Sabtu, Oktober 16, 2010

::Janji Allah dan sifat Manusia::

bismillah..

sumber:
~forwarded email~



ALLAH TIDAK PERNAH MENJANJIKAN HIDUP INI TIDAK PERNAH SUSAH~

> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
> Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
> perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
> kereta Waja yang berprestasi
> tinggi yang baru sahaja dibelinya.
> Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
> kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia
> memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
>

> Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut;
> anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat
> mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive
> muda tersebut
>
> menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil
> tadi berdiri.
>
> Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak
> kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang
> terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu
> kasar...
> siapa kita ?
>
> "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
> kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
> buat ini semua ?
> jerit Executive tersebut..
>
> Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta
> maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya
> melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya
> panggil".
>
>
> Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh
> dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di
> sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
> Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
>
> Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
> tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
> kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
>
> Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
>
> Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
> dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
> cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya
> akan kesejahteraan hidupnya.
>
> Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek
> teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya
> bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
> seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
>
> perhatian .
>
> Pengajaran
>
> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria
> tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
> menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
> sebenar-benarnya.
> Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
>
>
> LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ
> YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAUTIDAK
> PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN
> KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
>
> KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
> WASSALAM.
>
> KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
>
> 'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'
>
> Tafsirannya:
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
>
> Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>
> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
> dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
> tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
> umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di
> atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
> Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
> ahad.) sebanyak 3 kali.
>
> Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
> Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
> berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
> Amalkanlah bersolat
> kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat
> akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
>
> Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
> sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
> amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
> menjawab salam malaikat itu.
>
> Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
> 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka
> sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang
> menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
>
> Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
> sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia
> adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca
> Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
> seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
>
> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
> meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
> selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
> membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
> menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
>
> Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya
> Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa
> dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
> Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
> Qur'an dalam begitu cepat..
>
> Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
> bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil
> pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina
> Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan
> mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
>
> Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus
> kitab Al-Quran.
> Lalu dengan membaca
> surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
> dengan membaca 30 jus Al-Quran.
>
> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
> bersabda:
>
> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
> Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
> sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
>
> Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan
> luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke
> barat.
> Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
> kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
>
> Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata
> mereka: Wahai Tuhan kami,
> sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
> yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>
> Sabda Rasulullah SAW lagi:
>
> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
> itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu
> tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis
> pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
> pada sayap malaikat Israfil a.s.
>
> Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap
> satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
> perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
>
> Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan
> petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
>
>
>
> Nota:
> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
> sampaikanlah ilmu ini
> kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
> 'Sampaikanlah pesananku
> walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
> seseorang anak Adam itu, hanya
> 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
> 1) Sedekah/amal
> jariahnya
> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang
> lain.



salam mujahadah..

1 ulasan:

Syirah berkata...

Salam mujahadah..

MasyaAllah..

Moga siapa yang membaca artikel ini memahami pengajaran serta mengambil manfaat.

Barakallah..