Khamis, Ogos 11, 2011

::Kebersamaan...::

::Tanamkan Semangat Kebersamaan dengan Kondisi Dunia Islam::

Petikan buku CDRHAB:

Pemikiran dakwah Imam Hasan Al-Banna, boleh jadi memenuhi benak fikiran dan hatinya (Tsana). Tapi Tsana menyatakan, "Saya tidak pernah melihat ayah dalam keadaan marah di rumah." Menurutnya, yang dibina oleh Hasan al-Banna adalah suasana tafahum, iaitu saling memahami. Walau bagaimanapun, Hasan al-Banna tetap menanamkan rasa kebersamaan yang tinggi kepada keadaan kaum Muslimin terutamanya kepada mereka yang berada di Palestin. Ada satu peristiwa yang paling mampu membuat raut muka Hasan al-Banna berubah kerana memendam kesedihan sekaligus kemarahan. Peristiwa itu terjadi pada tahun 1948, ketika pasukan al-Ikhwan terlibat dalam perang di Palestin.

Isnin, Ogos 08, 2011

::Tetamu Allah di Bulan Mulia::



DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala Nabi dan Rasul. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.

Sabtu, Ogos 06, 2011

::Usrah melahirkan rasa cinta kepada Allah::

Bismillah..

"Usrah" bukanlah perkara baru bagi mereka yang biasa berada dalam suasana tarbiyah atau didikan sesuatu organisasi/persatuan atau jemaah. Setiap Usrah mungkin berbeza dari sudut pendekatan dan pengisian, namun perkara asasnya adalah sama iaitu untuk mengikat hati anggota-anggota usrah dan membentuk individu yang memahami perjuangan sesuatu jemaah/organisasi serta 'berjalan' di lapangan selari dengan apa yang dikehendaki oleh dasar jemaah atau organisasi yang disertainya.

Selasa, Julai 19, 2011

dariNya dan untukNya..

Bismillah..

"semoga setiap perkongsian akan membuahkan keimanan..mudah-mudahan...muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri terutamanya"

..pemergian seorang Pimpinan Muslimat Malaysia, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali sebenarnya memberikan satu 'perasaan' dan 'suntikan' kepada pendokong,pencinta dan penggerak Gerakan Islam di malaysia..

Khamis, Julai 14, 2011

::sepetang di Proton Servis::

Bismillah..

Kereta dan keperluannya..

Kadang-kadang rasa 'remeh' kerja-kerja servis dan cuci kereta .. selalu fikir "Allah, nantilah servis.." bertanggung-tangguh.. bukan sebab apa pun.. rasa 'remeh' sebab kena menunggu masa yang agak lama untuk 'kerja-kerja' servis tersebut.. :) tangguh selagi bacaan kilometernya tak melebihi apa yang tercatat di kad .. bila dah mencapai bacaan tu, kena lah servis juga..
Bismillah..



ya Allah, ajarkan kami untuk mengenali-Mu dan mencintai-Mu..

Tiada nikmat yang paling utama melainkan mendapat nikmat berbahagia dengan 'cinta' Allah taala..

Andai yang dicari hanyalah cinta dunia, maka kecewa dan 'putus asa' akan menjengah..

Untuk itu, letaklah cinta Allah paling atas..cinta TERAGUNG..

maka akan lahirnya 'orang yang hebat cintanya' apabila dia kenal Allah taala..

Para sahabat dan Ulama' merupakan insan-insan yang hebat cinta mereka sesama manusia kerana kehebatan cinta mereka kepada Allah..kerana hebatnya cinta mereka kepada Allah, maka lahirlah jiwa yang lembut, tulus, dan ikhlas di dalam menjalin hubungan sesama manusia..Allahurabbi..mahalnya kasih sayang Allah kepada makhluk yang berusaha meraih cinta-Nya..

Insan yang cintakan Allah sentiasa menanti 'panggilannya'..

Insan yang cintakan Allah 'tidak sabar' untuk mengadu kepada-Nya..

Insan yang cintakan Allah akan 'menumpukan' sepenuh hati dan urusan hariannya kepada 'pandangan' Allah taala..

Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang hebat cintanya dengan mengenal cinta Pencipta..

Khamis, Jun 30, 2011

::B'2.0:Fahami Perlembagaan Persekutuan::

KUALA LUMPUR, 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

::HIDUP BERJEMAAH::

Bismillah..menghayati kehidupan berjemaah.. selamat bermuhasabah..

Mengharap Berkah Dalam Berjemaah

October 13th, 2010 | Oleh Cordova Press

“Yadullahi ma’al jamaah”, Tangan atau kekuasaan Allah, berada dalam jamaah (kebersamaan). Begitu sabda Rasul dalam sebuah hadits. Dalil ini menunjukan betapa kuatnya rasa kebersamaan yang dibangun masyarakat Madani oleh Rasulullah. Dalam konteks kebersamaan itulah, Islam mengajarkan hidup yang sesungguhnya.

Rabu, Jun 29, 2011

::Wanita: Bersediakan anda menjadi PENYEJUK MATA?::

Bismillah.. salam ketenangan.. berjalan-jalan di laman sesawang ni,jumpa pelbagai isu..paling dekat, isu dalam negara: tentang BERSIH dan sebagainya, kutip-kutip ilmu, terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dikongsikan terutama untuk rakan-rakan pembaca muslimat/wanita..insyaAllah, mg2 bermanfaat..

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”

::Israk dan mikraj::

Bismillah..salam ketenangan buat semua pengunjung KM..

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Isnin, Jun 20, 2011

::Hiasan Rumah Islamik::

Alhamdulillah.. kebiasaannya tangan ni ralit membaca isu-isu semasa di internet.. kali ni sangat teruja 'terbaca' satu post blog dari ruang blog sahabat tentang Islamik Deco..Allahuakbar, ni dah masuk 'line' ana ni.. memang tak boleh dipisahkan apabila melibatkan bab-bab seni ni.. terus teringat 'hobi-hobi' lama yang ditinggalkan. Tapi yang deco ini lebih kepada 'penggunaan wang' dan 'kemahiran' yang lebih sedikit dari kebiasaan pelukis-pelukis..selamat mencari idea bagi mereka-mereka yang inginkan deco/hias rumah secara islamik. Kalau belum ada duit , bolehlah buat panduan untuk masa-masa akan datang. Niat dah ada tu, bolehlah usaha sikit-sikit.. sekurang-kurangnya dapat pahala melihat pemandangan begini dalam rumah.. dan juga menjadi sumber ketenangan..

Rabu, Jun 15, 2011

::Akhlak Islamiah: SATU TUNTUTAN::


::Akhlak Islamiah: SAtu TUNTUTAN::


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyar r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda..:

"bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada segenggam daging, apabila ia baik baiklah seluruh badan.. Tetapi apabila ia buruk, maka buruklah seluruh badan..Ingatlah ia adalah hati." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, Jun 08, 2011

::Economics View..::

::Economis View::

Sama-sama kita 'menganalisis' dan 'cerahkan' minda dengan sedikit maklumat ekonomi daripada pandangan sahabat ini..

~hrp maaf, dlm penulisan di bwh ni terdapat ayat-ayat yang diringkaskan..:) saya tak ubah tulisan yang digunakan..~

::Presiden YEMEN Cedera Diserang::

::Berita dari Yemen::

SANAA , Yemen 3 Jun — Presiden Yemen cedera ringan manakala, empat pegawai lain cedera apabila pemberontak menyerang Istana Presiden dengan roket, hari ini, kata seorang pegawai.


Rabu, Mei 25, 2011

::Damaikan dan tenangkan...::

Tit..tit..tit… ada mesej masuk..

“salam..mus, free xpetang ni..?

“knape?”..

“free x? nak ajak teman..rase tertekan ni…”..

Selasa, Mei 17, 2011

::Couple::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

..Kali ini jari ingin mencoret sesuatu yang dianggap isu 'remaja'dan 'remeh', tetapi 'penting' sebagai asas kehidupan Muslim..

Khamis, Mei 12, 2011

::Motivasi dan jihad penulisan..::

Assalamualaikum wbt..

Mencedok kata-kata TGHA di dalam sebuah blog:

"Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.."TGHA.

Allahuakbar!

Rabu, Mei 04, 2011

::Biskut dan Ammar..::

Apa ada pada biskut? Dan apa kaitannya dengan Ammar?:).. hati sedikit ‘tersenyum’apabila teringatkan Ammar dan biskut..

Ahad, April 24, 2011

::bersama mereka membuatkan kita bersyukur..::

..perjalanan kerana dakwah dan hidayah..

(AHAD)~pagi-pagi hari..:)

..dapat mesej..”Salam. utk makluman gotong royong pasti saidina ali 8 pagi ini. D jemput utk sama2 menjayakannya. TK..(ringkas dan padat mesej k.nani..guru pasti saidina Ali…)..

Selasa, April 19, 2011

::Bantuan dari LANGIT::

~selamat membaca dan menghayati....~

"Terlalu banyak cerita-cerita yang menerjah kuping telinga saya tentang kehebatan dan bantuan Allah SWT kepada pejuang-pejuang Palestin. Allah mendengar doa dan munajat umat Islam seluruh dunia. Saya terpana mendengar cerita kehebatan bantuan daripada Allah, kisah ini menambahkan keimanan dan keyakinan kita terhadap agama Allah SWT,..

Sabtu, April 16, 2011

...muhaasabah...

...Naqib dan naqibah adalah mata rantai dakwah Rasulullah SAW..maknanya ana merupakan salah seorang naqibah..ana juga turut dipilih untuk menempuh proses pembentukan tersebut..turut merasa sentuhan tangan murabbi-murabbi yang tidak putus tarbiyahnya dari rantai-rantai yang bersambung sebelum ini,.ini juga bermakna, segala yang datang dari proses tersebut perlu disebatikan dalam diri..di sini paling perlu adalah penghayatan dan amalan., diri ini bukan sahaja seorang manusia yang hidup di bumi Allah dan menjalani kehidupan seperti manusia biasa..tetapi lebih dari itu.,

Sabtu, April 09, 2011

::'tanam' akidah???..::

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tama sekali, salam perjuangan..ya Allah, lembutkan dan tundukkan hati kami dalam meneruskan agenda pentarbiyahn diri untuk menuju Akhirat-MU..(mata mahu tidur..tapi hati masih ber'gerak'untuk menitipkan sesuatu di 'teratak' KM ini..)..Allah datangkan 'tentera'-Nya malam ini..HUJAN..

::teruskan perjuangan...::

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..hanya rahmat dan keredhaan Allah diharapkan sepanjang perjalanan ini..~

Berkata seorang sahabat.."kak, pernah dengar x lagu air mata mukmin?" waktu itu kami sedang menyiapkan kerja-kerja amal Islami..moga-moga amal ini diterima Allah dan dapat membentuk jiwa perjuangan di dalam setiap perjalanan hidup ini..

"kenapa dengan lagu tu? kami tanya sahabat tersebut..

Rabu, Mac 30, 2011

::mendidik@mengajar::

Assalamualaikum wbt..

salam ketenangan..


Rabu, Mac 23, 2011

untuk sahabat-sahabatku,..

Assalamualaikum wbt..

Semoga kalian semua sihat dan dirahmati Allah..insyaAllah,..

Kali ini ana mahu menitipkan sesuatu buat sahabat-sahabat seperjuangan khususnya..

Kehidupan kita semakin jauh...ujian juga makin banyak..namun,semua itu didikan dari Allah..insyaAllah..berbahagialah diuji..doakan semoga kita tetap beriman tatkala datang ujian-ujian sebagai tanda kasih Dia..tentera dan pejuang amat memerlukan 'peringatan' dari Allah..peringatan-peringatan itu bertujuan untuk menguji tahapiman kita..insyaAllah..

Jumaat, Mac 18, 2011

...sesuatu yang tidak tahu....

Bismillah..

..Apabila mula membawa 'masalah ummat' sebelum tidur, bermakna untuk mata ini lelap akan mengambil masa yanga agak lama..Allahuakbar,.

Ahad, Mac 13, 2011

::Untukmu Wanita....::

Assalamualaikum wbt.,.

Salam kasih sayang untuk yang bergelar wanita :),..


Jumaat, Mac 04, 2011

::Kesan Paku Pada Tembok Batu::

Assalamualaikum wbt..

Muhasabah dan panduan untuk semua,.

Said ialah seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun hanya berdepan dengan satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, ibunya telah menghadiahkan Said sebungkus paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ibu?" tanya Said.

Ahad, Februari 27, 2011

...feel-in...

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang..

"lumrah hidup, ada sedih, gembira, bahagia, kecewa, putus asa, tenang, sayu, keluh-kesah,.."

Situasi-situasi ini sentiasa ada dalam diri semua yang bergelar manusia yang waras..cuma persoalannya disini ialah "bagaimana kita nak hadapi semua ini?..pada hakikatnya, Allah ta'ala sentiasa di samping orang-orang beriman.. sebagaimana ada ayat al-Quran yang sentiasa disebut kepada kita.."tidak beriman seseorang melainkan akan diuji imannya.."

Selasa, Februari 22, 2011

::tenang-tenangkan diri..::

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat dan para pengunjung semua..

Salam ketenangan di pagi hari..(=) nampaknya laju internet di sekolah berbanding broadband ana..Allah..xpe, yang penting dapat kongsikan sesuatu di sini)..

Alhamdulillah, dalam kesempitan masih ada kesempatan... Allah sentiasa beri kita masa.. sama-sama kita hayati dan baca doa ini..moga sentiasa dilapangkan segala urusan..