"ustazah, nah hadiah untuk ustazah..." satu keychain kartun 'bergigi' dihulurkan oleh seorang murid.
"ape ni? bagi ustazah? hehe,kamu ni, bagi pula kartun gigi sengih ni.. ok takpe.. terima kasih...comel.." dalam hati tersenyum dengan sikap anak-anak ini. Murid-murid yang berwajah jernih. Masih punyai masa hadapan yang cerah. Saya amat yakin dengannya. Proses pembentukan diri dan sahsiah dalaman anak-anak ini sangat penting.
(ok, tinggalkan sebentar monolog penulis:) ) sambung cerita..
Hati mana yang tidak tersentuh dan terharu dengan pemberian bukan? saya tersenyum dan tercuit hati dengan keletah mereka. Sangat sayang dan cuba untuk berlembut dalam bab layanan kepada anak-anak ini. Kadang-kadang dalam marah ada sayang. Itulah kedudukan hati pendidik. Setiap saat menatap wajah anak-anak kecil itu, tak putus fikirkan 'kelembutan perasaan' untuk mereka. Mendidik jiwa supaya mereka mampu menempuh alam kehidupan dengan cahaya Rabbani. Itu impiannya. Tidak kira siapa dia, yang penting, dapat teruskan kehidupan dengan cinta Allah dan Rasullullah SAW. Perit untuk sempurnakannya andai tersilap langkah.
Selepas tersenyum dengan 'sesi' ini.. untuk yang kedua pula..
..Cepat-cepat dicabutnya rantai yang dipakai sebalik tudung sekolah..
"Ape tu? bawa ke sini.." dengan muka separa pucat, dibawanya rantai yang baru dicabut ke tempat saya di hadapan.
Dalam hati ini, mengeluh dan mengucap panjang.."normal ke ni" terdetik di hati.
"ok, siapa yang bawa ni? kamu suka pakai rantai ni?" saya bertanya kepada murid yang memakai rantai tersebut. Mungkin kerana takut, mulalah meletakkan kesilapan tersebut atas kawan yang lain.
"A**** yang bawa ustazah..." ditunjuknya jari kepada kawan non-muslimnya.
"ok A**** datang sini.." murid tersebut dipanggil ke hadapan.
"kamu bawa rantai ni ye?em,siapa punya?" cantik... tapi lain kali tinggalkan di rumah.pakai di rumah je.
(sesi diskusi dengan 3 orang murid perempuan terebut... mencabar juga pemikiran. )
itulah dia kisah pelajar yang cuba memakai rantai lambang salib milik kawan non muslimnya.
Apabila saya pegang rantai tersebut, cepat-cepat berkata. "ustazah, haram ustazah pegang tu." saya tersenyum. Dia pelik.
"mana ada haram. Tak haram pun. Ustazah boleh je pegang ni. Tapi kerana sayang agama, kita yang Islam tak bolehlah pakai. Bagi A*** je pakai ni.."
(Satu lagi sesi 'keindahan Islam' untuk anak-anak kecil ini..)
Allahu..
Saya mula membuka perlembagaan kebebasan beragama di Malaysia.
Walau Islam kita junjung, keindahannya kita pelihara, namun kehadiran unsur-unsur tersebut perlu diambil berat dari sudut amalan kita sebagai hamba Allah.. dalami agama..sayang Islam..
Salam perjuangan.
"bersama kepimpinan ulama"
keluar dulu..insyaAllah, di lain masa, berjumpa lagi...
setitis tinta dikongsi bersama..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan