Selasa, Mac 31, 2009

::ade betulnye...::

Assalamualaikum WBT..

Dedikasi buat bakal guru..dan para guru..

kesedaran yang perlu dibuktikan..

Basiron Abdul Wahab
Tue | Mar 31, 09 | 11:25:06 am MYT

TEMERLOH 31 Mac (Hrkh) Dewan Pemuda PAS Pahang menyokong cadangan Umno untuk membenarkan guru-guru kumpulan A aktif berpolitik.



Ketua Peneranganya, Abdullah Abdul Karim berkata, PAS bersetuju dan menyokong cadangan itu malah PAS mencadangkan supaya semua rakyat tidak disekat untuk aktif dalam mana-mana parti berpolitik berdaftar.



Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan sosial , agama dan warna kulit harus diberi kebebesan untuk berpolitik sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan dinegara ini.

"Pemuda PAS menyokong cadangan Umno untuk memberi kebenaran kepada guru-guru kumpulan A aktif berpolitik, malah kita bukan setakat menyokong guru kumpulkan A sahaja tetapi juga kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan , agama dan warna kulit untuk aktif berpolitik,"katanya.



Bagaimanapun Abdullah berkata, kerajaan perlu memastikan kebebasan yang diberi dilaksanakan dengan telus, jujur tanpa sebarang diskriminasi, ini bermakna semua guru kumpulan berkenaan boleh aktif berpolitik mengikut kecenderungan politik masing-masing.

"Kita bimbang perlaksaan dasar baru itu nanti hanya diberi kepada guru guru pro- Umno-BN sahaja manakala guru-guru yang mempunyai kedenderungan kepada parti politik lain dihalang,"ujarnya.

Abdullah berkata, rekod buruk Umno dalam isu diskriminasi ini sememangnya jelas dan terdapat banyak bukti Umno-BN hanya mementingkan survival parti itu sahaja.

"Itulah yang kita bimbang, kita tidak mahu apa yang telah berlaku di Universiti dimana para pelajar yang menyertai Umno melalui sayap Putera dan puteri Umno tidak dikenakan tindakan tetapi para pelajar yang menyertai PAS diambil tindakan.

"Kita tidak mahu isu berkenaan terjadi kepada guru-guru pula, ini kerana rekod lama Umno dalam mengamalkan diskriminasi terhadap ahli parti politik selain Umno sememangnya buruk," ujarnya.

Tinjauan mendapat rakyat gembira dengan cadangan Umno itu tetapi mereka bimbang Umno tidak melaksanakanya tanpa diskriminasi.



Malah, orang ramai berpendapat adalah parti yang mengamalkan diskriminasi melampau bukan sahaja dalam isu kebenaran berpolitik kepada kakitangan kerajaan kumpulan A tetapi dalam pelbagai perkara termasuk subsidi kepada rakyat, bantuan kepada golongan miskin dan kurang upaya.

Rekod buruk kerajaan Umno telah lama diamalkan dan rakyat terutama penyokong PAS memang telah mengetahuinya. Malah mereka tidak mempercayai janji Umno/BN untuk berlaku adil. - azm _



..sudah sebati dengan jiwa guru perasaan takut dan bimbang untuk melibatkan diri dengan politik tanah air ni.. jangan bimbang.. bak kata seorang ustaz..: tak kisah nak dihntar mngjar kat mane-mane pun..sebab nnti mengajar anak orang juga..

Tiada ulasan: