Isnin, Ogos 02, 2010

Ujian Allah..

Bismillah..

Allah Ta'ala Maha Mengetahui siapa kita..Dia tahu kekuatan dan kelemahan kita.. Allah.. sifat manusia ~gembira mendapat nikmat..namun, kita jarang gembira dan menginsafi apabila ditimpa musibah atau kesakitan..
kerana bagi fitrah manusia, yang sakit itu adalah kesusahan,sakit itu keburukan.sakit itu kelemahan.yang akhirnya semua itu akan melemahkan.HATI pun boleh sakit.Allah.. hanya orang yang beriman akan menenui sinar iman dan peroleh hikmah di sebalik sesuatu yang diberi oleh Allah Ta'ala.. Adakah ini kerana ego? merasakan diri kita tidak perlu sakit sepanjang hidup? sebenarnya ana sendiri pun jarang diberi kesakitan yang menyebabkan tugasan ana terhenti.. "sakit itu nikmat..insyaAllah.. kembali kita kepada kisah para Nabi.. Nabi Allah Daud diberikan kesakitan yang mana badannya penuh ulat..sehingga baginda tidak sampai hati membuang makhluk Allah itu dari badannya..subhaanallah.. secara hakikatnya semua yang berjuang kearah redha dan cinta Allah Ta'ala akan menempuh keperitan..itulah sunnatullah..

Alhamdulillah, 2-3 hari lepas ana 'dikurniakan' demam+selesema+batuk dan terpaksa mengambil cuti sakit... ini bermakna, diri ini lemah.... Allah berikan kekuatan juga melalui kesakitan ini.Dia mahu menguji ibadah kita.larat ke tidak bangun solat awal waktu..larat ke tidak menyebut nama-nama-Nya..larat ke tidak membuka al-Quran..larat ke tidak menuturkan kata-kata yang manis untuk meningkatkan iman..larat ke tidak untuk senyum kepada nikmat yang Dia berikan..Dia ingin menguji tahap iman kita.semuanya di dalam skema ujian Allah. Kalau mahu cemerlang di dalam peperiksaan di dunia pun kita akan melalui ujian..inikan pula mahu memasuki syurga Allah..tidakkah ujian itu lebih besar berbanding ujian di dunia?

..kalau boleh, biarlah semua kesakitan yang kita dapat itu mampu membersihkan titik-titik hitam di hati..biar luruh semua dosa yang ada.. semoga kita mampu lahir sebagai insan yang baru.. yang mata hatinya tunduk insaf kerana Allah..

Antara firman Allah Ta'ala sebagai sumber kekuatan dan kebahagian kita..:


Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)

Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)

Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)

Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)


"Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan." (3:186)

"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)


---------

(^_^),sakitnya apabila diuji.tidak kiralah ujian yang bagaimanapun bentuknya.kadang hati tidak mampu menanggung segala beban hidup. Namun, di sebalik itu, kita akan menemui kekuatan.insyaAllah..

Disinilah kita akan menyebut, "Allah.."

segalanya.. "Allah.."

Saat susah inilah, kita akan sematkan dihati.."segala-segalanya akan diadu pada Allah..baru adu pada manusia.. semuanya Allah.. serah pada Dia.. Dialah segalanya..."

petikan dari blog ms:

Apakah meminta itu dengan mengucap sahaja?


Adakah meminta kekuatan cukup hanya dengan berkata:

“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!”

Betul meminta perlu dengan mulut. Tetapi dengan mulut sahaja tidak mencukupi. Kekuatan itu perlu dituntut dengan amalan juga hakikatnya. Logik biasanya kita, kalau penat, kita rehat.

Tetapi bagaimanakah rehat yang memunculkan semula energi untuk bergerak dan bekerja di atas jalan Allah?

Dengan amalan.

Rasulullah SAW, saat keletihan selepas peperangan Uhud, ditambah pula dengan kehilangan tentera yang banyak, letihnya bukan sekadar fizikal, tetapi juga rohani dan mental. Apakah yang diseru baginda ketika itu?

“Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat!” Hadith riwayat Ahmad.

----------

Sepanjang sakit, ana berehat sekejap dari ikut program.tapi bukan berehat sepenuh masa .tengok keadaan diri..apabila rasa macam nak pulih dan boleh bangun, ana turut membantu saudara Islam kita yang lain..

Begitulah kita umat Islam ni..di satu sudut semasa kita lemah, ada saudara seislam yang sedang berjuang.di suatu masa mereka lemah dan letih, kita pula yang bangkit membuat kerja agama..itulah sunnah.. apa yang pasti, semua usaha itu bertujuan untuk bangunkan roh agama dalam hati saudara-saudara yang lain..em, kalau kita tengok para pejuang Islam, mereka rehat dengan dua rakaat solat sunat sebaik sahaja habis berjuang atau buat kerja-kerja membangunkan Islam..mereka basahkan lidah dengan zikir..ini semua bertujuan untuk menambah semula tenaga yang hilang.. kerana fitrah kita dicipta lemah..jadi,sudah pasti kita akan menemui kepenatan dan kelelahan sepanjang jalan dakwah ini..sabarkan hati..

sharing the pic---prog minggu lepas---check point yang mendidik insyaAllah..tapi sayang tak dapat tengok...







check point PALESTIN:



Di dalam aktiviti ini, peserta perlu ikut arahan iaitu makan rumput.. tapi ada yang tidak mahu makan, jadi dendanya masuk lumpur dan ikut arahan pemimpin..

inilah yang diibaratkan yang lemah terus ditindas dan yang berkuasa terus berkuasa...

~semua nye untuk mendidik dan merasai keperitan yang dirasai oleh umat Islam yang lain di seluruh dunia...

salam mujahadah~

jauh di sudut hati rindu keluarga di kampung...(^_^)...Allah.. satukan kami dalam Iman..moga kerinduan ini membuahkan kemanisan iman... Amin..

2 ulasan:

PEMUDI HIZBI berkata...

Salam mujahadah

Ujian memang berat..kekadang terasa beban..
Tapi hikmah di sebaliknya..memadam segala beban.

Indahnya iman..

Alhamdulillah..

Allah uji tanda sayang..

Jika kta selak lembaran sirah..para sahabat sedih jika mereka tidak sakit dalam seminggu..mereka merasa mereka tidak di sayangi Allah.

Moga kita sentiasa di bawah rahmat Allah.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Kasihnya melebihi kasih seorang ibu pada anaknya..

moga ukhuwah kita berkekalan..

::FaQirah alHawari:: berkata...

syukrn syirah..

ye, ujian lebih mendekatkn kita dgn Dia..

dgn kekuatan yg Dia beri, kt blh bgerak.. semunya dari Dia..

dan Dia blh tarik bila2 masa sj..

:) redha ubat terbaik kn..

amin..