Ahad, Disember 04, 2011

::Semuanya PINJAMAN::

Bismillah..

Assalamualaikum wbt.

Berita yang telah berlalu seminggu dua yang lalu.

Sebelum ini, saya pernah membaca artikel dan berita tentang beliau. Sekali lalu. Sekadar berita. Sekadar tahu.

Malam ini. Penuh penghayatan. Mula berfikir untuk adunkan dalam kepala apa sumbangan kita pada agama Allah yang agung ini. Sumbangan dalam aspek kemampuan kita. Dalam aspek kita di bumi Malaysia. Dalam aspek kita sebagai hamba, pekerja, pelajar, mahasiswa,orang profesional. Ilham Allah malam ini untuk fikir lebih dalam. Membaca profil-profil mereka yan berjaya dalam hidup. Ada yang fokus kerjayanya cemerlang untuk kehidupan dunia. Tidak terkecuali kerjayanya atas dasar untuk agama Allah semata. Indah bukan bekerjaya untuk Allah ^__^. (Sangat perlu mencari dan mengejar hidayah Allah dan mendoakan supaya diberi ilham untuk berbakti kepadaNya dan di JalanNya).

TOKOH PEJUANG


Malam ini ingin saya kongsikan satu berita. Tentang saudara kita dari Palestin. Ruhnya di Mahsyar InsyaAllah. Sampai disana bersama PemilikNya.Amin Ya Rabb.

Artikel yang diperolehi dari satu wall facebook:

Mursyid Am IM Bela Sungkawa Terhadap Pejuang Palestin

Prof. Dr. Muhammad Badi ', Mursyid Am Ikhwan Muslimin menyampaikan duka dari lubuk hati yang sangat dalam kepada Bangsa Arab, Dunia Islam, kepada keluarga besar Ikhwanul Muslimin di seluruh dunia, wabilkhusus kepada bangsa Palestin, atas wafatnya Syeikh, Pejuang yang bernama Muhammad Abdul Khattab An-Najjar, salah satu pengasas Jamaah Ikhwanul Muslimin di Palestin.

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat (11/11/2011) di Gaza City, setelah mempersembahkan sumbangan dan pengorbanan sepanjang hidupnya dalam rangka membela bangsa dan rakyatnya, dengan cara perlawanan dan jihad, begitu juga pembelaannya terhadap permasalahan dunia Arab dan dunia Islam.

Ucapan bela sungkawa juga disampaikan AM. Palestin Ismail Haniyah. Dia menyatakan bahawa keputusan-keputusan terkini dan kekinian dalam sejarah gerakan Islam diambil di rumah Syeikh Najar. Bahkan pertemuan besar antara gerakan Islam dan jamaah ikhwan diadakan di rumah beliau.

"Syaikh Najar merupakan seorang pengasas yang tawadhu, banyak menelorkan kader dan menjadi pengayom bagi mereka," ungkap Haniyah.

Syaikh An-Najjar Pejuang Palestin



Hal yang sama disampaikan Naib Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Ahmad Bahar. Dia menegaskan bahawa Palestin telah kehilangan salah seorang tokoh besarnya, yang telah berkorban sepanjang hidupnya tanpa lelah, menghabiskan hidupnya untuk melayani Palestin, tanah air dan rakyatnya.

Bahar menyatakan yang merasa kehilangan atas wafatnya Syeikh Najar bukan hanya gerakan Hamas dan jemaah Ikhwan, namun semua rakyat Palestin. Sepanjang hidupnya, dia persembahkan untuk menjaga nilai-nilai, keutamaan dan akhlak. Dia adalah obor dalam pengorbanan dan sumbangan dalam dakwah, pendidikan, dan sosial.
Semoga Allah swt. merahmatinya dengan rahmat yang luas, dan menempatkannya di Syurga-Nya yang tinggi, serta keluarga dan kerabat dan saudara-saudaranya diberikan kesabaran dan ketabahan.


Apabila membaca kisah-kisah mereka, hati sendiri tersentap. Tersentuh. Mencari fokus hidup.. dengan izinNya, niat yang baik dan kerana Allah akan dipermudahkan.

^_^, "bekerjalah untuk Islam dan agamaNya"

Quote yang senang diucapkan.

Tidak susah untuk dilaksanakan.

Boleh diteruskan segala langkah.

..impian untuk memaknakan hidup untukNya sentiasa segar walaupun masih 'besar' ruang kekurangan diri..

Berusahalah perbaiki diri untuk Allah..insyaAllah.


Apabila saya berkata-kata, terlebih dahulu kata-kata ini adalah peringatan untuk diri sendiri.

..SEGALANYA ADALAH PINJAMAN DARINYA..APABILA NAMA 'PINJAMAN', BILA-BILA MASA AKAN DIAMBIL BALIK OLEH PEMILIKNYA..BEGITU JUA DENGAN SEGALA APA YANG KITA ADA. SEGALA KUASA,KEKUATAN,KEMAMPUAN,ILMU, HARTA,DAN SEGALA MATERIAL FIZIKAL ATAU BATIN..DAN YANG TERBAIKNYA ADALAH APABILA SEGALA PINJAMAN ITU DIGUNAKAN UNTUK MENUJU DIA..paling baik dan indah apabila dapat manfaatkan apa yang kita ada untuk Islam..Subhaanallah. Mujahadahlah duhai diri~

FaQiRah alHaWaRi

-Terlalu luas ilmu Allah..-

Tiada ulasan: