Sabtu, Disember 03, 2011

::Keluasan Ilmu...::

Bismillah..

Assalamualaikum wbt dan salam ketenangan kepada semua pengunjung..
Sesungguhnya segala hidayah dan ilham itu milik Allah.Dia akan kurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki..

..Sekadar coretan petang..Alhamdulillah, sebenarnya apa-apa yang datang pada kita tidak kira baik atau buruk adalah dari Allah ta'ala semuanya.. selalu doakan, moga kita tetap beriman dikala susah dan dikala senang..namun, fitrah manusia, keluh kesah sentiasa ada.. semua itu Allah ta'ala dah sebut dalam ayatNya.. mafhum firmanNya.."telah diciptakan manusia itu dalam keadaan keluh kesah.."

namun...

Jangan pula kita putus harap.. Allah ta'ala janjikan kebaikan yang amat-amat besar kepada hamba-hambaNya yang berbuat kebaikan bukan? ..mafhum firmanNya.." Sesungguhnya rahmat Allah itu terlalu dekat dengan hambaNya yang berbuat kebaikan..(Muhsiniin)..

Lagi firmanNya..dapat difahami.."Sesungguhnya dengan mengingati Allah ,jiwa akan tenang.." Alhamdulillah... terlalu banyak ingatan dan kasih Allah pada kita kan..terlalu banyak.. sebab tu Allah ta'ala perintahkan kita supaya sentiasa bersyukur... Allah berfirman yang mana maksudnya dapat difahami.." sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan keatasmu kurniaan, dan sekiranya kamu kufur, nescaya AzabKu amatlah pedih.." Subhaanallah.hebat segala ingatan dariNya..^_^, sesungguhnya hamba ini lemah..sentiasa perlukan ilmu dan peringatan untuk kembali menetapkan iman padaMu ya Ilahi..

..:) Baru muqaddimah..Sebenarnya petang ini mahu mencoretakan tentang ilham Allah kepada hamba.. saya kadangkala dan kerapkali tersenyum dan banyak berfikir ^___^ apabila mengadap laptop dan mengadap skrin yang terpampang di hadapannya laman 'facebook'.. saya percaya majoriti para pengunjung alam maya mempunyai akaun facebook. Saya sendiri baru mengaktifkan akaun facebook awal tahun 2011. (Mahu mendepani dunia semasa..melihat perkhabaran dunia kita..terdetik ilham ini..dorongan sahabat-sahabat jua..) Lepas aktifkan facebook, Orang kata kena ada twitter pula.. "bolehlah update setiap status.." :) "tidak mengapa, ada facebook pun sudah cukup untuk saya membaca suasana..

..Sebenarnya apabila mula 'Log in' ke akaun facebook, keluar 'home', kita boleh lihat update status teman-teman, berita-berita, perkongsian ilmu, dan pelbagai perkara.. (bagai sebuah kampung FB ^__^) itu tanggapan saya..

Walau apa pun tafsiran kita pada fb,insan-insan facebooker, semua itu tidak akan menjadi suatu tanggapan negative apabila kita memandang suatu perkara dengan pandangan mata hati yang sentiasa positif.. tambahan lagi, untuk mencapat iman yang sempurna, sangat perlu untuk kita cinta mencintai sesama insan. Saya mengharapkan suatu perubahan yang besar kepada dunia anak muda dan dunia hari ini dengan adanya laman maya yang sebegitu walaupun ada juga unsur yang dikatakan boleh merosakkan mental dan pemikiran. Oleh itu, sangat perlu untuk kita melihat skop yang pelbagai dalam ruang maya ini.

KELUASAN ILMU

..Apabila melayari facebook khususnya, seringkali saya sendiri termuhasabah dengan kata-kata teman-teman yang meletakkan status di laman mereka. Kita mula memandang sesuatu perkara dengan lebih luas. Begitu juga dengan isu-isu yang diletakkan di laman tersebut. Mudah-mudahan kita semua sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Sayangnya Allah pada kita. IlhamNya ada di mana-mana. Hati perlu sentiasa dibersihkan dengan ingatan pada Allah. Memandang sesuatu dengan mata hati yang jernih. jadikan matlamat akhir segala perbuatan dan tindakan kita adalah untuk mardhatillah (keredhaan Allah) dan akhirnya untuk mengenal Allah (makrifatullah).. moga selamat-selamat semua :)

Salam perjuangan..
Salam Muhasabah..
..Usahakan untuk realisasikan impian dengan ilmu dan pertolongan Allah..mardhatillah dan makrifatullah..
Salam mahabbah :)


..apabila saya berkata-kata, maknanya kata-kata itu lebih dekat untuk mengubah kehidupan sendiri.. moga Allah memberkati..~

~FaQiraH alHaWaRi~

Tiada ulasan: