Khamis, Oktober 28, 2010

::coretan 28okt10..::

Bismillah...

Assalamualaikum wbt..

Hari ini hanya mahu berkongsi gambar-gambar .. jam 6.00 pagi tadi, keluar dari rumah. Di bulatan jalan raya dan sepanjang jalan ke sekolah, kelihatan berkibar-kibar bendera Parti yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Bt Sapi nanti.. suasana macam biasa-biasa..





di bulatan depan sekolah pun sudah ada suasana PR..

waktu rehat, saja-saja 'snap' gambar-gambar suasana di sekolah.. hari ini, cuaca sedikit mendung..Alhamdulillah..




Sesekali ana naik turun ke bilik guru.. bertembung dengan murid-murid.. ada yang bagi salam..dan ada juga yang berlalu begitu saja..waktu-waktu rehat begini, aktiviti berlari memang tak dapat dielakkan lah. em, memang kena sentiasa ingatkan..kadang-kadang, guru juga kena mulakan dulu beri salam pada murid..:) 'didik melalui teladan'..

..ade sesuatu yang menarik.. maklumlah musim PR..

"eh, semangat betul kamu ni liyana? ana tegur seorang murid..

bukan apa..dia memakai lencana parti.. hehe. "oo, kamu undi parti ni ke? saja menyakat..

"ya ustaza, mamakku (panggilan untuk ibu bagi orang sabah..) undi ni la "..bagitahu liyana ..

"la..kenapa tak undi orang Islam..?kan kita ni Islam..sekarangla masanya kamu kena buat yang betul..". nak bagi kefahaman ni..

"tapi dia baik ustaza..datang tengok kami..kalau ada orang mati, dia datang..". ana dengar je lah..

"sini jap. ustazah nak ambik gambar.." satu gambar lencana tu diambil..



"ok lah, terima kasih.. hehe, tadi tu pendapat ustazah ja tau.." sengih-sengih dia berlalu..

....

di kelas pun begitu.. bercakap tentang pilihan masing-masing dengan budak-budak..saja ,main-main.. tapi main-main pun ada asasnya..

"ustazah, abangku pembangkang..tapi aku ndak.." bagitau seorang murid..

"la..yeke.. kalau ustazah pun pembangkang,macamna?.." nak tengok apa jawapan dia.

"tapi ustazah aku ndak jadi pembangkang sebab aku 1 Malaysia!" owh, ini jawapannya.

"kamu 1 Malaysia..ustazah 1 Dunia!.." dia terus senyum..

pilihan begini sudah menjadi tradisi..

inilah gambaran sedikit sebanyak situasi di sini..

~bukan nak main sentimen politik di sini, cuma sekadar menceritakan apa yang difikirkan oleh budak-budak kecil tentang PR2 ni..

Wallahua'lam..

~

3 ulasan:

bro.zabar berkata...

ermm..ternyata anak-anak juga sudah berjaya di doktrinkan bahawasanya hanyalah BN(UMNO) sahajalah yang mampu mentadbir negara..

rosamajid berkata...

salam kak mus..

Hmm..bagus kak mus ni.
Hubungan interpersonal yg baik dgn murid-murid.
Xpe, slow2 kak mus. nati kito serap slow2 alik sano..hehe

::FaQirah alHawari:: berkata...

k.musliha-BRO_Z :

~ye,mereka membesar dalam suasana begitu. tanyalah apa-apa soalan pun, insyaAllah, segala pujian akan diberikan kpd BN..Allah. kita pegawai kerajaan.tapi bukan pegawai kpd BN..kita adalah pgawai 'kerajaan persekutuan'..sgt berbeza..

k.musliha-Che ROs:

~hubungan kna baik.. insyaAllah. kita meneruskan perjuangan...niat kna betul lah..

jadinye, BRo Z & Che Ros, bersedialah ye adik-adikku untuk datang ke sini...

mungkin apa yang kita usaha hari ini tidak menampakkan hasil pd zaman kita..mungkin perubahan tu makan masa yang lama atau sebaliknya..apa yang penting... kita teruskn krja kita..

tidak kira guru pendidikan islam atau guru bukan pendidikan Islam..yang penting, apabila dah ada fikrah Islam, peranan tu perlu dimainkanlah..insyaAllah.kuatkan hati.