Memaparkan catatan dengan label ::qudwah::. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ::qudwah::. Papar semua catatan

Selasa, April 10, 2012

::Pengorbanan seorang srikandi::

Assalamualaikum wbt..

Kisah seorang srikandi..

"Pengorbanan Zainab al Ghazali"


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Selasa, Oktober 11, 2011

ayyash's notes

ayyash's notes

"Kepada sahabat2 yg bakal melengsungkan prnikahan,Selamat membina sebuah keluarga yang diredhai Allah.." jadilah pasangan yang takut kepada Allah dlm mmbina rumahtangga yg diredhai. Akhirat yg kekal abadi.rumahtangga adalah medan jihad.. moga ia menjadi ibadah kepada Allah ta'ala.. dedicate to syah.. mg Allah rhmati kamu shbtku..

Sila klik pada 'Ayyash's note utk mmbaca artikel panjang.. mg bermanfaat"..

::10 sahabat yang dijanjikan Syurga::

Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, dan seluruh umat Islam ..syukur diatas nikmat yang dikurniakan.

Kali ini, saya teringat 10 nama sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Nabi Muhammad SAW.

Isnin, September 26, 2011

::Selesa tanpa formal..::

bismillah..

Astaghfirullahal 'azim
Astaghfirullahal 'azim
Astaghfirullahal 'azim

Selesa tanpa formal




Asal bekerja harus terutama bagi Muslimah/wanita..bukanlah menjadi sesuatu kewajipan..sekiranya disana ada keperluan, dibolehkan..

Jumaat, September 23, 2011

::Tuntutan Tidur Rasululla SAW::

Terasa lama tidak meng-update sesuatu disini..kurang konsisten..tidak berapa baik pengurusan kali ini..Allahumma solli 'ala Muhammad..

Rasulullah SAW merupakan suri teladan dalam kehidupan manusia..Baginda merupakan rahmat kepada alam ini.. Baginda diajar dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar..

Selasa, Julai 19, 2011

dariNya dan untukNya..

Bismillah..

"semoga setiap perkongsian akan membuahkan keimanan..mudah-mudahan...muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri terutamanya"

..pemergian seorang Pimpinan Muslimat Malaysia, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali sebenarnya memberikan satu 'perasaan' dan 'suntikan' kepada pendokong,pencinta dan penggerak Gerakan Islam di malaysia..

Selasa, April 19, 2011

::Bantuan dari LANGIT::

~selamat membaca dan menghayati....~

"Terlalu banyak cerita-cerita yang menerjah kuping telinga saya tentang kehebatan dan bantuan Allah SWT kepada pejuang-pejuang Palestin. Allah mendengar doa dan munajat umat Islam seluruh dunia. Saya terpana mendengar cerita kehebatan bantuan daripada Allah, kisah ini menambahkan keimanan dan keyakinan kita terhadap agama Allah SWT,..

Ahad, Oktober 26, 2008

::Qudwah Seorang Artis::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

"Saya doakan Azhan jadi 'qudwah' artis di Malaysia"

Catatan Ustaz Idris Ahmad

Fri | Oct 24, 08 | 11:14:32 am MYT

1. Pada 23 Oktober 2008 Khamis malam Jumaat saya dijemput pada satu majlis sambutan hari raya PAS Kawasan Segamat di Kampung Pulai dekat rumah Firdaus Masud, Ketua Pemuda Kawasan Segamat. Seorang peguam muda lulusan UIA.
Iklan

2. Saya berkesempatan bertemu juara Akademi Nasyid 2008 Saudara Azhan Atan pada majlis tersebut. Saya sayu mendengar lagu yang dialunkan pada malam itu, oleh anak muda yang dianugerahkan Allah suara yang baik walaupun cacat sedikit penglihatannya. Saya bukan orang seni, tetapi saya menghormati orang seni kerana Allah anugerahkan kepadanya kelebihan yang tidak ada pada saya. Beliau juga mampu bertazkirah dengan baik dan menyebut beberapa ayat al-Quran dengan baik sebagai selingan. Alhamdulillah ini hasil daripada tarbiyah PAS kepada ahlinya.

3. Saya juga terasa hiba, walaupun beliau sudah bergelar artis selebriti yang terkenal di seluruh negara, beliau tidak lupa kepada Unit Amal dalam ucapan selingan beliau ketika beliau mendendangkan lagu.�CD koleksi lagu-lagu beliau dijual dikhaskan untuk Tabung Unit Amal Johor. Alhamdulillah beliau masih tidak lupa daratan kerana beliau adalah salah seorang penggerak Unit Amal di Johor.

4. Beliau juga menceritakan kepada saya mahukan ulama untuk membimbing beliau supaya tidak tergelincir. Kita lihat media perdana tidak banyak memberi liputan berkenaan dengan Azhan kerana beliau masih berpegang kepada prinsip amar makruf nahyu anil munkar.



5. Semoga Azhan diberikan oleh Allah istiqamah dan meneruskan berdakwah melalui medium seni. Beliau boleh menunjukkan suri teladan yang baik kepada artis-artis yang lain di negara ini, bahawa kita ada acuan yang tersendiri. Imej�artis mesti dipulihkan supaya anugerah yang Allah berikan kepada mereka kena diletakkan di tempat yang betul dan tepat, bukan �menurut hawa nafsu.

6. Beliau boleh membuktikan bahawa Islam bukan menentang hiburan dan keseniaan tetapi ia mesti mengikut acuan yang diizinkan oleh Allah SWT. >P>Antara syarat-syarat yang mengharuskan menyanyi atau berhibur:

a) Seni kata yang bernilai murni.

b) Pakaian penyayi yang tidak mendedahkan aurat.

c) Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang boleh merangsangkan syahwat.

d) Persembahan yang tidak menimbulkan fitnah.

e) Gaya persembahan yang tidak keterlaluan.

f) Tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan syarak. �

7. Semoga Azhan berjaya dengan kerjayanya dalam membuat penerokaan baru bagi membantu kemenangan perjuangan Islam di negara ini. Insya-Allah. - lanh _