kedua-dua komponen ini untuk memastikan kita dapat hidup dengan sempurna dan merasa lengkap sebagai hamba serta khalifah-Nya.. Alhamdulillah, semuanya lengkap. Tiada manusia pun di alam ini yang tiada roh.. semuanya mempunyai roh masing-masing. Apa yang membezakan kita adalah nilai taqwa dan amalan sahaja.. Allah Ta'ala juga telah berfirman yang mafhum-Nya hanya taqwa yang membezakan antara kita.. Roh yang berada di dalam jasad kita perlu dididik dan diasuh untuk mencintai Allah Ta'ala.. jangan kita biarkan roh kita sakit.. jangan biarkan roh merana. jangan biarkan roh hilang ketenangan. jangan biarkan roh terseksa.. jalan untuk memelihara roh adalah dengan mengingati Allah Ta'ala tidak kira susah atau senang. Ingat Allah Ta'ala ketika bekerja. Ingat Allah ketika makan, minum, berjalan, duduk, bermusafir, bermain, tidur dan lain-lain lagi.. itulah sahabatku, susah kita mahu mendidik hati untuk Allah Ta'ala sekiranya kita masih berkira-kira dengan nafsu sendiri..itulah kelemahan manusia.. tapi kita jangan lupa janji Allah.. Allah akan buka jalan pada mereka yang ingin dekat pada-Nya..sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hamba-Nya.. insyaAllah, jangan putus semangat ya sahabat-sahabat. Doalah pada-Nya setiap saat.. sesungguhnya Allah sangat dekat dengan kita berbanding urat 'merih' kita ni...

....

di kesempatan ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat menjadikan membaca sebagai perkara yang wajib keatas diri masing-masing. Carilah masa untuk membaca.. membaca dengan nama Allah.. niatkan untuk lebih dekat dengan-Nya.. untuk lebih kenal Islam.. untuk berdepan dengan musuh-musuh Islam.. insyaAllah, jangan putus asa.. setiap manusia akan ada perasaan sedih dan susah hati..kerana kita diciptakan dengan keadaan sedemikian.. tapi jangan lupa, kita ada Allah Ta'ala.. ingatlah pada 'Bapa' kita Nabi Muhammad SAW yang mulia akhlaknya..izzah baginda dengan Islam.. yang sentiasa merendahkan hati di hadapan Allah Ta'ala.. bagus di medan perang.. dan hati Baginda hanya untuk Allah Ta'ala... segala yang Baginda cintai adalah kerana Allah.. ayuh, kita semai hati kita supaya punyai cinta dan tali ukhuwah sehebat Rasulullah SAW.. ia bukan datang dengan perasaan menunjuk-nukjuk atau riak..tapi kita kena tawaquf,berhenti sejenak,renung dan hayati kehidupan Baginda supaya kita mampu mengambil ibrah dari kehidupan Baginda...

Sesekali terasa susah untuk menjadi sedemikian... tapi insyaAllah, umat Nabi Muhammad yang benar-benar ikhlas mampu bermujahadah dalam merebut cinta Allah dan Rasul-Nya...

....

akhir kalam , jom membaca..

Ana sempat membeli beberapa buah buku untuk muhasabah diri dan sebagai persiapan menyediakan diri sebagai duta kecil Islam..=).. kerinduan dan keghairahan untuk membaca sangat-sangat terasa.

Hati kadang-kadang sentiasa berperang dengan nafsu sendiri.. kalau nafsu tu bentuknya dapat dilihat dengan mata kasar, mungkin 'ditembak' sudah dan tembus seperti tembusnya batang tubuh umat Islam yang ditembak oleh rejim Yahudi.. Memang 'wajib' diperangi setiap masa..pantang kita leka sikit, dia akan menguasai kita..jadi, kena lah cari peluru-peluru yang boleh menghalang tembakan nafsu-nafsu ni.. salah satunya adalah dengan membaca. Bacalah apa-apa sahaja bahan yang boleh memberi manfaat samada di internet atau buku..

Wallahua'lam..

insyaAllah, sama-sama kita bangunkan jiwa kita untuk Islam..

Tawaquf sejenak dan fikir-fikirkan..

moga-moga Allah Ta'ala permudahkan urusan sahabat-sahabat.

Wassalam.

~broadband tak berapa sihat sekarang..:)~

salam mujahadah.

"jangan jadikan kesibukan sebagai sebab untuk kita lupa Allah. walau dimana kita berada, carilah Dia.... insyaAllah Allah permudahkan."

Tiada ulasan: