Rabu, Februari 09, 2011

...takutnya...

Assalamualaikum wbt,.

semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah ta'ala..

selamat membaca..perkongsian ilmu dan peringatan untuk manfaat bersama..nasihat menasihati untuk ummat..insyaAllah...,

petikan dari sebuah buku kecil yang berkaitan tafsir surah al-hujurat.,

maksud firman Allah ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu daripada banyak prasangka (meletakkan sangkaan buruk terhadap saudara-saudara kamu). Sesungguhnya sesetengah daripada sangkaan buruk itu adalah berdosa, dan jangan kamu mengintip-ngintip kesalahan orang lain dan jangan kamu mengumpat kepada setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka kalau dia memakan daging saudaranya sesudah mati. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat: 12)

Sesetengah ulama' menyatakan ayat ini diturunkan kepada dua orang sahabat lelaki Rasulullah SAW. pada kebiasaannya, apabila Rasulullah SAW bermusafir, Rasulullah SAW mencampurkan sahabatnya yang susah dengan sahabatnya yang senang. Ini adalah bertujuan untuk menanamkan sifat ukhuwah di antara satu sama lain. Orang yang senang akan menolong saudaranya yang susah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah meletakkan Salman Al-Farisi dengan dua orang lelaki dari kalangan sahabat yang dianggap lebih berlapangan daripada Salman Al-Farisi ketika itu.

Di sepanjang pejalanan dalam musafir itu berlaku suatu peristiwa di antara Salman dengan dua orang sahabat sekaumpulannya iaitu mereka terlewat bangun dari tidur, sedangkan Salman telah ditugaskan menyediakan makanan untuk mereka. Sebagaimana yang telah ditetapkan, kedua-dua sahabat tadi menyuruh Salman pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk mengambil makanan dan lauk. Apabila Salman pergi, Rasulullah SAW mengatakan makanan telah habis, lalu baginda menyuruhnya pergi berjumpa dengan Usamah bin Zaid (Usamah telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga makanan).

Selepas itu, Salman pun pegi berjumpa dengan Usamah, tetapi Usamah mengatakan bahawa makanan telahpun habis. Salman pun baliklah dengan tidak membawa apa-apa makanan pun. Dua sahabat itu mengatakan bahawa Usamah bakhil, bukannya tidak ada makanan tetapi dia tidak mahu memberinya. Akhirnya Salman dihantarkan pula kepada sahabat-sahabat yang lain untuk memperolehi sedikit makanan. Pada masa ketiadaan Salman itu, dua orang sahabat itu bercakap-cakap pula mengenai Salman dengan tidak mengharapkan kepadanya lagi.

Rasulullah SAW telah melihat telatah kedua orang sahabat itu, lalu Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang sahabatnya:

maksudnya:

"Aku melihat kamu berdua sedang memakan daging."

Lalu sahabatnya itu berkata:

maksudnya:

"Wahai NAbi Allah, kami tidak makan apa-apa lagi pada hari ini sama ada daging atau makanan yang lain."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

maksudnya:

"Tetapi kamu berdua ini telah berlaku zalim dan kamu telah memakan daging saudara kamu iaitu Salman al-Farisi."

Bersabit kisah itu, Allah Ta'ala telah menurunkan ayat yang kita baca. Ini menunjukkan kepada kita bahawa mengumpat itu merupakan suatu dosa yang besar sehingga Allah TA'ala membandingkan betapa kejinya mengumpat ini sama seperti kita memakan daging saudara kita sendiri...

mengumpat: menyebut perkara yang dibenci oleh seseorang di belakangnya.....



masyaAllah...Allah....

berjuanglah sahabat-sahabat untuk menjaga diri sahabat-sahabat Muslim dan seangkatan dengannya.... sekiranya tidak berpuasa hati atau marah pada seseorang, jalan yang paling BAIK adalah berjumpa terus atau wujudkan orang tengah yang boleh dipercayai untuk menyampaikan sesuatu...jangan sesekali menghebohkan kepada orang lain keburukan seseoarang... bersabarlah... dan selidiklah segala berita yang datang agar kita selamat... muhasabah buat diri...



Wallahua'lam..

salam mujahadah,

musliha.

1 ulasan:

✿ Myra ✿ berkata...

insya'allah..sama2 kita berjuang.. :)