Jumaat, Disember 05, 2008

::'sebalik hari raya KORBAN..::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Allah SWT pula berfirman :

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

"Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).


Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

raya


AMALAN-AMALAN UTAMA


Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب



Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم



Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

POTONG KUKU, RAMBUT & HUKUM QURBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.[1]

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي

Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun ia tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Justeru, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wudhu dan lain-lain kewajiban.

Tidak harus juga berqorban hanya dengan mengeluarkan harganya atau daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya Qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.

Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain. [2]

Adalah diingatkan jua agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

KONGSI LEMBU

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. [3]

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban :
احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها



Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama"

BINATANG TERBAIK UNTUK KURBAN

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

PEMBAHAGIAN DAGING

Daging qurban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan SEPERTI BERIKUT :

1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berqurban,

1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan

1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Ertinya : "Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan faqir." (Al-Haj : 28) dan juga firman Allah :

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ

Ertinya "Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)

Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian HARUS (DIBENARKAN) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini SAMADA UNTUK MAKAN KESELURUHANNYA ATAU KEBANYAKKANNYA. [4]

Bagaimanapun adalah dilarang untuk memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya.

Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil qurban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. [5]

DIBENARKAN untuk menyimpan daging-daging kurban walaupun melebihi 3 (tiga) hari berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim.

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedeqah wajib. [6]

Namun tanpa khilaf adalah lebih baik untuk mendahulukan umat Islam dalam hal ini.

BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Saya telah banyak mengulas berkenaan hutang dan pendirian Islam berkenaannya. Sila rujuk di sini. Justeru, untuk menentukan keutamaan samada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah kurban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika ia adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu barulah ibadah kurban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Ia adamat jelas kerana ibadah kurban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala langsai hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘TERKORBAN', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

KORBAN OLEH ORGANISASI & SYARIKAT?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan budjet tertentu untuk membeli dua puluh ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya:

"tidak boleh !"

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ia bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, ia sebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu korban barulah sah dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban, pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara specific 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu.

APAKAH HAJI AKBAR ?

Nabi SAW menamakan hari sembelihan iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih : Ibn Qayyim dan Albani).

Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya tentang apakah itu Haji Akbar, beliau menjawab:

"Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama). (Riwayat at-Tirmidzi)

Menurut Ulama itulah yang dimaskudkan di dalam ayat surat At-Taubah.

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah [7]. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan. Ia berdasarkan satu hadith yang diriwayat oleh Razin dalam Tajrid as-Sihhah, bagaimanapun al-Munawi menolak hadith itu dengan katanya "tiada asalnya".

Kesimpulannya : Terdapat para sahabat mengatakan Haji Akbar itu adalah hari Arafah yang jatuh pada hari jumaat, mankala Ali k.w pula mengatakan ia adalah hari Qurban pada 10 zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wuquf di Mina ( hari Tasriq).

Akhirnya, adalah amat perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya ‘Idil adha ini menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia ( kecuali jika benar-benar sesebuah Negara itu mengikut rukyah), tanpa rukyah maka kiraan yang terbaik adalah dengan menuruti Saudi. Dengan itu, kekeliruan yang sering berlaku sebagaimana mencari Lailatul Qadar dan hariraya idilfitri akan berterusan. wallahu 'alam

Sekian

Doha, Qatar

27 Dis 2006 ( 7 Zulhijjah 1427 H)

Kemaskini : 16 Disember 2007 ( 6 Zulhijjah 1428 H - Malaysia ; 7 Zulhijjah 1428 H - Saudi)

KEMAS KINI : 29 Nov 2008 ( 1 Zulhijjah 1429 H )

[1] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/ 197

[2] Al-Majmu, 8/425 ; Al-Mughni, 9/436

[3] Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313

[4] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200

[5] Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 ( cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah) ; Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225

[6] Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201

[7] Ahkam al-Quran, Al-Jassas

rujukan:www.zaharuddin.net



Dapatkan ecard NasyidFM Disini

Khamis, November 27, 2008

::wasiat Imam Hasan Al-BAnna::

Wasiat Imam Hasan al-Banna





1. Wahai kawanku,segera tunaikan solat pada awal waktu,ketika mendengarazan,usahakan semampu terdaya(utk bersembahyang). Ini membuktikan kesungguhan anda. Disitu ada sumber kejayaan,pertolongan dan taufiq.perhatikan, byk perintah ayat al-Quran dimulakan dgn menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat walaupun di medan perang dan pada saat genting serta cemas.



2. Wahai kawanku,bacalah al-Quran dan perhatikan mesejnya. Selalu berzikir dan cari ilmu,walaupun sedikit. Kurangkan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran sumber asli lautan ilmu,sumber hidayah kpd anda dan saya.Bacalah al- Quran kelak ia akan memberi syafaat.Sentiasalah membaca,menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir.Disini ada ketenteraman,ada kedamaian dan ada kesalaman.Jadilah hamba yang sejahtera.


3. Wahai kawanku,dorongkan diri anda menguasai bahasa al-Quran.Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda sudah lama bermulaiaitu sejak anda solat setiap hari.Sebut dulu walaupun tak paham.Antara malapetaka pertama menimpa umat kita adalah kecuaian menguasai bahasa agamanya.Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh! Apa tunggu lagi! Bukalah ruang walaupun seminit.


4. Wahai kawanku,usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ada berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya.


5. Wahai kawanku, senyum selalu tetapi beserdehana lah dalam ketawa.Rasulullah saw paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya,tetapi berpada-pada sahaja. Wahai kawan,Plato berharap pementasan hiburan tidak bermutu dan terlalu banyak ketawa bodoh hanya disaksikan golongan abdi dan orang upahan asing. Aristotle berpendapat belia ditegah menyaksikan hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan supaya tidak menular keburukan dalam diri.


6. Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius hilanglah kesungguhan. Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorg penyair: "Rehatkan jiwamu yang sibuk dengan berfikir,ubatinya dengan bergurau,tetapi kalau mengubatinya dengan bergurau,mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam dalam gulai".


7. Wahai kawanku, kawal nada suaramu setakat diperlukan pendengar di depanmu. Jangan berlebihan sehingga kata-kata kita menyakit hati orang lain. Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai. Surah al-Isra' memberi tips kepada kita: "Jangan keraskan suaramu dalam solat tetapi jangan pula merendahkannya. Cari jalan tengah diantara keduanya."


8. Wahai kawanku,usah umpat-mengumpat. Usah merendahkan pertubuhan lain. Bercakap jika ada unsur kebajikan. Ayuh! Hindarilah mengumpat.Tidak sekali mencabuli jemaah yang lain.Perkataan kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka. Tetapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang mati? Sesekali tidak. Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubat la jika anda mengumpat,tetapi mesti minta ampun terhadap orang yang umpatanmu bersama. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie, iaitu untuk menuntut keadilan apabila dizalimi,untuk menghapuskan kemungkaran,untuk memberi amaran kepada Muslim mengenai kejahatan, dan untuk mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9. Wahai kawanku,luaskan interaksi mu dengan umat manusia, sekalipun mereka tidak diminta berbuat demekian. Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkan salam perkenalan. Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa,lapisan dan darjat datang berkunjung. Bersama-sama mereka menjunjung obor suci tidak mengenali tetapi tidak sepi.


10. Wahai kawanku,maksimumkan faedah waktu anda dan tolong orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkan masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual.


assalamualaikum wbt sahabat yang disayangi..hidup hanya sementara..berbudilah pada jasad dan jiwa..jasad dan jiwa kita sangat dahagakan dan rindukan belaian iman dan taqwa..be a good muslim for yourself and keep your heart shining with iman to Allah and His Prophet Muhammad saw..nothing impossible because everything is possible..your medicine for your desease is in your kitchen..and your answer for your life is in your heart.ask your heart..what do you want..but ask with iman not 'blind'gitu-gitu...and it's most meaningfull while got guidence from Him..

Jumaat, November 14, 2008

::selamat bercuti..::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

'utlah sa'idah.semoga cuti kali ni diisi dengan benda-benda yang berfaedah..


Make an Easter Note at BlingPixie.com


Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut (surah al-'asr). Maksdunya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Bersedialah

1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa muda sebelum tua
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa senang sebelum susah


Peringatan ini kepada semua terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Antaranya:

1. keluarga
2. rakan-rakan
3. aktiviti yang tidak berfaedah
4. pengaruh media massa
5. sikap

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

1. senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2. susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.

Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.

..sekadar teori..moga dapat sesuaikan dengan diri kita..

::kematian bukan milik kita..al-fatihah buat adik Hafiz..::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

MySpace Comments

Make Cool Breeze Comments at BlingPixie.com





:: hafiz..::



:: ayah Hafiz..:



:: mak hafiz..::

..pada pagi ni kami semua sibuk menjawab soalan exam..paper final..tiba-tiba sayup-sayup kedengaran pengumuman radio institut..berita peninggalan Hafiz..terus sahaja hati ini teringat pada sebaran mesej kawan-kawan tentang Hafiz sebelum ni..

.."Assalamualaikum..Esok hafiz akan menjalani pembedahan utk mbuat slur pnfsn d keher..mhOn bsama2 mdOakan agar hafiz slamat dan shat sjahtera..amin..(sebarkan pd smua..mesej ydp.."

Ya Allah..dalam kami sibuk bergelumang dan bertungkus lumus memerah jawapan exam..Hafiz pula meninggalkan kita..belum sempat kita memikirkan keadaannya..masing-masing kita diuji Allah..ada yang diuji dengan berita gembira,..tak kurang juga diuji dengan berita sedih..Ya Allah moga perkenalan dan ukhuwah yang sementara ini dirahmati..siramilah kami semua dengan cahaya_Mu..berilah kami keberkatan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang di alam ini...semoga segala-galanya menjadi peringatan buat kita yang masih merasai ni'mat hidup ini...

sesungguhnya nyawa ini milik-Mu ya Allah..

Sabtu, November 08, 2008

::salam Exam::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"


Send a Dozen Roses at BlingPixie.com




Dapatkan ecard NasyidFM Disini




Dapatkan ecard NasyidFM Disini


::masih ade masa lagi sebelum sampai waktunya....::


::selamat menduduki exam buat semua kawan-kawan ipis..


::Hazzhon sa'idan fil imtihan. Ma'atTaufik wannajah..

Sabtu, November 01, 2008

::rehlah nuqaba' - REHAN '08::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

::rehlah nuqaba' IPIS..::

Majlis Tarbiah Nuqaba' IPIS (MTEN) telah menganjurkan rehlah buat nuqaba' ipis .. rehlah yang bermula dari jam 3.30 petang dan tamat jam 10.30 malam diisi dengan pelbagai pengisian dan modul yang menarik..antaranya LDK,sukaneka,makan-makan,dan ceramah motivasi..rehlah yang berlangsung di anjung Dugang (teratak Hijjaz) putrajaya menemukan kami dengan ahli-ahli kumpulah hijjaz..


::LDK::



::ikat kaki..cari kertas dlam semak..::



::sebelum bertolak..::


::pengerusi MTEN n ustaz::


::ustaz fazdi harun::


::kata aluan exco..::

::slot yang terkesan dihati..slot ceramah motivasi dari ustaz syaari abdul rahman.."usrah bukan tempat untuk mencari ilmu dan bukan tempat menghabiskan silibus-silibus tetapi usrah adalah temapat untuk kita merancang untuk mencari ilmu dan merancang untuk meng'usrah'kan orang lain.."..

::kalau sebelum ni..usrah bermula dengan al-fatihah dan berakhir dengan tasbih kaffarah..tapi kata ustaz.."usrah sebenarnya bermula selepas tasbih kaffarah.."..

::"usrah akan cemerlang apabila kita belajar melihat ahli usrah dengan hati yang faham kefahaman ahli dan tahap kebolehan ahli menerima apa yang kita beri.."

"mentaliti awal naqib/naqibah melihat ahli menentukan kejayaan dan ke'betul'an usrah yang dibawa.."

::sebab bukan semua ahli sama tahapnya..masing-masing mempunyai tahap penerimaan dan kebolehan yang berbeza..apa yang penting...naqib/naqibah perlu berikan sesuatu yang dapat memberikan ketenangan kepada ahli-ahli usrah di samping memberikan mereka peluang untuk merasai ni'mat iman,islam dan ihsan,..insyaAllah.."

::wallahua'lam..::

Jumaat, Oktober 31, 2008

::ke mana mereka..??::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

* BERITA UTAMA

7 pelajar di Australia lesap


Norzarifah

KUALA LUMPUR: Tujuh pelajar Malaysia tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di beberapa universiti di Australia dilaporkan 'lesap' tanpa diketahui ke mana mereka menghilangkan diri.

Tiga daripada pelajar terbabit termasuk Norzarifah Kamarauzaman, 21, menuntut di universiti sama - Curtin University of Technology, manakala empat lagi di universiti berasingan, semuanya di Perth.

Kehilangan pelajar itu didedahkan Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semalam selepas menerima aduan ibu bapa mereka serta sumber di Australia.

Abdul Azeez berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana pelajar berkenaan mungkin diperdayakan pihak tertentu hingga tidak lagi berminat untuk meneruskan pengajian.

"Kita akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan pelajar itu menerusi kerjasama Wisma Putra, Interpol serta kelab penuntut Malaysia di luar negara," katanya.

Abdul Azeez berkata, sekretariat berkenaan juga bersedia membantu membawa ibu bapa penuntut berkenaan ke Australia bagi mengesan dan memujuk mereka supaya meneruskan pengajian.

"Kita tidak mahu penuntut kita yang cerdik mempersiakan masa depan mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Putera Umno di sini. Hadir sama, ibu bapa Norzarifah, Kamarauzaman Nasir, 50, dan Noraini Daud, 48, dari Taman Bukit Mewah, Kajang.

Norzarifah yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mula menuntut di Australia tahun lalu, dilaporkan tidak menghubungi keluarganya sejak 6 Oktober lalu.

Noraini, Pembantu Perpustakaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sebelum menghilangkan diri anaknya pernah mengirim SMS kepada kakaknya, Norzawani, 24, pada 17 September lalu, memaklumkan dia menelan 50 biji panadol kerana tertekan dan dimasukkan ke hospital.

Berikutan itu, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 23 September lalu.

Noraini berkata, beliau bimbang Norzarifah terpesong daripada ajaran Islam apabila mengetahui anak keduanya itu mengikuti dua lelaki warga Australia selepas keluar dari hospital.

Ahad, Oktober 26, 2008

::Qudwah Seorang Artis::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

"Saya doakan Azhan jadi 'qudwah' artis di Malaysia"

Catatan Ustaz Idris Ahmad

Fri | Oct 24, 08 | 11:14:32 am MYT

1. Pada 23 Oktober 2008 Khamis malam Jumaat saya dijemput pada satu majlis sambutan hari raya PAS Kawasan Segamat di Kampung Pulai dekat rumah Firdaus Masud, Ketua Pemuda Kawasan Segamat. Seorang peguam muda lulusan UIA.
Iklan

2. Saya berkesempatan bertemu juara Akademi Nasyid 2008 Saudara Azhan Atan pada majlis tersebut. Saya sayu mendengar lagu yang dialunkan pada malam itu, oleh anak muda yang dianugerahkan Allah suara yang baik walaupun cacat sedikit penglihatannya. Saya bukan orang seni, tetapi saya menghormati orang seni kerana Allah anugerahkan kepadanya kelebihan yang tidak ada pada saya. Beliau juga mampu bertazkirah dengan baik dan menyebut beberapa ayat al-Quran dengan baik sebagai selingan. Alhamdulillah ini hasil daripada tarbiyah PAS kepada ahlinya.

3. Saya juga terasa hiba, walaupun beliau sudah bergelar artis selebriti yang terkenal di seluruh negara, beliau tidak lupa kepada Unit Amal dalam ucapan selingan beliau ketika beliau mendendangkan lagu.�CD koleksi lagu-lagu beliau dijual dikhaskan untuk Tabung Unit Amal Johor. Alhamdulillah beliau masih tidak lupa daratan kerana beliau adalah salah seorang penggerak Unit Amal di Johor.

4. Beliau juga menceritakan kepada saya mahukan ulama untuk membimbing beliau supaya tidak tergelincir. Kita lihat media perdana tidak banyak memberi liputan berkenaan dengan Azhan kerana beliau masih berpegang kepada prinsip amar makruf nahyu anil munkar.



5. Semoga Azhan diberikan oleh Allah istiqamah dan meneruskan berdakwah melalui medium seni. Beliau boleh menunjukkan suri teladan yang baik kepada artis-artis yang lain di negara ini, bahawa kita ada acuan yang tersendiri. Imej�artis mesti dipulihkan supaya anugerah yang Allah berikan kepada mereka kena diletakkan di tempat yang betul dan tepat, bukan �menurut hawa nafsu.

6. Beliau boleh membuktikan bahawa Islam bukan menentang hiburan dan keseniaan tetapi ia mesti mengikut acuan yang diizinkan oleh Allah SWT. >P>Antara syarat-syarat yang mengharuskan menyanyi atau berhibur:

a) Seni kata yang bernilai murni.

b) Pakaian penyayi yang tidak mendedahkan aurat.

c) Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang boleh merangsangkan syahwat.

d) Persembahan yang tidak menimbulkan fitnah.

e) Gaya persembahan yang tidak keterlaluan.

f) Tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan syarak. �

7. Semoga Azhan berjaya dengan kerjayanya dalam membuat penerokaan baru bagi membantu kemenangan perjuangan Islam di negara ini. Insya-Allah. - lanh _

Jumaat, Oktober 24, 2008

::bahaya menilai hukum ISLAM dengan akal::

::bahaya menilai hukum ISLAM dengan akal::

penulis: Mohd Nasir Awang (Muslimah)

Kes 1:

Sebuah keluarga dilanda konflik dalaman agak serius. Semuanya ekoran salah seorang ahli keluarga melangsungkan majlis pernikahan anak perempuannya dengan disertakan adat persandingan. Adik-adik dan ipar-duai membantah. Tradisi itu sudah lama terkubur dalam keluarga, mengambilkira tuntutan hukum Islam.Majlis perkahwinan berlangsung agak hambar. Ia dibauri pertikaman lidah dan perasaan tidak senang majoriti ahli keluarga. Mereka hadir juga,tetapi dalam keadaan terpaksa.Mereka tidak redha persandingan diadakan. " Apa sangat yang tidak kena dengan persandingan? Bukan ada maksiat apa pun!" bentak tuan empunya rumah mempertahankan keputusannya.



Kes 2:

Pihak berkuasa agama akhirnya terpaksa campurtangan apabila para pengguna dan beberapa pihak lain mengadu mengenai satu pertandingan menjanjikan hadiah lumayan. Hanya menerusi undian SMS, pengguna berpeluang dipilih sebagai pemenang. Bagaiamanapun lain-lain syarat mendapat hadiah itu menyusul. Para pengguna merasa tertipu. Peraduan itu dikaitkan dengan unsur-unsur perjudian dan penipuan. Syarikat telekomunikasi bertanggungjawab menganjurkannya bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka. " Apa yang kami buat ini hanyalah peraduan, bukannya satu perjudian," kata mereka.



Kes 3:

Konsert oleh artis Barat mendapat bantahan beberapa kumpulan Islam. Mereka berdemonstrasi berarak menyerahkan memorandum bantahan kepada penganjur. Salinan memo itu turut diajukan kepada menteri yang bertanggungjawab menjaga berkaitan hiburan. Kumpulan pembantah ini mewakili umat Islam yang menilai konsert sebegitu sesuatu yang mendorong maksiat dan mengundang kebejatan sosial. Lain pula hujah yang diberikan penganjur yang mempertahankan tindakan mereka. Paling menyedihkan ialah apabila pemimpin terbabit seakan membela hujah penganjur, Katanya, "Saya tidak nampak apa salahnya mereka berhibur, terutama bagi menenangkan fikiran setelah penat bekerja".



Ketiga-tiga kes yang disebutkan mewakili tiga kelompok beerbeza. Kes pertama berkaitan individu atau keluarga. Isunya hanya memberi impak kepada keluarga terbabit, atau masyarakat kecil sekeliling mereka. kes kedua pula dilakukan oleh sebuah organisasi dan kesannya agak menyeluruh. Manakala kes ketiga melibatkan institusi awan dan kerajaan. Kesannya sudah tentu sangat menyeluruh.

Meskipun berbeza tahap, ketiga-tiga kes memaparkan satu persamaan iaitu kekeliruan mengenai definisi maksiat. Garis pemisah pelanggaran hukum Islam dalam setiap kes tidak dilukis dengan jelas..

Puncanya sama. Ketiga-tiga pelaku tidak merujuk kepada pihak yang arif dan berautoriti dalam bab agama sebelum membuat keputusan masing-masing. Sebaliknya mereka lebih mengguna pendekatan akal dan pendapat sendiri bagi merasionalkan apa yang mereka mahu buat.

::bersambung..::

Selasa, Oktober 21, 2008

::untuk anak-anak klate::

Salam,

Dijemput saudara/i sekelian menyertai:-

Program : Majlis Ramoh Mesra Ahli Maya PERAKAN.ORG.MY
Anjuran : Laman web Perakan.org.my dgn kerjasama Perakan Malaysia
Tarikh : 27hb Oktober 2008 ( Isnin/cuti Depavali )
Masa : 8.00 pg – 2.00 ptg
Tempat : D'Congkak Forest, sg. Congkak, Hulu Selangor.
Peserta : Terbuka kpd semua ahli berdaftar PERAKAN.ORG.MY & Perakan.

Aturcara Program :

07:30 – 08:30 : Peserta Berkumpul di Plaza Tol Saga (Ke-2) Lebuhraya
Cheras – Kajang dari arah Kuala Lumpur.
08:30 – 09:00 : Konvoi bermula dan dijangka sampai di tapak Program
jam 08:00.
09:00 – 09:45 : Sarapan Pagi
09:45 – 10:15 : Ucapan Wakil PERAKAN dan Perasmian Program ( takruf )
10:15 – 12:00 : Acara BEBAS
: Membakar BBQ
: Mandi-manda
: Bual...bincang...makan...
12:00 – 12:15 : Sesi merehatkan badan bersama keluarga
12:15 – 13:00 : Makan tengahari
13:00 – 13:45 : Solat Zohor Berjemaah
14:00 : Majlis Bersurai

Bayaran Penyertaan:

Jawatankuasa memutuskan untuk mengenakan bayaran RM20 untuk setiap keluarga dan RM10 untuk peserta individu. Bagaimanapun ada pihak sudi menaja barangan berbentuk makanan dan pihak Perakan juga sudi mengeluarkan sedikit peruntukan.

Maklumat lanjut dan urusan pendaftaran, sila hubungi:-
Saudara Razali (Jaliey-M) di talian 017 6242252.


Sabtu, Oktober 18, 2008

::sekadar perkongsian::

بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita berpeluang lagi merasai ni'mat iman dan Islam..sahabat-sahabat dan pengunjung yang dikasihi dan disayangi..apabila melihatkan kepada ni'mat-ni'mat yang ada pada diri kita alangkah beruntungnya diri berbanding insan-insan lain yang tiada arah kehidupan dan masih terumbang ambing mencari arah tujuan hidup.Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menyediakan kepada umat Islam dan Umat Muhammad saw satu cara hidup atau manhaj kehidupan yang sangat-sangat sempurna dan complete.Islam the way of life.segala-galanya ada di dalam Islam.alangkah ruginya mereka yang meninggalkan Islam sedangkan Islamlah yang akan mengangkat darjat kita dan maruah kita di hadapan Allah SWT kelak.hidup dengan Islam akan membahagiakan jiwa kita selagimana kita berpegang dengan syari'at-Nya. namun, apabila melihatkan kekacauan dunia hari ni manusia seolah-olah lupa janji Allah. Makin berani membuat kezaliman. seolah-olah akan hidup untuk selama-lamanya. Kita berperang dengan musuh zahir..sedangkan kita ber'kawan' baik dengan musuh yang memang terang-terang akan menyesatkan kita..syaitan telah berjanji dengan Tuhan Pencipta Makhluk akan menyesatkan umat Nabi Adam hingga ke akhirnya. Manusia hari ini makin berani mencipta teori-teori pemikiran dan dasar kehidupan yang memang jelas lari dari landasan Islam. Inilah sebenarnya akidah awal yang perlu ditekankan pada setiap Muslim..kerana apabila manuisia lupa tantang akidah yang satu ini, manusia akan melakukan kezaliman pada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.Firman Allah SWT dalam surah yunus:ayat 44:

"إن الله لا يظلم الناس شيئا ولكن الناس أنفسهم يظلمون"

maksudnya: "sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri"



Kepada sahabat-sahabat ana dan pengunjung yang tahu tentang pentingnya menjaga Islam,peliharalah diri kita sebaik mungkin di samping memohon pemeliharaan Allah keatas diri dan aqidah kita..mohon maaf atas segala kekhilafan dan kedhaifan. insyaAllah kita semua sedang menuju ke satu arah.. arah yang akan menempatkan siapa kita disisi-Nya kelak. Moga istiqomah dan ikhlas.Bermuamalahlah sebaik-baiknya dengan kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri dan orang sekeliling.

Sabtu, Oktober 04, 2008

::puasa sunat bulan syawal::

بشرى لنا بالنبي المختار: Salam Mutiara Syawal..

::MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN::


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

mafhum firman Allah swt:

"siapa yang mengambil agama selain Islam,maka tidak diterima darinya segala sesuatu.dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi"

bersihkan aqidah dan pegangan kita dari taghut dan kejahatan dunia..moga istiqamah selalu..

::tanda-tanda Kiamat::

::TANDA-TANDA KIAMAT::

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniaya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

moga kita semua sentiasa berhati-hati menghadapi hari-hari yang mendatang didunia fana ini.siiru 'ala barokatillah...

Khamis, Oktober 02, 2008

::1 syawal 1429 hijrah::

::nilai TAQWA..::

allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
walillahilhamd...

alhamdulillah,pada hari ini kita umat Islam berkumpul bagi mengingatkan perhimpunan kita pada hari huru hara di padang mahsyar nanti.pada hari ni kita semua suci dan bersih.kita telah kembali kepada fitrah.namun,masalah dalam masyarakat kita akan terus meningkat selagi kita tidak bertaqwa kepada Allah swt..semua pihak dari rakyat hinggalah kepada pemerintah perlu memainkan peranan..apabila rosaknya pemuda dan pemudi Islam,hancurlah usaha kita untuk meningkatkan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini..wahai pemuda,bangkitlah dengan Islam....-kata khatib..

suasana di dalam masjid jubli perak rantau Panjang 1 syawal.masjid kini dibuka dari 1 september 2008 hingga 1 oktober 2008..kerana masih dalam proses pembinaan..namun,kata menteri besar masjid kini boleh digunakan untuk solat terawih dan solat lima waktu pada tarikh ni sahaja..



-pemandangan masjid jubli perak Rantau Panjang..lebih dikenali dengan masjid 'beijing'...



selepas solat, disediakan juadah hari raya oleh YB parlimen rantau panjang Ustazah hjh zailah...para jemaah berpeluang makan nasi arab yang disediakan oleh ustazah..ramai yang dapat rasa..1 syawal yang meriah..













masa saya sampai di pekarangan masjid,kat bawah khemah YB dan beberapa orang anak perempuannya sedang menyediakan juadah hari raya untuk para jemaah masjid..

::1 syawal bersama keluarga::





yang ni je gambar-gambar yang 'berdisiplin' yang boleh dipublishkan..semoga ceria selalu..

::tag::



ermm.betul ke tak cara nye ni.save je ni..saje nak ambil bahagian...

tikah,betul ke ni akk buat..ape-pun.t.kasih....

Selasa, September 30, 2008

::assalamualakum wbt...::




Dapatkan ecard NasyidFM Disini


salam 'eidulfitri semua.
semoga amalan dalam bulan ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan yang seterusnya.bersederhana dan ceria-ceria selalu di hari kemenangan kita..moga semua ini dapat menjadikan kita hamba yang makin taqarrub pada-Nya...

sabda Rasulullah saw:"hiaskanlah dua hari raya dengan memperbanyakkan tahlil,takbir,tahmid, dan taqdis". dari Abu Naim.

Sabtu, September 27, 2008

::memori praktikal::

::mendidik insan perlukan ilmu,kesabaran,kemahiran,kekuatan dan pertolongan Allah jua...dalami jiwa kanak-kanak..anak kecil mutiara agama..salah didik,salahlah pembentukan mereka..kepada murabbi..jadilah murabbi di dalam kelas dan di luar kelas..mengajar kita bukan saja nak cepat habiskan sukatan..semoga kita dapat membentuk jiwa 'permata' ini menjadi insan yang rasa 'bertuhan' dan sedar dengan kewujudan agama..::











::bersalaman dengan guru-guru sebelum bercuti hari raya...sedih pula..hari terakhir kami praktikal di sini...



::tadarus tahun 6..::



::program terakhir di sekolah.26 ramadhan 1427 H..26 sept 2008..majlis khatam al-quran..pengerusi cikgu gushadi.."murid-murid,kat sini cikgu tak nak mencelah suruh kamu diam..bila kita dengar quran,kena buat apa?..diam..kalau kamu nak buka mulut..boleh..masa bacaan ayat terakhir kamu boleh sama-sama baca..sebelum tu,kamu kena..apa?...diam cikgu..kalau kamu nak tahu,kamu sedang diperhatikan.pengawas-pengawas sedang perhatikan kamu.cikgu sedang perhatikan pengawas..kita semua sedang diperhatikan..oleh siapa?..jawab murid..Allah..ucap cikgu gushadi..::



::ragam tahun 1..disuruh melukis,lain pl jadinye...







::surau sekolah.masa tasmi' al quran,penuhlah surau ni.kalau ustaz takde,main tinju pula..sekejap berlari,sekejap ,melompat,sekejap bergaduh..akhirnya ada yang menangis tu..mcam-macam dunia kanak-kanak ni...::



::perhimpunan mingguan.setiap kali mesti sebut peraturan..disiplin..diam..dimana-mana ada peraturan...::

::5 intelligence.....11 ogos 2008-26 september 2008...::

::iftor jama'ei::



::iftor jama'ie terakhir di ipis..::



::tanpa nasi..::



::adik-adik usrah...::



::bersama sahabat-sahabat..merab corner...::



::majlis buka puasa seksyen 15 bangi..pemimpin bersama mahasiswa sekitar bangi...::