Isnin, September 10, 2012

::BersuCi::

Bismillah..~salam mahabbah~~~

KETAHUILAH DI ANTARA HUKUM-HUKUM BERSUCI~

Diriwayatkan dari Lubabah binti al-Harith, dia berkata: Husain bin Ali berada di kamar Rasulullah SAW. Lalu Husain kencing di pangkuan beliau. Maka aku berkata:

“Kenakanlah pakaian, berikanlah kainmu kepadaku sehingga aku membasuhnya.”

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dari kencing anak perempuan itu dibasuh, sedangkan dari kencing anak lelali itu cukup dituangkan.”1

Saudaraku wanita muslimah!

Islam adalah agama hidup yang memperhatikan dan mengatur segala permasalahan, baik yan kecil mahupun yang besar, ssekaligus menerangkan cara-cara mengatasinya kepada kita. Dalam wasiat ini, Nabi SAW mengajarkan kepaa kita sebahagian sendi-sendi kebersihan yang seharusnya kamu ketahui dan mempelajari apa yang tersirat di dalamnya.

Saudaraku wanita muslimah!

Allah SWT menyukai kepada beberapa golongan orang, sekaligus memuji mereka. Dan telah menyebutkan kepada kita sebahagian di antara mereka melalui firmanNya:

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
(al-baqarah:222)

Seorang wanita yang mensucikan diri adalah contoh yang membawa predikat kebersihan yang sempurna, iaitu: Bersih lahir melalui membasuhnya dengan air untuk menghilangkan berbagai-bagai najis dan kotoran serta bersih batin melalui pensuciannya dari berbagai sifat buruk dan sifat tidak terpuji lainnya, terdiri dari khianat, dengki dan ego (sombong).

Saudaraku wanita muslimah!

Perhatikanlah batinmu dan bersihkanlah, sebagaimana kamu memperhatikan lahirmu dan mempercantikkannya. Dalam wasiat tersebut, Nabi SAW menunjukkanmu kepada hokum-hukum agama yang patut kamu ketahui. Iaitu, apabila kamu dikurniakan oleh Allah SWT dengan beberapa orang anak, kemudian di antara mereka telah tumbuh dalam masa penyusuan atau masa kanak-kanak, maka kamu harus memperhatikan beberapa hal di bawah ini:

1- Jika anak itu lelaki, masih dalam masa penyusuan dan belum disuap dengan makanan, apabila dia kencing, maka kamu cukup menyiramkan air padanya. Yakni menuangkan air pada air kencing tersebut sekiranya sampai (merata) pada keseluruhannya. Dengan cara seperti itu sudah cuci, tanpa menggosok-sosok. Dengarlah pada Ummu Qais binti Muhshan, dia berkata:

“Aku pernah dating kepada Rasulullah SAW sambil membawa anak lelakiku yang masih kecil dan belum memakan makanan. Anakku itu berada di dalam kamar beliau, lalu kencing padanya. Maka Rasulullah SAW memanggilku untuk mengambil air. Aku pun memenuhi permintaan beliau itu. Namun, beliau tidak membasuhnya (cukup menyiramnya sahaja).”

2- Jika anak itu perempuan, sama ada dia masih dalam usia susuan ataupun sesudahnya, maka kamu harus membasuh tempat yang dikencingnya, tidak boleh cukup menyiramnya sshaja. Sebagaimana keterangan dalam wasiat Nabi SAW, di mana Baginda bersabda:

“Dibasuh dari (bekas) kencing anak perempuan dan disiram dari (bekas) kencing anak lelaki.”2

3- Bahawa anak lelaki manakala dia telah sampai pada tahap usia makan, maka sebaiknya kencingnya disiram sebagaimana anak perempuan secara sempurna.
Qatadah rahimahullah berkata di belakang hadith di atas: “Demikian ini selama mereka (anak lelaki mahhupun perempuan) itu belum makan,jika mereka sudah makan, maka kencing mereka diasuh semua.”

Sementara Ummu Salamah isteri Nabi SAW berkata:

“Kencing anak lelaki dituangkan air padanya dengan sekali tuang selama mana dia belum makan, sedangkan kencing anak perempuan itu dibasuh, baik dia sudah atau belum disuap makanan.”

Demikianlah saudaraku wanita muslimah, kita hidup bersama Rasul umat manusia, Muhammad SAW. Baginda mengajarkan kepada kita sebahagian sendi-sendi Islam dalam bab thaharah (bersuci), yang jika kamu analisa mengenai kepentingannya, tentu kamu sedar bahawa agama kita itu agung yang menunjukkan umat manusia dengan susunan syariatnya yang di dalamnya terdapat kebaikan mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Segala puji bagi Allah Yang termula dan yang terakhir.

____________________nota kaki_________________________

I Hadith sahih, ditakhrij oleh Abu Daud, hal. 375, Ibnu Majah, hal. 522, Ahmad, Juz. VI, hal. 339 dari jalan Samak dari Lubabah. Isnadnya hasan dan dinilai sahih oleh al-Hakim. Juz. I, hal. 166, penilaian al-Hakim itu didukung pula oleh az-Zahabi.

2 Hadith sahih, ditakhrij oleh Abu Daud, hal. 376, an-Nasa’I, Juz. I, hal. 158, Ibnu Majah, hal.526 dan al-Hakim, Juz. I, hal. 166. Dia menilainya sahih dan dikuatkan oleh az-Zahabi.


Wallahua'lam.. salam ilmu dan mahabbah~~~

Tiada ulasan: