Selasa, Jun 29, 2010

::KOLUMNIS::~Wanita

Assalamualaikum WBT..

Terima kasih Allah kerana masih memelihara diri kita untuk merasai nikmat Islam dan iman..

Sama-sama kita renung mutiara syariat yang disediakan oleh Dia untuk umat ini..



Wanita Dalam Pembangunan Masa Kini

oleh : Nur Sahila Sapi'e*

Baru-baru ini masyarakat Malaysia dirancakkan dengan isu Rancangan Malaysia Ke-10.. Melalui petikan daripada BERNAMA 10Jun2010, Kerajaan akan terus menangani isu yang membelenggu wanita bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi yang mereka miliki dan melibatkan diri secara lebih berkesan dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Berikut adalah beberapa tindakan @langkah yang bakal dilakukan untuk mencapai hasrat kerajaan;

* meningkatkan penyertaan wanita sebagai tenaga kerja dan menambah jumlah mereka yang menyandang jawatan utama di peringkat pembuat keputusan,

* kerajaan juga akan memberi fokus terhadap usaha menambah baik kemudahan yang disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi kehidupan mencabar seperti golongan balu, ibu tunggal serta mereka yang berpendapatan rendah dan menghapuskan segala bentuk penindasan terhadap wanita.


* kerajaan akan menambah jumlah pusat asuhan berasaskan komuniti dan pusat jagaan harian di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendorong lebih banyak wanita menjadi tenaga kerja, terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

* meningkatkan penyertaan wanita dalam kegiatan keusahawanan melalui peningkatan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan institusi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mencapai sasaran melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012.

* Kerajaan juga akan meningkatkan usaha bagi mencapai kuota sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan di peringkat pembuat keputusan disandang oleh wanita dalam tempoh rancangan berkenaan.

Beberapa persoalan bermain di fikiran, adakah wanita Eropah mampu memberi pulangan yang baik dengan keluar bekerja tanpa dikawal oleh peraturan yang khusus dalam mencapai kemajuan yang sempurna untuk masyarakat disamping mampu menjaga keadaan mereka sebagai golongan wanita? Persoalan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan yang bersungguh dan mendalam.


Seorang penulis ekonomi Islam iaitu Profesor Yusuf Khalifah al-Yusuf yang bertugas sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Universiti Emiriyah Arab Bersatu sekarang di mana beliau sebelum ini pernah menetap di Amerika dan England begitu lama telah menulis dengan penulisan dan kajian secara ilmiah tentang perkara ini. Dalam tulisannya beliau menyatakan bahawa kemajuan mengikut garisan yang sebenar hanya mampu tercapai apabila mampu memenuhi kehendak setiap individu dalam masyarakat berkenaan permintaan barangan dan perkhidmatan disamping tidak menyisihkan pembangunan ruhaniah, akhlak dan insan kepada setiap rakyat. Kemajuan akan cacat dan gagal jika hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dari segi material atau maddiyyah semata-mata tanpa menghiraukan atau menitik beratkan mengenai pembangunan insan, akhlak dan rohani.

Sememangnya wanita digalakkan untuk bersikap proaktif dan bukannya lesu dan lemah, tetapi proaktif yang dimaksudkan perlu memelihara fitrah semula jadi sebagai seorang wanita lebih-lebih lagi wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu. Jangan disebabkan terlalu ‘occupied’ (asyik) dengan kerjaya masing-masing tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan. Pelbagai masalah akan timbul jika ia diambil ringan, antaranya:

* Keluarga akan menjadi porak-peranda,

* Anak-anak hilang kasih sayang dan akan menyebabkan gejala sosial seperti zina, dadah dll semakin berleluasa

* Anak-anak menyerahkan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka ke pusat jagaan orang tua semata-mata ingin mengejar kemewahan dunia



Apakah bezanya kita dengan penganut yahudi yang mempercayai kesohihan taurat dan agama Islam yang dibawa oleh nabi Musa tetapi mereka tetap mencipta dan meminda taurat mengikut kefahaman sesat mereka yang bertunjang kepada nafsu serakah yang tidak pernah tahu erti kepuasaan. 


Dalam memastikan kebahagian yang selari antara material dan rohani maka Islam telah menggariskan beberapa etika bagi memastikan wanita bekerja tidak terkeluar daripada lunas-lunas murni bersesuaian dengan mereka. Garis panduan itu adalah sebagaimana berikut :

Pertama : Syaratnya bahawa masyarakat setempat memang memerlukan kepada wanita untuk memenuhi peluang yang ada dan wanita itu sendiri memerlukan kepada pekerjaan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga bukannya untuk tujuan kemewahan atau semata-mata mahu bekerja.

Kedua : Mesti mendapat persetujuan dan keizinan daripada suami bagi isteri yang bekerja dalam pekerjaan yang bersesuaian dengannya bukan dalam sektor yang dikhaskan untuk kaum lelaki.

Ketiga : Mampu mengimbangi antara kewajipan terhadap rumahtangga dengan tanggungjawab dalam pekerjaan yang dijalankan. Jika dia gagal mengimbangi antara melaksanakan kedua-duanya maka dia dilarang bekerja diluar rumah dan wajib memberi tumpuan kepada urusan rumahtangga sahaja. Ini bagi memastikan pembinaan keluarga mampu berjalan dengan baik dan teratur kerana ia lebih penting berbanding masalah kewangan.

Keempat : Mesti menjauhi pekerjaan yang menyebabkan berlakunya khalwat antara wanita dan lelaki. Ini bagi mengelakkan perkara yang negatif terutama zina dan fitnah yang boleh menggugatkan rumahtangga.Ingatlah bahawa mengelak itu lebih baik daripada berubat.


::gambar hiasan::

Kelima : Mesti mengelak daripada terlibat dalam sektor pekerjaan yang boleh membawa kepada masalah dan kesan negatif serta tidak sesuai dengan keadaan psikologi sebagai seorang perempuan.
Keenam : Mengelak daripada sebarang sebab yang membawa kepada fitnah samada pada pemakaian ketika bekerja, percakapan dan juga bauan yang dipakai. Islam hanya membenarkan pemakaian yang menutup aurat untuk pekerja diluar rumah, begitu juga dengan bersolek dan memakai bauan yang berlebihan sehingga menarik perhatian orang lain yang mana perkara ini hanya dibenarkan ketika bersama keluarga bukannya diluar rumah. Pelihara aurat dan akhlak.



SOLUSI

Kerajaan mesti memainkan peranan penting di dalam memastikan garis panduan ini tidak dilanggar oleh rakyat.

Hanya kerajaan yang berteraskan Islam sahaja yang menyedari hakikat kepentingan dalam pelaksanaan garis panduan ini kepada rakyatnya. Ini adalah kerana pemimpin bagi kerajaan Islam berasa bahawa dia akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkara yang berlaku ke atas rakyatnya di hadapan Allah nanti.

Sedangkan pemimpin sekular hanya akan mengambil berat mengenai perkara ini apabila timbulnya masalah terutama yang akan menggugat kedudukan mereka dalam arena politik.

Akhirnya peringatan untuk diri pengarang dan wanita-wanita sekalian, jangan cepat melatah. Ingatlah jika kita tidak lagi mampu merasakan bahawa setiap tindakan kita tidak boleh bebas daripada kehendak agama maka Islam kita belum sempurna dan kita masih terjajah oleh sekular. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Bagi pihak lelaki, jangan biarkan wanita menandingimu dalam segala urusan, bangkit dan bertindaklah.

*Penulis adalah Timbalan Pengerusi Tarbiyyah & Kepimpinan ISIUKM 2010/2011

sumber:http://mygamis.blogspot.com/2010/06/kolumnis-wanita-dalam-pembangunan-masa.html

zikra buat diri dan semua:

Allahuakbar

~pada semua Muslimat..renung-renunglah hakikat kejadian kita..janganlah sesekali tindakan yang kita lakukan menjadi faktor berlakunya 'penyimpangan di dalam keluarga'.. insyaAllah, lihatlah kejernihan syariat Ilahi dengan pertimbangan mata hati agar kamu mampu menjadi pelengkap kaum muslimin sebagaimana yang Dia aturkan..jatuh bangun sesebuah tamadun bukan disebabkan kehebatan gender masing-masing.tetapi apa yang utama adalah kamu 'muslimat' dan kamu 'muslimin' adalah pelengkap satu sama lain.~

wallahua'lam

Tiada ulasan: