Isnin, Ogos 31, 2009

::ramadhan kareem::

Bismillah… dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, penyaksian hidup hanya pada-Nya.. bersaksikan keyakinan seluruhnya pada Allah SWT.. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ikutan sepanjang zaman dan keatas kesemua ahli serta para sahabat Baginda…

Firman Allah SWT:

“dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan memberi petunjuk ke jalan ugama-Nya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, - (ar-ra’du:27)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’du: 28)

Alhamdulillah, sepanjang-panjang kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT diatas nikmat iman dan Islam yang tidak ternilai dan tiada kesamaan dengan segala pemberian manusia yang tidak kekal.. sesungguhnya nikmat Allah SWT Maha Kekal hingga ke akhir kehidupan.. subhaanallah, apabila fikiran ini mula berfikir mengenai kehidupan dan pengakhiran hidup, lantas ‘mati’ mula hadir di hati.. persoalan “macammana rasa mati? Bagaimana keadaan orang yang mati? Apa bentuk kehidupan di SANA? Mula menerjah ruang fikiran yang sangat terbatas ini. Getaran mula terasa.. ketakutan mula hadir dalam diri. Kenapa? Kenapa takut yang hadir? Allahuakbar, adakah kerana kurangnya amal dan lemahnya iman untuk menemui Pencipta, Pemilik jasad ini?.. Segala pengharapan dan doa dipanjatkan pada-Mu Rabbi agar jangan Kau hijab seruan doa kami untuk mendapat redha dan rahmat-Mu….

Firman Allah SWT:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1).Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (4). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah Kami jalan Yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat(7).” (Surah al-fatihah : 1-7)

Allahuakbar, indah segala kalamullah... benar kata Allah SWT dalam firman-Nya bahawa kalam Allah SWT merupakan ubat dan penawar buat para mu’min.. kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk menggantungkan segala harapan pada Tuhan Rabbul Jalil.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1). Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2). Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; (3) Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".(4)- (surah Al-Ikhlas: 1-4).

Sesungguhnya tiada tujuan lain diciptakan manusia kedunia ini. Melainkan untuk beribadah pada Allah SWT. Apabila hati kuat ikatan dan tautan pada Allah SWT, insyaAllah segala persoalan dan permasalahan hidup akan dapat diatasi dengan mudah dan penuh ketenangan.

Namun, lumrah dan fitrah manusia tetap diakui memang lemah. Allah SWT berfirman sebagaimana di dalam ayat ini:

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (Al-balad:4).

Allah SWT sendiri menciptakan manusia dalam keadaan sebegini. sebagai insan biasa, manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.. kerana kelemahan sebagai manusia itu sendiri sentiasa ada dalam diri kita.. apa yang mampu kita lakukan adalah sentiasa ingat akan matlamat penciptaan kita di dunia ini.. Allah SWT bekalkan kita dengan akal untuk kita uruskan kehidupan disini…

Semoga kehidupan yang dilayari bukan sahaja untuk keuntungan dunia..tapi biarlah segala yang terpancar dari perbuatan kita dapat menjangkau kehidupan ukhrawi juga…

~pada semua sahabat dan pembaca yang rindukan kebenaran dan cinta Ilahi, sama-samalah kita jelmakan firman Allah SWT dan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam diri kita.. mulakan dari diri.. kerana sesuatu yang kita inginkan sukar untuk dikecapi sekiranya kita mengharapkan ia dilakukan oleh orang lain..~

~di kesempatan yang terbatas ini, segala kemaafan dipinta daripada sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini. Bukan kalam bicara yang ana ingin dengar dari kalian, tetapi ana mengharapkan redha dan maaf yang tulus dari hati kalian buat diri ana. ana tak kisah pun takde ucapan atau kata-kata maaf, apa yang sangat ana harapkan ialah doa sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga tiada doa yang terhijab akibat dosa yang ana lakukan pada kalian..kerana untuk bersama di alam yang kekal, segala perselisihan di alam ini perlu diselesaikan… ~

Selamat meneruskan kehidupan..
Moga sentiasa tabah dan bersabar dengan apa yang dibentangkan di dunia ini.
Mudah-mudahan diberi kurnia oleh Allah SWT dengan segala perancangan hidup yang baik dan diberkati.
Segalanya kerana Allah SWT…



Wallahu’lam..
Ramadhan kareem..

Rabu, Ogos 26, 2009

::mahalnya CINTA Ilahi...::

::Mahalnya CINTA Ilahi...::

Allah SWT Yang Rahman lagi Rahim...



Ya Rabbi, mahalnya cinta-Mu..



azam ingin gadai diri ini untuk ditukar dengan cinta agung-Mu...



segala pengabdian hanya pada Allah Rabbul 'Izzati..



dunia yang terbentang luas adalah ladang buat mu'min..



semailah dengan benih keikhlasan dan pengabdian..

bajai dengan ketaqwaan..

untuk peroleh kemanisan iman..

~kehidupan muslim adalah 'produk' yang perlu diperbaharui dan dipromosi setiap masa..kualitinya ada naik dan turun.. terpulang pada diri untuk memberi servis yang terbaik buat produk milik Ilahi..mahu kembali dalam bentuk asal atau bagaimana..pilihan di tangan kita..~

salam mujahidah..

ramadhan kareem...

moga peroleh kemanisan iman..

rebutlah peluang mencari keikhlasan dan kesungguhan beribadah di saat ramadhan kali ini..

~di saat ini, hanya ini yang termampu ku catat di sini...~

Ahad, Ogos 23, 2009

::PENDIDIKAN ANAK::

bismillah..

selamat membaca.. kali ni ana post artikel yang agak panjang sikit.. apa pun, moga pengunjung sudi untuk memmbaca artikel ni..

::Cerdaskan Anak Dengan Al-Quran::

OLEH: Ustazah Ros Inazuri Jamaludin..

Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa pemiliknya untuk mewarnakannya dengan warna fitrah. Akal yang belum dicemari itu bersedia untuk menerima apa sahaja yang dihulurkan. Baik yang suci, mahupun yang keji.

Ibu bapa yang mithali perlu menghayati hakikat ini sedalam-dalamnya. Akal, satu ciptaan Allah SWT yang hebat dan bersih itu tentunya perlu diisi dengan sesuatu yang hebat dan bersih dari Yang Maha Agung. Memang akal mempunyai potensi untuk meneroka segala macam jenis ilmu dan cabangnya-dari matematik, sains, fizik, astronomi, metafizik, atau sebagainya. Ia juga mempunyai daya untuk menganalisa seribu satu sumber, baik bertulis, lisan, pergerakan, pemandangan, fenomena alam atau sebagainya. Namun, ia patut dimulakan dengan sesuatu yang lebih agung dan lebih unggul.

sesungguhnya tiada sumber ilmu yang hebat dan lebih tinggi dari Kalam Allah SWT iaitu al-Quran. Maka ibu bapa tidak boleh alpa untuk menghiasi minda anak-anak dengan kehebatan al-Quran.

TRADISI ATAU DHARURI?

memang menjadi kebiasaan, anak-anak Muslim di Malaysia atau dimana-mana pelosok dunia belajar al-Quran. Ibu bapa yang prihatin biasanya akan meminta anak-anak mengenal huruf dan membaca al-Quran. Bermula dari Muqaddam hinggalah kepada khatam. Lebih indah lagi diadakan pula sesi kenduri khatam al-Quran sebagai tanda bahawa anak itu telah melepasi satu tahap yang tertentu.

Persoalannya, adakah amalan mengaji dan khatam al-Quran ini satu tradisi atau dharuri (keperluan)? Pada zahirnya sesetengah ibu bapa melihat amalan ini sekadar tradisi semata-mata. Bagi mereka, mengaji al-Quran dianggap sebagai sekadar satu rutin harian bagi mengikuti tradisi sebagaimana yang mereka lakukan ketika kecil-kecil dahulu. Bila anak-anak tidak menunjukkan minat dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan, maka dia pun terus mengalah. Membiarkan sahaja anak buta al-Quran.

Puncany, ialah kerana ibu bapa ini tidak melihat pembelajaran al-Quran sebagai sesuatu keperluan atau dharuri. Perlu diingat bahawa, kesempurnaan ibadah hanya dapat dicapai jika seseorang Muslim mampu membaca al-Quran. Bahkan, tanpa kemampuan membaca al-Quran, seseorang Muslim itu menjadi cacat agamanya, ibarat seseorang yang hidup tanpa kedua-dua belah tangan dan kakinya.

TAJAMKAN AKAL ANAKMU

Ramai ibu bapa tidak menyedari kehebatan al-Quran dalam melatih akal fikiran secara optimum. Kaedah pembacaan al-Quran yang mensyaratkan sebutan yang tepat (makhraj), sebutan panjang dan pendek yang spesifik (mad), penjagaan nafas melalui tempat-tempat berhenti (waqaf), serta gaya hiasan melalui dengung dan sebagainya memaksa setiap anak-anak yang mempelajarinya memberikan daya tumpuan yang tinggi dan berterusan. Anak-anak diajar untuk menjadi tekun, berhati-hati, teliti, dan memberikan fokus kepada apa yang ditatapnya.

Latihan ini sebenarnya memberikan kekuatan mental yang kukuh di dalam minda anak-anak. Latihan supaya anak-anak membaca al-Quran dengan tepat menjadikan mereka menggunakan segenap kemampuan dan potensi diri untuk menggarap ilmu dan kefahaman. Amali ini amat penting dalam latihan minda. Ini menjadikan mereka tidak mengambil sikap sambil lewa dan leka dalam menuntut ilmu-ilmu yang lain.

Ini bermakna, apabila seseorang itu menguasai al-Quran bermakna dia telah menyediakan mindanya untuk menerima ilmu-ilmu yang lain. Bahkan jika anak-anak berkemampuan, ibu bapa boleh galakkan anak-anak agar menghafal al-Quran kerana cara ini mampu meningkatkan lagi daya tumpuan dan daya ingatan. Dalam konteks ini, tepatlah saranan Ibnu Khaldun yang menekankan betapa pentingnya anak-anak diajar menghafal al-Quran kerana al-Quran merupakan asas kepada penguasaan ilmu-ilmu yang lain.

Selain itu, Imam Al-Syafie pula berkata: "Sesiapa yang mempelajari al-Quran, nescaya tinggi nilai dirinya; siapa yang mendalami ilmu fiqh nescaya diangkat darjatnya; dan siapa yanng mencatat hadis, nescaya kukuh hujahnya."

Sementara ilmuan tersohor, Ibnu Sina dalam kitab Al-Siyasah menasihatkan agar pendidikan anak dimulakan dengan mengajarnya membaca al-Quran ketika dia semakin besar dan akalnya sudah bersedia untuk belajar.

TUSYEN BOLEH, MENGAJI TIDAK!

Kejayaan anak-anak menguasai al-Quran bergantung rapat kepada kesungguhan ibu bapa yang mendidiknya. Usah letakkan 100% tanggungjawab mengajar al-Quran kepada sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Hari ini berapa ramai generasi baru yang buta al-Quran. Sekolah-sekolah tentunya tidak mampu untuk memberikan perhatian secara individu dalam melatih kemahiran al-Quran. Kemampuan anak-anak menguasai al-Quran hakikatnya banyak bergantung kepada inisiatif ibu bapanya sendiri.

Belajar al-Quran memerlukan disiplin. Pihak pertama yang perlu berdisiplin ialah ibu bapa sendiri. Ketika di rumah, anak-anak perlu ditetapkan untuk belajar al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pemantauan secara dekat amat penting bagi menjayakannya. Berikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak untuk membaca dengan baik. Motivasi secara rotan atau 'hanger' perlu dielakkan. Jangan sampai anak-anak memandang sesi belajar al-Quran sebagai suatu saat yang menakutkan. Takut-takut hatinya menjadi jauh dengan al-Quran.

Pendekatan motivasi secara bimbingan, penghargaan serta galakan amat penting. Apa salahnya berikan pujian setiap kali bacaannya betul dan baik. Ulang-ulangkan kepentingan belajar al-Quran. Selalu ingatkan juga tentang pahala berganda untuk orang yang membacanya. Timbulkan rasa gembira dengan sepuluh pahala bagi setiap huruf yang dibaca. Serta jangan lupa ingatkan bahawa apa yang dibaca itu adalah Kalam Allah SWT, iaitu Tuhan Yang Maha Pengasih yang menjadikan kita semua.

Jika ibu bapa pun buta al-Quran, maka perlulah mereka mendapatkan guru al-Quran yang baik untuk datang mengajar mengaji. Atau, hantarlah anak-anak belajar mengaji di rumah guru atau di surau. Bagi mereka yang mahir al-Quran, usahlah kedekut ilmu untuk mengajar orang lain terutamanya anak-anak jiran sendiri. Ingatlah betapa hari ini ramai generasi baru yang buta al-Quran.

Bagi ibu bapa yang buta atau 'rabun' al-Quran pula, usah kedekut untuk menghulurkan sumbangan ikhlas kepada guru-guru al-Quran. Jika boleh habiskan beratus-rsatu ringgit untuk tusyen akademik, takkanlah tidak boleh melabur untuk pendidikan al-Quran. Ingatlah bahawa al-Quran itu adalah ibu segala sumber ilmu.

Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan al-Quran. Jika kita mahukan anak kita hebat, maka mulakanlah dengan menguasai kehebatan al-Quran. InsyaAllah asas yang kukuh bersandarkan Kalam Allah SWT ini akan memberikan laluan mudah kepada ibu bapa untuk mendidik anak seterusnya menjadi insan soleh dan solehah..



wallahua'lam..

salam mujahidah..

::sumber::- Majalah Muslimah keluaran Ogos 2009 (Sya'ban-Ramadhan)

"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu ana TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja.."

Rabu, Ogos 05, 2009

نصف شعبان

بسم الله الرحمن الرحيم.

نصف شعبان:اي نصف من شهر شعبان في التاريخ الهجرة.. هنا بعض المقالة عن نصف شعبان.. كما في الحديث:..

-----

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan
Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah SWT menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


---

sebenarnya malam nisfu sya'ban ni malam peringatan bahawa ramadhan tu dah dekat.. ia juga malam untuk kita suburkan ibadah sebagai persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan.. sebab sya'ban ni hampir sangat dengan ramadhan... selamat beribadah.. dan moga selama-lamanya dalam ibadah.. hakikatnye hiduplah dengan perasaan bet'Tuhan' pada Allah SWT.. setiap masa walau di mana berada.. 'dulu,kini, dan selamanya' insyaAllah.. jadi, kene lah beribadah dan beramal...

والله أعلم...

سلام مجاهدة مني :)

مصلحه ذكى

أنا الفقير إلى الله عز وجل
..

peringatan bersama..

ANDAI KAU BERTEMAN

Apabila kau ingin berteman..
Janganlah pandang pada kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kekurangan,
Kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman..
Janganlah pula dinilai kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu..
Janganlah diuji ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Mungkin kau akan menyisihkannya.

Andai kau ingin berteman..
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat
yang juga hanya manusia biasa.

Andai seorang sahabat membuat
kebaikan,
Ukirlah di atas batu,
Agar tersemat di hati,
Dan kekal sebagai memori indah.

Andai seorang sahabat melakukan kesalahan,
Tulislah di atas pasir,
Agar kesalahan itu bias hilang,
Ditiup angina kemaafan….




MUHASABAH SEPANJANG MASA

Imam Nawawi mengemukakan hadith Rasulullah s.a.w (Bukhari dan Muslim) yang menyebut bahawa orang yang berakal mempunyai empat waktu:

• Waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya.
• Waktu untuk muhasabah dirinya.
• Waktu untuk berfikir mencari hikmah pada ciptaan Allah SWT.
• Waktu untuk memenuhi hajat kehidupannya di dunia iaitu mencari rezeki yang halal dan baik) untuk makan dan minum


FOR U…..

Beza RM 50 dengan RM 1

Duit seringgit telah bertemu dengan 50 ringgit dan bertanya:

“Oit, lama tak nampak. Mana ko pergi?” RM 50 menjawab, “Aku pergi merata tempat,” pergi stadium tengok bola..gi Kota Kinabalu naik Air Asia…Lepak One Utama…. Konsert…Shopping..tempat-tempat camtulah…Eh, ko cmne plk?”

RM 1 menjawab perlahan seraya menunduk, “Hrmm…biasalah…balik-balik tempat sama…surau…masjid…surau..”

*fakir-fikirkanlah…

“Semoga kamu mendapat cukup kebahagian untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan…”


~copy dari emel~

Rabu, Julai 29, 2009

::doa::

assalamualaikum wbt..

melihatkan pada time sekarang dah agak lewat sebenarnya untuk main-main dengan alam maya ni..(3.40 pagi)..

"moga-moga dapat manfaatlah pada pembaca." niat di hati...

"buat pengisian jiwa.."

dengarlah doa ni.. sangat penting untuk tingkatkan iman kita.. (always replay=))

---


---

salam mujahidah

~sambung tulis lesson plan...~

=)

Rabu, Julai 22, 2009

::" nak dok hospital..."::

Assalamualaikum wbt..

terase nak posting..

walaupun tengah buat lesson plan sekarang.

sebab teringat satu impian yang pelik.."sangat teringin nak masuk wad.."

memang impian yang pelik ni. ana teringin sangat nak masuk hospital dan tinggal kat wad.. nak rase macamna perasaan mereka yang tinggal kat wad. mase tingkatan 3 dulu pernah pergi hospital dan berulang alik dari hospital. tu pun sebab tengok adik kat hospital. mase tu muda lagi, tak terfikir pun nak gantikan umi untuk jaga adik. yang ana tahu, pergi tengok, senyum-senyum kat dia,belek-belek apa yang patut, sentuh-sentuh apa yang perlu, makan dan balik.. hehe, memang tak pandai sangat pun dulu.

abah pula ada kisah dan sejarah tentang hospital ni. dia tak boleh bau darah dan tak boleh bau ubat kat hospital. ana pun kadang-kadang kena juga 'penyakit' ni.. mabuk darah.. adik lelaki ana pun kene sekali. =).

nak dijadikan cerita, abah pergi melawat adik kat hospital, alih-alih, abah pula masuk wad dan pengsan sebab pening dengan bau hospital. maka, terpaksa ambil cuti sakit seminggu. sedih la kami adik beradik yang tinggl kat rumah. sebab umi dan abah takde kat rumah. masing-masing kat hospital. yang lucunya, mudir sekolah tanya ana "abah awak tak datang ke hari ni?".. nak menangis ana masa jawab soalan mudir.."tak ustaz,dia masuk hospital.." sebak ana masa tu. ana pun hulurkan surat MC abah... inilah kisah dulu-dulu..

sekarang ana pula yang kena tempias mabuk darah ni. tahun lepas, pengsan sekejap kat klinik sebab ambil darah. Alhamdulillah takde ape-ape effect. susah nak bayangkan perasaan masa tu. lain rasenye.

cumanya Alhamdulillah sekarang kami satu keluarga kurang sikit melibatkan diri dengan darah-darah ni. ambil langkah hati-hati je.

--- hari ini---

ana dah lama tak kena sakit-sakit ni..

tiba-tiba pula hari ni rase selesama..

sudah lumrah, benda yang kita minta tu, kadang-kadang tak baik pun untuk diri kan.

ana selalu minta nak sakit. sebab nak rase sakit tu.

tapi bila sakit, banyak perkara tak boleh buat.

risau pula bila sakit-sakit pada masa sekarang ni. tambah-tambah dengan kedatangan virus yang sangat 'terkenal' sekarang ni.

kene tutup muka. kene basuh tangan. kena hati-hati lah. mari kita renung-renungkan punca wujudnya virus ni..

Allah SWT dah berfirman di dalam Al-Quran:
"setiap yang berlaku adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri"..

musibah ni tak akan kena pada seorang sahaja. bila Allah SWT nak timpakan musibah, semua akan kena.

subhanallah, setiap yang Allah SWT berikan tu ada hikmah dan pengajarannya..

~selamat beramal dan hidup dalam rahmat Allah SWT~

sambung kerja.. =).

~entry santai~

~hanya untuk mengisi waktu kali ini~

::setiap apa yang berlaku adalah dari Allah SWT yang diberikan kepada hamba-Nya mengikut keupayaan hamba itu sendiri::

::apa yang penting,kita kena tahu apa yang perlu kita buat kat dunia ni..dan kita kena ambil kisah juga kemana kita akan dikembalikan selepas ni..=)::

Ahad, Julai 19, 2009

::subhaanallah..indahnya cinta...::

Astaghfirullahal 'azim.. "ya Allah, jernihkanlah fikrahku ini..agar sentiasa berada di dalam syari'at-Mu... moga hati ini terarah kepada kerinduan pada rahmat dan kasih-Mu.. jernihkan juga aqidahku ini moga sentiasa segar dengan kerinduan dan keikhlasan pada-Mu ya Allah..

alhamdulillah..." ana menarik nafas lega.. syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memilih ana untuk hadir ke majlis tadi.. program "nur kasih-bukan cinta kepada manusia semata-mata.." sangat memberi kesedaran tentang cinta dan kasih.. "subhanallah.." ana tak habis-habis bertasbih pada Allah SWT diatas setiap ilmu yang ana perolehi di dalam majlis ini..

cinta ini sesuatu yang amat-amat indah dan sangat suci.. tambahan lagi apabila ia dipelihara dan diikat dengan syari'at Ilahi..

sebelum majlis bermula, kami diingatkan tentang niat.. erm, niat ni memang kene perbaharui setiap masa..supaya kita sentiasa ingat matlamat dan halatuju kita.."sesungguhnya tiap-tiap amalan dengan niat-niat.." kat sini tidak disebut dengan 'niat' tetapi disebut dengan niat-niat.. ini bermakna bahawa tiap apa yang kita buat tu bukan dengan satu niat tapi dengan macam-macam niat.. contoh niat masuk kelas sebab takut lect marah, ade yang berniat nak pandai, dan ada yang pasang niat untuk dapat ilmu.. pelbagai niat ade.. faham tak apa yang ana nak maksudkan disini..? ana harap kita semua blh faham na.. insyaAllah.. ana pun baru perasan dengan kalimah 'niat' ni.. sebenarnya kita ni pasang banyak niat dalam buat sesuatu.. oleh itu, sama-samalah kita perbetulkan niat kita untuk melakukan sesuatu kerana Allah SWT dan kerana Rasul-Nya..

"kenapa kita perlu betulkan niat?"

sebab niat yang akan menentukan sesuatu amalan yang kita buat tu menjadi ibadah.. supaya ia kene dengan ape yang Allah nak.. bukan ape yang hati kite nak.. kite kene sandarkan perbuatan kite pada Allah.. lepas tu kite tawakkal.. setiap mase kite kene buat mcmni.. bukan ikut time.. mafhum sabda Rasulullah SAW.. seorang sahabat bertanya pada Rasulullah tentang kata-kata yang dia takkan tanya lagi pada orang lain selain Rasulullah.. Rasulullah menjawab.."berimanlah pada Allah SWT dan hari akhirat, kemudian istiqamahlah.."

orang kate susah nak istiqamah ni.. betul ke susah? ana pun tak pasti.. apa yang ana sangat yakin- Allah SWT takkan sesekali biarkan hamba yang mengharapkan pertolongan-Nya hidup tanpa jagaan-Nya.. insyaAllah, Allah akan jaga.. namun, kite kene ingat .. Allah SWT akan jaga kita bila kita jaga Syari'at-Nya.. Rasulullah SAW juga ade meriwayatkan tentang perkara ini dalam hadis ke-19 (imam Nawawi-hadis 40)..

ok, kite kembali kepada tajuk pengisian kat dewan tadi.. "rasa cinta adalah lumrah.." kata penceramah.. namun, ISLAM ada guideline dalam mengatasi perkara ni.."

"akak nak bawa satu analogi kat sini. contohnya, kita puasa..tiba-tiba kita nak makan sangat makanan yang mak masak...kita pun buka saji, kita rapatkan hidung kita kat makanan tu.. ha,apa hukumnya?"

"makruh!!" jawab ahkawat yang dengar..

"pandaipun.. Alhamdulillah,jelas fikrah kamu.." hehe.. alhamdulillah.. amin...

"ok, tu baru makruh sebab kamu buat macamtu.. macamna pula kalau kamu makan? padahal kamu puasa..?" tanya penceramah..

"mestilah batal kan puasa tu? ni lah analogi yang akak nak bw..

"kita dilarang sama sekali untuk mendekati sesuatu yang diharamkan.. namun, kita boleh rasai dan nikmati sesuatu tu bila dah sampai waktunya.. "macam juga puasa ni.." "bila dah sampai waktu berbuka,bolehla makan..takde batasan pun.. Namun,kene jage jugak kan? walau dah dapat peluang, masih tetap kene ikut syari'at-Nya.."

"kalau kamu mampu, buatlah dengan cara yang mulia.. jangan hinakan diri dengan jalan yang tidak suci.. kerana cinta ni sesuatu yang indah..kita nak rasai keindahan itu..sanggupkah kita dapatkan kebahagiaan dengan cara yang tidak mulia?" tegas ustazah..

"subhanallah..." ana bertekad untuk memelihara diri ini.. ana doakan sahabat-sahabat muslimin musimat juga begitu.. sama-sama kita jaga Islam kita ni..

"bagi yang belum bersedia, mujahadahlah.. rebutlah cinta Allah SWt,cinta Rasul..rebut cinta ibu bapa,keluarga dan rebutlah cinta insan kerana Allah SWT.. sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah..hafaz al-Quran ke..pegi majlis ilmu ke..buat keje-keje pesatuan ke..bersahabat dgn org2 soleh ke..dan lain-lain lagi." ustazah memberi tip bagi mereka yang belum bersedia untuk memulakan kehidupan berteman dengan bukan muhrim ni..

"akk tak kata Islam menyekat perasaan cinta ni.. cuma Islam telah sediakan jalan..kite yang kene pilih.."

"akk nak tanya, wujudke 'islamic coupling' dalam islam ni?' semua orang tersenyum-senyum..memandang antara satu sama lain.. mula mewujudkan satu persoalan..

"xde.." ade juga yang jawab... hehe .. "betul ke ni.." bisik ana dalam hati.. biaselah kan..=)

"sebenarnya,benda ni x wujud.. akk tau, ade je kan orang yang bercouple cara Islam ni.. kejut tahajud, suruh solat, saling memberi tazkirah dll..tapi kite kene ingat, syaitan ni licik,.. dia akan cuba menyelewengkan hati kita ni.." ustazah membuka satu persoalan dalam diri. walaupun majoriti kita dah khatam bab ni..

"apa yang penting, kefahaman. fikrah tu kene jelas.. sebab dengan jelas fikrah ni lah baru kita boleh beramal.." jelas ustazah..

"kita jangan sesekali mempergunakan istilah.. macam riba juga.. dah sah haram kan.. tapi jadi macam 'proper word' bila kita guna word 'bunga'.. jangan cari banyak alasan untuk menghalalkan apa yang memang dah dilarang oleh Allah SWT.." =) satu peringatan yang sangat bagus..

"rahsia kita hanya Allah yang tahu..manusia tak tahu.. cuma, akk nak ingatkan, kita kene jelas fikrah Islam ni.. kene ikut Allah SWT dan Rasul-Nya.. nampak macam teori je ni.. praktikalnye bukan senang kan?" ustazah amat memahami fitrah insan.. "ye, susah untuk istiqamah lakukan amal islam ni.." bisik ana dalam hati.. "tapi, kalau nak, insyaAllah Allah tolong.."ana sangat yakin ..

pesan ustazah lagi."ingatlah dosa zina ni adalah dosa yang berkekalan.." "kita tak kan sempat memohon keampunan pada generasi selepas ni di atas dosa yang kita wariskan pada mereka.." "subhanallah..".. ana pun tak sanggup nak mencemari iman dan aqidah generasi ana dengan maksiat...

..... c-i-n-t-a....??

"cintalah pada seseorang yang elok akhlak dan agamanya.."- peganglah with this sentence.. insyaAllah, segalanya akan dipermudahkan..=)

"sebab manusia ni secara fitrahnya cintakan keindahan.."

"bila hilang segala keindahan,maka dia akan beralih arah.."- erm, macamni ke yang kita nak? ya muslimin? muslimat? nak ke kita cintakan seseorang tu kerana keindahan sahaja.. mesti tak nak kan..? -sama-sama kita perelokkan akhlak dan agama.. kita takkan sempurna pun 100% pada pandangan manusia.. hanya ikhlaskan diri pada Allah SWT.. pohonlah kasih-Nya.. moga Dia sampaikan kasih yang kita pohon pada mereka yang selayakknya... "aduh, syahdunye ana.. tambah-tambah ditemani nasyid(sangat-sangat minat) kat ikim ni..." huhu...

"kenape pilih yang elok akhlak dan agamanya? sebab bila kita pilih dua perkara ni, insyaAllah dia akan jaga kita.. dan dia takkan buat perkara yang dilarang oleh agama.. "

"ok, akak nak bawa satu keadaan.. contohnya kalau sebelum kahwin seseorang tu sudah berani berjumpa dengan muslimin/muslimat, dan bersembang-sembang tanpa sebarang tujuan, bergelak ketawa,makan sama-sama, keluar sama-sama, dan macam-macam lagi lah.. ada tak kemungkinan dia akn buat mcmtu jugak bila dah khwin?- subhanallah, ana muhasabah diri sendiri.. moga-moga ana tak tergolong di dalam kalangan muslimat yang macamni.. takut juga ter'seleweng'.. sebab kita bukannye perasan bende ni..

"ha, sape kat sini yang pernah couple?" tanya ustazah.. sebahagian akhawat beri respon dengan sangat cemerlang..hehe.tunjukkan mimik muka 'yang macam pernah'.. =)

"so, mcmna kalau dah ade yang ter'couple' ni?" senyum ustazah..

"takpe,masih boleh diperbaiki,,.. uruslah dengan cara yang paling baik" pesan ustazah..

"bagitahulah pasangan kita tu supaya lengkapkan diri dengan pelbagai persediaan. bila dah betul-betul bersedia, jumpalh ibu bapa yang muslimat ni.. cinta ni indah. jadi gunalah jalan yang mulia.."ye, ana sangat setuju cara ni..

"untuk muslimin, same juga..lengkapkan diri dengan cinta kerana Allah..banyak benda yang boleh dibuat untuk dapatkan cinta ni..cari ilmu.. bila dah sedia, barulah susun urusan untuk memiliki seseorang muslimat tu.. jangan ikut cara yang tak betul. tetapkan prinsip kalian. jangan cemarkan dengan perkara yang tak elok.. benda-benda yang tak elok ni akan merosakkan kebahagiaan yang bakal dibina..

"sebenarnya, dengan perkenalan di peringkat awal lebih memberikan kesan yang baik kepada sesuatu perhubungan tu. tetapi perlu disusun dan diarahkan kepada jalan yang baiklah. bukan diisi dengan perkara-perkara yang akan merosakkan iman."

----c-i-n-t-a----

"salam mujahadah"

"indahnya cinta bila ia terjalin kerana Allah SWT dan Rasul-Nya.."

----

ikhlas dari ana.

insyaAllah, ana sokong dari belakang bagi sahabat-sahabat muslimin muslimat,rakan-rakan,kawan-kawan dan semua yang ingin berubah kerana rindukan kasih sayang dan cinta Allah SWT.. dan ana sedia untuk bersama-sama kalian di dalam meneruskan bi'ah ini..insyaAllah.. namun, jangan kita lupa setiap kita ada kelemahan masing-masing.. terimalah teman kita seadanya selagi dia tidak melanggar syari'at Allah SWT..sama-sama perbaiki diri..yang pasti, musuh utama kita syaitan..

tips untuk terus dalam iman..:

~lakukan aktiviti yang dapat dekatkan diri pada Allah SWT~
~lakukan amalan-amalan sunat~
~bersama orang-orang soleh~
~fikirkan tentang alam akhirat~
~ingatilah sirah Rasulullah SAW~
~amal dan ibadah kerana Allah SWT~
~cintai Ulama'~
~berakhlak dan bermualahlah mengikut kehendak Islam~
~bersifat mahmudah~
~yakin dengan janji Allah SWT~
~dll=)~

-s-e-g-a-l-a-n-y-a- d-a-r-i- ALLAH SWT..

Sabtu, Julai 04, 2009

::Let's Appreciate our Faith::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

salam ukhuwah.

kuatkanlah hati untuk meneruskan perjuangan ini. insyaAllah.



something to share:
----

How you handle failure determines your
levels of success and happiness in life.

If you are afraid to fail, afraid of what others
will think of you, or that your situation could
become worse, you will remain exactly
where you are.

And this is where the feeling of being in a
rut begins.

You probably know certain people who complain
about their lives -- their jobs, relationships,
family or possessions.
It's the same 'ol, same 'ol and even though they
don't like where they are and know things
could be better, they aren't willing to step up
and create change.

They'd rather remain miserable and in a rut
than risk trying something new.

If you are willing to accept the fact that failure is
a part of the landscape on the journey to success,
and take the journey anyway, you will achieve far
more than the common herd.

Successful business owners and high achievers
(athletes, writers, actors, teachers) have failed
many more times than those who remain average
because they were willing to move through and
learn from each failure.

If you were to study every successful human being
on the planet
(and you may define success in any way you choose),
you will uncover a history of obstacles they had to
overcome and failures they endured along the path
to that success.

With failure comes experience.
With experience comes wisdom, character
and strength.

You must know fail in order to recognize success.

Just like you needed to learn what hot was so
you could understand cold, or what up is so
you could understand down.

It's based on one of the 7 Natural Laws
of The Universe -- The Law of Polarity.

You need to experience fear in order to
appreciate faith.
You need to experience illness in order to
appreciate health.
You need to experience hate in order to
appreciate love.

The important thing to understand is that
although failure is a part of the process,
it does need to be managed.
To run blindly into any situation is careless
and creates far more failure than needs to exist.

This is where processes and structures and
support systems become invaluable --
where creating a "success"
environment reduces your failures and moves
you quicker and easier to where you want to be.

Failure must be a part of the process for it's in
these valleys you grow most - it's where you
become a stronger, more capable person.

And even if what you've worked so hard for is
taken away from you, you know how to get it
back faster and easier because you have
the necessary knowledge and experience.

The true measure of success is in who
you become.

If there is anything in your life you long for,
don't let the fear of failure stop you because
in the end when you look back on your life
with regret for the things you never did,
you will have realized the ultimate failure.



::p/s-just confident with what we have. Nobody can determines our own 'bussiness'. however, we've to appreciate others as the gift from Allah. sincerity's first...

anal faqiiru ilallah...

"bersama menyoroti Aqidah ASWJ"

Jumaat, Mei 08, 2009

::hari ibu...::

bismillah..

Assalamualaikum wbt..

dh lama ana x posting disini... tadi ana ada baca emel dari kawan-kawan..

"The Story of Mother's Day"

The earliest Mother's Day celebrations can be traced back to the spring celebrations of ancient Greece in honor of Rhea, the Mother of the Gods. During the 1600's,England celebrated a day called "Mothering Sunday". Celebrated on the 4th Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter*), "Mothering Sunday" honored the mothers of England.

*(For more information on Lent/Easter check out - Easter on the Net) During this time many of the England's poor worked as servants for the wealthy. As most jobs were located far from their homes, the servants would live at the houses of their employers. On Mothering Sunday the servants would have the day off and were encouraged to return home and spend the day with their mothers. A special cake, called the mothering cake, was often brought along to provide a festive touch.

As Christianity spread throughout Europe the celebration changed to honor the "Mother Church" - the spiritual power that gave them life and protected them from harm. Over time the church festival blended with the Mothering Sunday celebration . People began honoring their mothers as well as the church.

In the United States Mother's Day was first suggested in 1872 by Julia Ward Howe (who wrote the words to the Battle hymn of the Republic) as a day dedicated to peace. Ms. Howe would hold organized Mother's Day meetings in Boston, Mass ever year.

In 1907 Ana Jarvis, from Philadelphia, began a campaign to establish a national Mother's Day. Ms. Jarvis persuaded her mother's church in Grafton, West Virginia to celebrate Mother's Day on the second anniversary of her mother's death, the 2nd Sunday of May. By the next year Mother's Day was also celebrated in Philadelphia. Ms. Jarvis and her supporters began to write to ministers, businessman, and politicians in their quest to establish a national Mother's Day. It was successful as by 1911 Mother's Day was celebrated in almost every state. President Woodrow Wilson, in 1914, made the official announcement proclaiming Mother's Day as a national holiday that was to be held each year on the 2nd Sunday of May.

While many countries of the world celebrate their own Mother's Day at different times throughout the year, there are some countries such as Denmark, Finland, Italy, Turkey, Australia, and Belgium which also celebrate Mother's Day on the second Sunday of May.

... erm, jadikanlah setiap hari itu adalah hari ibu bagi kita orang Islam ni ...

moga Allah SWT memberi keampunan buat umi kat rumah...begitu juga buat muslimah yang bergelar ibu..

Jumaat, Mei 01, 2009

::isu AqiDah uMat Islam::

bismillah..

Assalamualaikum WBT...

::Perhimpunan membantah keputusan kabinet ::

Wednesday, 29 April 2009

KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam.

Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei.

Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.




Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini.

"Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam.

"Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya.

Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama.

Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya.



"Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya.



komen ana..::

disini ana bukan saje nak infom tentang perhimpunan lepas jumaat ni.. tapi ape yang ana nak tekankan sangat ialah berkenaan ape yang ana 'bold'kan kat atas ni.. subhanallah, kalau kita dengar dan kaji tentang isu aqidah dan murtad ni memang banyak sebenarnye,..cuma kita semacam tidak berape tahu atau memang kurang ambil tahu sebab perkara ni kurang dihebohkan oleh media nasional.. media kite hanye hebohkan bile isu ni ade kaitan dgn politik pihak-pihak tertentu je.. ini yang ana nampak.. Wallahua'lam.. keadaan ni makin serius bile pihak-pihak yang banggakan ke'melayu'an ni sebolehnye cuba pertahankan title melayu ni.. memang xde salah pun nak bangga dengan bangsa melayu.. tapi bab bangsa ni akan jadi masalah paling parah bile aqidah diletakkan kat belakang..



ape yang ana tengok sekarang ni, dalam bab pendidikan negara sekalipun, agenda utama bukan nak bentuk sahsiah nampaknye, tapi lebih kepada nak bentuk negara bangsa.. kalau negara Islam xpe juga..=).. tapi ni kes yang agak bahaya lah kalau sampai nak masukkan unsur ni dalam plan pendidikan negara.. walaupun dalam sejarah, memang pendidikan kite dimulakan oleh British.. tapi janganlah kite pula nak teruskan agenda British.. sayangilah anak bangsa dengan pelihara aqidah mereka.. takut-takut nanti kebanggaan pada title 'melayu' ni jadi perkara syirik yang besar pula..na'uzubillah..



buat yang masih punye hati dan jiwa.,.walaupun kita xdapat membantu mengatasi masalah ni, sekurang-kurangnye kite cubalah ambil tahu masalah umat ini.. boleh buat hujah kat orang lain.. atau boleh sharing ng insan lain.. dan juga sebagai hujah di SANA nanti..

sekian.. wallahua'lam..

Ahad, April 26, 2009

::piSang dan Hati::

bismillah..

Assalamualaikum WBT..

kali ini ana nak kongsi satu cerita dari emel yang dihantar oleh kawan ke emel ana..cerita ni bagi ana bukan sahaja satu perumpamaan tapi penuh dengan pengajaran dan peringatan buat kita...menarik dan mencuit hati... sebenarnye cerite ni cerite kanak-kanak tadika.... bacalah...

kisah....PISANG DAN HATI



Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.



Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.


sesungguhnya Rasulullah SAW begitu menjaga adab dalam pergaulan sesama sahabat Baginda...



sentiasalah basahkan lidah dengan kalimah Allahuakbar dan MasyaAllah apabila wujudnye perasaan tak elok kt hati ni...

Rabu, April 22, 2009

::kerana cinta::

bismillah..

Assalamualaikum wbt..

hari ni merupakan hari kedua (18april2009) pesta buku antarabangsa,,.KL.. sebenarnya kali ni ana tak berapa nak pergi ke pesta buku sebab ade kerje yang tak siap lagi.. tapi tiba-tiba dpt 'booster' nak pegi sane.. mlm tu ada sahabat kata ada 'seseorang' nak datang ke pesta buku tersebut. masa dia bagitahu tu, terus hati ni lupakan kerja yang nak kna buat ni.. tawakal sungguh. bisik hati.."malam ni tak boleh tidur,kna siapkan keje ni sebab esok mesti pegi KL".. alhamdullah,dengan hati yang tekad ni..siap juga keje.. esok nye dptlah pegi KL.. walaupun agak penat.. tapi tak terasa sgt, sebab kaki ni asyik bergerak je.. takde peluang nak rehat-rehat.. subhanallah, ramai sungguh yang datang hari ni.. tak suke juga sebab kena berhimpit-himpit ni.. tapi bersyukur sebab matlamat datang sini tercapai..itu yang penting.. kami bertiga pusing-pusing kawasan pameran, dan beli buku-buku yang berkenan.. tapi matlamat asalnye, hanya 1..nak jumpe 'dia'..orang itu..dkat-dekat pukul 12.15, kami ke tempat yang dimaksudkan utk jmpe 'dia'.. Allahuakbar..ramainye orang.. mula-mula kami bertiga merempuh masuk je.. nampaknya ana seorang je yang tertinggal kt luar bilik tu.. dua sahabat ana berjaya merempuh masuk ke dalam.. ana bukan tak nak merempuh masuk.. erm, tapi keadaan tak mengizinkan..banyak sgt halangn tu.. ade hikmahnye.. ana hanya nampak 'serban' individu tersebut je.. takpelah.. yg pnting hati ni.. akhirnye, tamatlh sesi perjumpaan..dn semua orang meluru keluar mengiringi 'dia'.. saat itulah ana terpisah dengan sahabat-sahabat ana.. dengan handset xde kredit.. tak tahu nk mnta tlg sape.. lepas tu ana tawakal je.. insyaAllah, kejap lagi mesti sahabat ana call... erm, lame juga mnunggu.. akhirnye die call.. lps tu kmi solat zohor.., pegi pudu, hntar kawan.., makan, dan balik ke bangi..

dan ade satu lagi dugaan yang menimpa.. disebabkan hari ni ramai orang yang keluar..train pun mestilah penuh.. kami berdua naik dari pudu ke bndar tasik selatan..lepas tu, turun kt tasek selatan nak blk bangi.. sambil-smbil mnunggu tu, kami berdua sembang-sembang..walaupun dua-dua penat, tapi bercakap juga.. kami sembang ttg satu perkara..kata sahabat ana" erm, syda (nama panggilan shbt ana) xbiase la jln sorg-sorg ni. xpernh pn keluar sorg diri...".. ana pun jwb.."erm, oghe pn xpnh jln sorg-sorg. tmbh2 g KL ni..klu ada teman tu, biasela.."..tiba-tiba train sampai..."jom"..kata sahabat ana.. kmi pun berpegang tangan nak naik train tu.. subhanallah, kami terus diuji dengan apa yang kami sembang td.. sahabat ana sempat masuk dlm train tu..ana tak boleh masuk.. memang padat.. mula-mula ana cuba masukkn sebelah kaki, tp terpaksa keluar.. dn sahabat ana masa tu masih pegang tgn ana. tu pun dh hujung tangan..nak terlepas dh. dia pn dh tak boleh kluar, sebab dah tertolak ke dalam.. nak buat mcmmana..kami pun terpisahlah.. sempat lg kami berpesan.."jaga diri! tunggu kt sane tau..!"..

train pun berlalu.. sebak juga rase hati..bukan sebak sebab ditinggalkan..tapi sebab memikirkan hikmah dan kejadian tu.. Allah Maha Mengetahui...huhu.. lepas tu dia call ana, "long (panggilan kwn2 terdekat), syda turun kt serdang ni..tak sanggup la dok dlm train tu. pnuh ng llaki...berhimpit-himpit...".."la ye ke?.."xpe2, nti kita naik skali.. tunggu deh.." kami same-same menenangkan hati.. akhirnya sampai train kdua..juga penuh, ana tak sempat naik juga... akhirnya tunggi train yg lain.. alhmdulillah, dpt juga naik train yg ni.. kesian kat sahabat ana ni..penat..

alhamdulillah, kami pun sampai kat komuter UKM.. dua - dua senyum.. lepas tu beli mknanan dan terus balik... dlm teksi masing-masing kpenatan.. hanyaa senyum je bila memandang wajah masing-masing..

ape-pun, hati tetap berbunga sebab hajat yang pertama tercapai..walaupun tak dapat jumpe.. tapi bersyukur dan suke sangat sebab dpt juga miliki buku-buku hasil buah fikiran beliau...

kalau ikut hati nak beli lebih, tapi bajet tak berape cukup.. akhirnye, hanya buku-buku ini yang berjaya dimiliki....



-sirah nabi..




-dah lama cari buku ni.. akhirnye dapt juga beli..



-bacalah... istimewa buat muslimah... muslimin pun boleh bace,.. untuk kesempurnaan dalam kehidupan beribadah.. insyaAllah..

coretan ni hanya sebahagian kisah dari beribu-ribu kisah insan kat dunia ni..

"moga ukhuwah kan berkekalan.. maafkan andai tersilap...

sekian..

Jumaat, April 17, 2009

::tengoklah mereka.....::

bismillah..

assalamualaikum wbt..

tengoklah mereka..

.."tenggelam dalam kasih sayang dan cinta"...




hakikat seorang hamba..hidup adalah untuk tuannya..macamtu jugalah kita..ada tuan..jaga iman dan amal..walaupun payah, berjuanglah..kerana isi hatimu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.. hidup untuk dunia dan akhirat..




sayangi ibu..sabarlah duhai anak sekalipun kau amat-amat terasa hati dengan ibumu... tiada salahnye pendamkan kemarahan semata-mata untuk menjaga hati ibu....




duhai hati insan...sematkan dihati,kita masih ada ulama' untuk dicontohi dan diteladani...moga-moga sesaknya hatimu terubat dengan kasih sayang pada pewaris Nabi ini...





erm..kenape mereka gembire..inilah dunia kanak-kanak...tenggelam dalam dunia mereka...orang dewasa kene hargai usia awal kanak-kanak... Nabi pun anjurkan orang dewasa melayani kanak-kanak dengan baik pada awal usia mereka.. sehinggalah sampai umur 7 tahun.. dan berkawanlah dengan mereka sehingga mereka meningkat remaja..walaupun berat tanggungjawab,itulah hakikat... manisnya hidup semata-mata untuk memberi..




tengoklah mereka...berhikmah melayan kanak-kanak..walaupun kanak-kanak ni berjiwa besar... Rasulullah SAW pun sangat menyayangi kanak-kanak... Subhanallah..

Selasa, Mac 31, 2009

::ade betulnye...::

Assalamualaikum WBT..

Dedikasi buat bakal guru..dan para guru..

kesedaran yang perlu dibuktikan..

Basiron Abdul Wahab
Tue | Mar 31, 09 | 11:25:06 am MYT

TEMERLOH 31 Mac (Hrkh) Dewan Pemuda PAS Pahang menyokong cadangan Umno untuk membenarkan guru-guru kumpulan A aktif berpolitik.



Ketua Peneranganya, Abdullah Abdul Karim berkata, PAS bersetuju dan menyokong cadangan itu malah PAS mencadangkan supaya semua rakyat tidak disekat untuk aktif dalam mana-mana parti berpolitik berdaftar.



Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan sosial , agama dan warna kulit harus diberi kebebesan untuk berpolitik sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan dinegara ini.

"Pemuda PAS menyokong cadangan Umno untuk memberi kebenaran kepada guru-guru kumpulan A aktif berpolitik, malah kita bukan setakat menyokong guru kumpulkan A sahaja tetapi juga kepada semua rakyat tanpa mengira kedudukan , agama dan warna kulit untuk aktif berpolitik,"katanya.



Bagaimanapun Abdullah berkata, kerajaan perlu memastikan kebebasan yang diberi dilaksanakan dengan telus, jujur tanpa sebarang diskriminasi, ini bermakna semua guru kumpulan berkenaan boleh aktif berpolitik mengikut kecenderungan politik masing-masing.

"Kita bimbang perlaksaan dasar baru itu nanti hanya diberi kepada guru guru pro- Umno-BN sahaja manakala guru-guru yang mempunyai kedenderungan kepada parti politik lain dihalang,"ujarnya.

Abdullah berkata, rekod buruk Umno dalam isu diskriminasi ini sememangnya jelas dan terdapat banyak bukti Umno-BN hanya mementingkan survival parti itu sahaja.

"Itulah yang kita bimbang, kita tidak mahu apa yang telah berlaku di Universiti dimana para pelajar yang menyertai Umno melalui sayap Putera dan puteri Umno tidak dikenakan tindakan tetapi para pelajar yang menyertai PAS diambil tindakan.

"Kita tidak mahu isu berkenaan terjadi kepada guru-guru pula, ini kerana rekod lama Umno dalam mengamalkan diskriminasi terhadap ahli parti politik selain Umno sememangnya buruk," ujarnya.

Tinjauan mendapat rakyat gembira dengan cadangan Umno itu tetapi mereka bimbang Umno tidak melaksanakanya tanpa diskriminasi.



Malah, orang ramai berpendapat adalah parti yang mengamalkan diskriminasi melampau bukan sahaja dalam isu kebenaran berpolitik kepada kakitangan kerajaan kumpulan A tetapi dalam pelbagai perkara termasuk subsidi kepada rakyat, bantuan kepada golongan miskin dan kurang upaya.

Rekod buruk kerajaan Umno telah lama diamalkan dan rakyat terutama penyokong PAS memang telah mengetahuinya. Malah mereka tidak mempercayai janji Umno/BN untuk berlaku adil. - azm _



..sudah sebati dengan jiwa guru perasaan takut dan bimbang untuk melibatkan diri dengan politik tanah air ni.. jangan bimbang.. bak kata seorang ustaz..: tak kisah nak dihntar mngjar kat mane-mane pun..sebab nnti mengajar anak orang juga..

::PRK Bukit Gantang: media konvensional BN lawan media baru Pakatan::

Assalamualaikum WBT..

Akhir-akhir ini kita dibentangkan dengan pelbagai isu kepimpinan negara dan halangan-halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu untuk 'mempromosikan' kuasa masing-masing.

tapi ,ego yang terlalu melampau akan merosakkan diri sendiri..

ikutilah cebisan kalam pengarang berkenaan isu pemerintahan sebuah negeri di utara tanah air kita..



Ahmad Tajdid
Mon | Mar 30, 09 | 1:42:46 pm MYT

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.
Iklan


Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding - tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana 'media konvensional' yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding 'media baru' yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan 'mesej dan maklumat yang benar' kepada rakyat pada kempen PRU12 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai 'jurucakap BN dan Umno'.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN. Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato' Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamii'an, walaa tafarraqu..." dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama'iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan 'ajaib' tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai 'kekanda saya') tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen pilihan raya di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas... Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan kuliah tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?- tajdid _

::sumber: harakahdaily.net..

"bersabarlah wahai pejuang-pejuang Islam. Allah tidak akan sesekali mensia-siakan usaha kalian. Moga diberi kekuatan Iman dan kemenangan yang sebenar-benarnya dalam mempertahankan hak kalian"



Isnin, Mac 23, 2009

::Cantik Yang Dilaknat Allah SWT::

::cantik yang Dilaknat Allah SWT::

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) . Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf, ayat 31)



Manusia pun sentiasa sukakan sesuatu yang cantik. Mahukan pakaian yang cantik, perhiasan yang cantik, suami yang cantik (hensem la tu), isteri yang cantik, rumah yang cantik, kereta yang cantik dan macam-macam lagi. Binatang juga sukakan kecantikan, lihatlah burung merak yang kelihatan megah dengan bulunya yang cantik berwarna-warni, malah ayam jantan cuba memperagakan bulu dan badannya yang cantik untuk memikat ayam betina kerana ia tahu bahawa ayam betina sukakan kecantikan.

Cantik dan berhias itu memang dituntut Islam. Islam tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Rasulullah SAW sendiri seorang yang sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah senang mata apabila melihatnya. Sering dituntut malah menjadi kewajipan isteri berhias diri untuk tatapan suami tercinta. Apabila bercerita mengenai cantik dan semua orang hendak cantik, bertepatan pula dengan fitrah manusia yang memang hendak cantik saja dan asal cantik. Justeru, kemajuan perubatan mengambil kesempatan. Dengan penemuan moden dan kebolehan doktor membantu 'cepat cantik' dengan suntikan botoks dan sebagainya.

Dapat kita lihat pada masa kini, remaja dan kalangan artis dan isteri-isteri yang mula meningkat usia, demi cantik atau karier sanggup berbuat apa saja. Keinginan mahu cantik itu tidaklah salah tetapi yang kena difikirkan juga ialah caranya biarlah tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun, jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, hukumnya menjadi harus.

Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah an-Nisaa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud, "Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, 'Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata."

Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan 'merubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya.



Batas-batas dalam berhias

Merujuk kepada fatwa kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia, muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botoks adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, ada pihak yang cuba mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botoks hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor. Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botoks tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Bagaimanapun, isu utama yang menyebabkan ia menjadi haram pada pandangan syariah ialah:

1. Unsur najis dan kotoran di dalam bahan botoks. Kajian mendapati botoks atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut: "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat."

2. Mengubah ciptaan Allah untuk tujuan cantik. Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang.


Bertatu dan mencukur alis/kening

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, "Allah mengutuk (melaknat) perempuan yang bertatu atau minta di buat tatu, yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis riwayat Thabarani dan Ibnu Mas'ud)

Maksud mengubah ciptaan Allah SWT ialah membuat perubahan pada ciptaan Allah yang telah sempurna secara pandangan umum dan adat atas dasar tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening yang merupakan anugerah dan ciptaan Allah SWT yang sempurna dan membuat atau melukis bulu kening yang baharu selepas itu agar menepati cita rasa sendiri supaya kelihatan lebih cantik, menawan dan bergaya adalah perbuatan yang haram di sisi Islam. Jika perbuatan mencabut bulu kening itu disebabkan ia tumbuh berselerak dan tidak kemas yang amat teruk, maka hal ini tidaklah termasuk dalam erti kata mengubah ciptaan Allah SWT. Lagipun jika yang dicabut itu hanyalah yang berselerak dan bukan termasuk bulu yang dipanggil kening serta tidak membuat lukisan semula terhadapnya. Ini dilakukan atas dasar menjaga kekemasan diri bukan kerana tidak puas hati dengan ciptaan Allah SWT kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Tatu iaitu memberikan tanda pada muka dan kedua-dua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang Arab, khususnya golongan wanita membuat tatu di sebahagian besar tubuh badan mereka. Bahkan pada masa pengikut agama membuat tatu dalam bentuk persembahan dan lambang agama mereka, misalnya orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka. Perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang dibuat tatu itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang membuat tatu atau orang yang minta dibuat tatu.

Kikir gigi

Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadis di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat. Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Yang disebut 'al-Falaj' (dalam hadis asal), yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah 'trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memenuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan Rasul-Nya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat 'show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut, "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran." (Al-Halal wal Haram Fil Islam)

Susuk dan sihir

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran. Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan, "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (Surah al-Baqarah, ayat 102)

Rasulullah SAW menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Rasulullah SAW bersabda, "Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat, ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir. Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, firman-Nya, "(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (Surah al-Falaq, ayat 4)

Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan, "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Hadis riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadis-hadis yang sahih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya. Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.

Menyambung rambut


Baru-baru ini saya berkesempatan menonton WHI di TV3 mengenai teknik menyambung rambut dengan rambut lain, baik rambut itu asli atau imitasi seperti yang terkenal sekarang ini dengan nama wig (cemara), kini menjadi trend bagi perempuan yang cukup gemarkan fesyen terkini. Hairan saya, tidakkah mereka mengetahui perbuatan menyambung rambut dilarang oleh Rasulullah SAW.

Bagi laki-laki lebih diharamkan lagi, baik dia itu bekerja sebagai tukang menyambung seperti yang dikenal sekarang tukang rias ataupun dia minta disambungkan rambutnya, jenis perempuan-perempuan wadam (laki-laki banci) seperti sekarang ini. Persoalan ini oleh Rasulullah SAW, diperkeras sekali dan digiatkan untuk memberantasnya. Sampai pun terhadap perempuan yang rambutnya gugur karena sakit misalnya, atau perempuan yang hendak menjadi pengantin untuk bermalam pertama dengan suaminya, tetap tidak boleh rambutnya itu disambung.

Aisyah r.a. meriwayatkan, "Seorang perempuan Anshar telah kawin, dan sesungguhnya dia sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya dulu kepada Nabi, maka jawab Nabi: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya." (Hadis riwayat Bukhari)

Asma binti Abu Bakar r.a. juga pernah meriwayatkan, ada seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW lalu dia berkata kepada baginda, "Aku mempunyai seorang anak gadis yang akan menjadi mempelai. Dia terkena penyakit campak sehingga rambutnya gugur. Bolehkah ku sambung rambutnya?" Sabda Rasulullah SAW, "Allah Ta'ala mengutuk orang yang menyambung rambut dan yang meminta supaya rambutnya disambung." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Said bin al-Musayib meriwayatkan, "Muawiyah datang ke Madinah dan ini merupakan kedatangannya yang paling akhir di Madinah, kemudian ia bercakap-cakap dengan kami. Lantas Muawiyah mengeluarkan satu ikat rambut dan ia berkata: Saya tidak pernah melihat seorangpun yang mengerjakan seperti ini kecuali orang-orang Yahudi, di mana Rasulullah SAW sendiri menamakan ini suatu dosa yakni perempuan yang menyambung rambut (adalah dosa)." (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam satu riwayat dikatakan, bahawa Muawiyah berkata kepada penduduk Madinah, "Di mana ulama-ulamamu? Saya pernah mendengar sendiri Rasulullah SAW bersabda: Sungguh Bani Israel rodak kerana perempuan-perempuan nya memakai ini (cemara)." (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah menamakan perbuatan ini zuur (dosa) bererti memberikan suatu isyarat akan hikmah diharamkannya hal tersebut. Sebab hal ini tak ubahnya dengan suatu penipuan, memalsu dan mengelabui. Sedang Islam benci sekali terhadap perbuatan menipu; dan sama sekali antipati terhadap orang yang menipu dalam seluruh lapangan muamalah, baik yang menyangkut masalah material ataupun moral. Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa menipu kami, bukanlah dari golongan kami." (Riwayat Jamaah sahabat)

Yang dimaksud oleh hadis-hadis tersebut di atas, iaitu menyambung rambut dengan rambut, baik rambut yang dimaksudkan itu rambut asli ataupun imitasi. Dan ini pulalah yang dimaksud dengan memalsu dan mengelabui. Adapun kalau dia sambung dengan kain atau benang dan sebagainya, tidak masuk dalam larangan ini.

Kesimpulannya, Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox. Hanya rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya sahaja yang diharuskan seperti memasang gigi palsu di tempat gigi yang rongak (bukan mematahkan gigi dan menggantikannya dengan yang lain), mengatur susunan gigi yang tidak tersusun (tapi bukan mengasah atau mengikir), memakai ubat supaya rambut tumbuh di tempat yang botak (bukan memakai rambut palsu), memakai ubat untuk membuang jeragat pada kulit (bukan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit), memakai inai, syampu atau gel pada rambut atau janggut supaya lebih segar dan terurus (bukan mewarnakannya dengan cat atau spray) dan sebagainya sebagai perbezaan antara merawat/menjaga keaslian ciptaan Allah SWT dengan mengubah ciptaan-Nya di mana merawat/menjaga itu adalah HARUS manakala merubahnya adalah HARAM.



Diri manusia dan segala makhluk di alam ini adalah hak mutlak Allah SWT, oleh itu kita hendaklah mematuhi segala hukum dan kehendak agama dengan baik. Janganlah tertipu dan terpengaruh dengan tabiat orang yang suka menurut hawa nafsunya disebabkan sikap tidak bersyukur dan tidak berpuas hati dengan ciptaan dan anugerah Allah di mana sikap ini sebenarnya merupakan sikap yang diwarisi daripada syaitan. Cantik biarlah selari dengan kehendak Allah dan cantik hakiki bermula dengan kecantikan dalaman (inner beauty).

copy dari emel..

pesanan buat diri dan pembaca,
ingatlah kecantikan dan kebersihan itu juga dari Islam..moga beroleh kemanisan Iman dalam menjalani kehidupan harian.